Bunyi dentingan loceng menarik minat perkerja di butik itu . Hani yang berada dekat dengan pintu masuk mengucapkan selamat datang kepada tetamu itu . Dia mengerling sedikit ke arah Kak Syikin , Kak Syikin hanya mengangguk saja . Menyuruh Hani terus melayan tetamu itu . Hani hanya mampu pasrah . Haih jantan ni , nak apa lagi ?

" Oh Hani , lama tak jumpa kan ? " Sapa tetamu itu ramah . Hani hanya mengangguk saja . Senyuman dipaksa ukir untuk tetamu tak diundang itu .

" Ya , Encik Emran . Lama tak jumpa . Encik buat apa kat sini ? Nak tempah baju ke ? " Tanya Hani buat - buat ramah . Ini bukan kali pertama Emran datang ke bukti tempat dia berkerja ni . Dah banyak kali dan dia tahu kenapa tapi saja dia nak bertanya . Mana tahu sebab dia kali ni dah berubah .

" Heh tak lah . Saya datang nak jumpa dengan kekasih hati saya . Qalisha ada ? " Tanya Emran sambil tersenyum senang . Hani yang mendengar perkataan 'kekasih hati' sudah menahan geram di hati . Kekasih hati konon , menyampah aku dengar . Senyuman masih lagi terukir walaupun di dalam hati segala makian sudah dia sebut untuk lelaki tak tahu malu depan dia ni . Dia mengerling lagi ke arah Kak Syikin . Dia mengerut kan dahinya tanda dia tak suka melayan si Emran ni . Tapi Kak Syikin hanya mengangguk lagi , menyuruh Hani terus kan melayan Emran . Hani menutup mata sambil mengeluh pasrah . Sabar wahai hati .

Mata dibuka dan dia memandang ke arah Emran kembali . " Boss ada tapi ... hm ... " Hani menggigit bibirnya . Dia tak tahu nak bagi alasan apa supaya Emran tak boleh berjumpa dengan boss dia . Dia taknak bagi Emran berjumpa dengan Qalisha . Nanti Qalisha akan sedih ingat kisah lama diaorang macam mana . Matanya meliar ke dalam butik mencari jawapan yang tersembunyi di sebalik dinding konkrit dan baju - baju yang tergantung  .

" Qalisha apa ? " Tanya Emran apabila terasa lama Hani menggantung kan ayatnya . Baru saja Hani ingin membuka mulut , ada satu suara memintas .

" Boss sibuk nyah . Kau nak apa ? Ada perkara penting ke yang kau nak bincangkan dengan boss nyah ? " Tanya Sam . Dia memandang Emran atas bawah . Kipas tangan nya dikipas - kipas ke muka . Patut lah dia rasa panas lain macam tadi . Ada ahli neraka yang sesat rupanya dalam butik ni . Membahang rasa panas tu .

" Sibuk ? Dia sibuk dengan apa je ? Bukannya musim orang kahwin pun sekarang ni kan ? " Tanya Emran pelik . Rasanya sekarang bukan musim orang kahwin . Semua orang sibuk dengan kerja . Remaja pun mula sibuk dengan persekolahan . Kalau buat majlis pun , takkan ramai yang datang .

" Kau ingat orang kahwin je ke tempah baju ? Ada banyak majlis rasmi sekarang . Majlis syarikat , majlis itu , majlis ini . Kau tak ikut perkembangan semasa ke nyah ? " Kata Sam lagi . Tangannya pula ikut bergerak seiring dengan kata - katanya tadi . Emran menjulingkan matanye ke atas . Pondan ni ada je ayat nak membalas . Aku lempang nanti , jatuh tergolek macam buah nangka kang .

Hani yang sedari tadi memerhati hanya mampu menahan ketawa . Aduh lah Sam ni , buat hal betul . Saja je nak cari gaduh " Kau jangan nak ajar aku lah pondan . Aku tahu perkembangan semasa " Balas Emran kembali . Perkataan pondam ditekan olehnya .

Terbeliak mata Sam apabila mendengar nya . Amboi , anak neraka ni !

" Pon ... pondan ?! Ewah - ewah sedap nya mulut kau ! Aku bukan pondan lah nyah ! Aku cili mulut tu kang " Marah Sam . Mukanya sudah menjadi merah menahan geram . Dah cacing kepanasan pulak badan si Sam ni .

" Kalau kau bukan pondan , habis tu apa ? Bapok ? " Bidas Emran lagi tak mahu kalah . Wajah Sam semakin merah . Semakin panas pulak kat sini ye .

" Jaga sikit mulut kau tu ahli neraka ! " Jerit Sam geram . Haaa kan dah terkeluar suara jantan aku tuu . Geram betul aku dengan jantan ni . suka hati jee panggil aku pondan ? Kuang ajor !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now