QN 28

1.9K 95 1
                                    

Cuti berbaki lagi tiga hari tetapi Nuryn sudah pergi kerja. Belum habis trauma kena culik ( walaupun dia kata dah okey) kemunculan rombongan meminang yang diketuai oleh tok Pah amat menekan jiwanya. Dia belum bersedia sebenarnya.

Kepercayaan terhadap lelaki tiba-tiba hampir pupus kerana perbuatan Zakri.
Terasa tidak selamat lagi bersama insan yang bernama lelaki. Nuryn nak jadi lone ranger, alone forever tapi nanti apa pula kata mak dan bapanya.

Paklang mesti sedih kerana dia teringin nak ada cucu seperti rakan-rakan dia yang lain. Mak Yam tak kisah sangat tapi seperti pak lang dia juga mengharapkan suara tangisan kanak-
kanak di rumahnya.

Setibanya di kilang, Nuryn disambut bagaikan superstar. Sesiapa saja yang berselisih dengannya akan berhenti bertanya khabar dan mereka hendak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Berita di media tidak sepenuhnya dan mereka mahu mendengar dari mulut Nuryn sendiri.

"Adoi..aku kena buat pc gamaknya. Jenuh aku nak cerita satu persatu."

Setibanya di work stationnya Nuryn sudah bersedia untuk menghadapi rakan-rakan baiknya iaitu Abby, Ella dan Ogy. Dia mengangkat tangan tanda
'jangan tanya apa-apa aku letih nak jawab'.

Kehadirannya ke tempat kerja mengejutkan Mr.Shinji dan Mr.Samy. Mereka terus berjumpa Nuryn dan memberi kata-kata semangat untuk Nuryn. Nuryn memberi jaminan yang perkara itu tidak akan menjejaskan prestasi kerjanya.

Setelah Mr.Shinji dan Mr.Samy beredar
three stooges menghampiri Nuryn.

"Yin, cerita sedikit pengalaman hang masa kena culik tu." Abby mula korek rahsia.

"Hai nak jadi reporter tak bertauliah ka?" Nuryn perli Abby.

"Dak la tapi kami nak tau juga cerita dari mulut hang. Kami nak cerita eksklusif gitu."

"Tak ada apa-apalah, cuma si Zakri tu rupanya sakit mental. Dia tak boleh tengok aku rapat dengan orang lain tu sebab dia culik aku. Dia nak bawak aku pi Siam nak kahwin dengan aku."

Nuryn cerita secara ringkas kepada mereka bertiga. Selagi dia tak cerita selagi tu mereka akan tanya. Bingit telinga bila dengar suara tak lemak merdu mereka bertiga.

"Wahh! Memang gilalah Zakri tu. Nampak macam okey ja." kata Ella.

"Kann..nasib baik aku tak mengorat dia dulu. Kalau dak mampus aku." Ogy pula buka rahsianya.

"Dia nak dekat Nuryn saja..kalau kau mengorat dia pun, dia tak layan."

"Hehe..betui jugak."

"Dah pi buat kerja. Kes dah selesai. Kita kena move on."

"Baik bos! Bos kami nak ucap tahniah kat bos. Cantik dan manis bos pakai tudung. We like."  Abby, Ella dan Ogy angkat thumbs up.

Nuryn hanya senyum dengan pujian ikhlas daripada mereka.

Semasa rehat Nuryn hanya makan keseorangan. Dia malas nak makan dengan rakan-rakannya. Fikirannya masih serabut dengan peminangan mak long. Nasib baik paklang tak guna kuasa veto kalau tidak Nuryn memang nak menangis.

"Assalamualaikum, kata cuti lagi..
kenapa kau datang kerja?"

Nuryn tersentak mendengar suara salam di tepi telinganya. Mukanya berpusing sedikit dan melihat Qaid sedang tersengih. Nuryn senyum sedikit melihat Qaid menyapa dia tapi dia agak hairan melihat senyuman Qaid yang agak manis baginya.

"Aku tak boleh la cuti lama-lama, nanti aku sakit lagi teruk." jelas Nuryn.

"Kau okey kan."

"Eh! Aku okey ja nampak macam tak okey ka?"

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz