Tapi nak macam mana, ini yang aku pilih dan aku simpati dekat Jhope sebab dia pernah menangis masa nak siapkan kerja dia. Nasib baik masa tu kami satu team, jadi aku tolong ajar buat part dia dan dia belanja aku makan dan tengok wayang tanpa pengetahuan V.
Tolong jangan V tau.
.Pov End.
*funfair*
Sampai di funfair, kedai jualan barang-barang perhiasan menjadi tujuan utama mereka.
Chorong hanya mampu menghembus nafas panjang apabila V membeli 2 animal headban. Harimau untuk dia dan kucing untuk Chorong.
Tahu apa dia cakap? Tak lengkap kalau pergi tempat ni tanpa benda comel ni kat kepala. Betul-betul tak faham dengan perangai V ni.
Mereka berdua berjalan sambil berpegangan tangan dan mata mereka mencari game untuk mereka main. Sedang mereka sibuk mencari game yang sesuai, tiba-tiba V tersenyum apabila terjumpa dengan seseorang.
Pegangan tangannya diperkuatkan lalu menarik Chorong menuju kearah orang itu yang sibuk main game tembak-tembak.
"Yah Min Suga!" Pekik V riang sampaikan Suga terkejut dengan kehadiran V.
Suga menutup matanya buat sesaat. Cuba untuk bertenang. Kenapalah budak alien ni ada dekat sini sekali. Matanya kembali terbuka dan dia dapati V sedang mentertawakannya. Mungkin sebab Suga pakai sama dengan V cuma dia pakai kucing hitam dan Momo pakai arnab.
"Eh! Korang pergi sini juga? Dengan siapa?" Soal Momo yang baru menghabiskan game dia.
"Kami dua orang je." Jawab Chorong.
"Wah! Momo, kau berjaya tarik dia keluar dari studio? Daebak!!!! Sejarah dunia ni." Kata V sambil ketawa-ketawa sebab dia tengok Suga macam nak maki-maki dia je.
"Pernah ke dia say 'NO' bila aku ajak keluar?" Soal Momo dan V menggeleng kecil.
"Kalau macam tu, jom double date!!!!" Riang V.
"Shireo." Jawab Suga sepatah.
Orang nak luang masa dengan orang tersayang, dia sibuk nak join.
"Jomlah! Selalu buat dengan Jimin je, apa salahmya kali ni dengan korang pulak..jomlah.." ajak V tak nak mengalah.
Suga menatap Chorong seperti meminta bantuannya. Hanya dengan pandangan sahaja, dia tahu apa yang Suga fikirkan.
"Jangan kacau dorang. Jom kita pergi.." ajak Chorong.
Suga tersenyum kecil.
"Tapi..sa-"
Kata-katanya terpotong bila dirinya ditolak jauh dari Suga.
"Kka..bagi masa aku terisi dengan tenang dan berguna..aku janji lain kali kita date ramai-ramai..ajak Jimin dengan Jungkook sekali. Deal?" Kata Suga seperti memujuk V yang sedang mengantungkan bibir.
"Janji?" Soal V.
"Eoh! Nanti aku belanja keyboard game yang baru juga kalau kau menang dalam project kau.."
"Jinjja? Jinjjayo??" Soal V penuh teruja. Jarang berlaku ni.
"Pernah ke Min Suga menipu?" Sampuk Momo.
V dan Chorong menggeleng.
"Okey! Aku pegang janji tu. Jom sayang.."
V manarik Chorong menjauh dari mereka berdua. Lagi pun dia sengaja ajak Suga double date tadi. Saje nak mengusik..dia pun tak nak double date sebab dah lama sangat dia dengan Chorong tak luang masa 1 hari macam ni. Rugi kalau di sia-sia kan.
"Kita nak main apa?" Soal V.
"Molla..awak pilih lah.."
"Ghost hunter?" Cadang V.
"Shireo."
"Viking?"
"No.."
"Habis tu apa?semua tak nak? Takkan nak main tangkap itik pulak" kata V lemah. Tak mencabar langsung.
"Arraseo..malam ni malam awak. Saya ikut semua yang awak nak sebab dah teman saya tengok wayang tanpa lelap kan mata tadi." Balas Chorong.
Pegangan tangan mereka terlepas dan bertukar kepala pelukan dibahu. Haih namja ni memang suka buat skinship lah.
"Kalau macam tu, kita naik roller coster dulu. Lepastu viking, ghost hunter, bumper car, mini zoo and...ah semualah kita main sampai penat. Boleh?" Kata V dan Chorong hanya angguk setuju sahaja.
..tbc..
No Jimin and Tzuyu at this chap..but next, they have..don't worry..
Thanks for read, comment and vote.
ANDA SEDANG MEMBACA
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me
Part 8
Mula dari awal
