fifthteen

1.6K 114 17
                                    

| MY BAD SOULMATE |

"Byee handsome boy! Thank you for today, see you later"  lambai Ayra sambil terjerit kuat dan tersenyum riang

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.


"Byee handsome boy! Thank you for today, see you later"  lambai Ayra sambil terjerit kuat dan tersenyum riang. Kereta Lamborghini Aryan baru sahaja terparkir tepat dihadapan rumah agam keluarga Ayra, menurunkan gadis yang sudah berlari dan menghadap kereta Aryan itu. Gembira betul dia dapat pergi pantai. Aigoo..

Senyuman manis Aryan Mikael tiba-tiba terukir sempurna di wajah tampannya.
Hansome boy?

Geli hatinya melihat Ayra yang terlompat-lompat gembira. Sakit? Rasanya budak tu sudah sembuh, Ayra kan memang. Apa saja yang dia suka tiba-tiba ada depan mata, auto sihat.

Dengan sendirinya tangan Aryan yang melekat di stereng kereta tadi ternaik membalas lambaian Ayra. Setelah lambaiannya dibalas, Ayra masuk ke dalam rumah seraya senyuman yang masih setia menemani wajah cantiknya.

Aryan menggeleng. Comel aje budak Ayra ni.

                                          🕊

Aryan Mikael tiba di rumah agam keluarganya. Dilangkah masuk kaki kanannya perlahan. Dia terkejut apabila melihat kedua orang tuanya yang duduk di ruang tamu, seperti sedang berbincang sesuatu. Tanpa membuang masa, Aryan mengorak langkah menghampiri ibu dan ayahnya.

Aryan melabuhkan punggungnya di atas sofa yang masih kosong disekitar sana. Matanya beralih menatap Tuan Zaid dan Puan Rashidah.

"Mummy daddy bincang apa?" sampuk Aryan sambil menyilang kakinya santai.

"Eh Ian. Dah sampai?" soal Puan Rashidah, tak menyedari kehadiran anak lelakinya yang sudah berduduk santai itu. Aryan hanya mengangguk singkat.

"Haa baguslah tu. Kebetulan daddy dengan mummy nak panggil Ian ni. Ada benda nak bagitahu" ujar Encik Zaid.

Dahi Aryan berkerut. Bagitahu? Bagitahu apa tu? Tak ingin memeningkan kepala, Aryan langsung menanya. "Apa benda tu?".

"Macam ni, esok daddy mummy ada urusan syarikat kat France. Jadi kalau boleh malam ni Ian balik dekat rumah Ian dulu boleh?" terang Encik Zaid panjang lebar.

"Berapa lama daddy dengan mummy kat sana?" soal Aryan semula, mendapatkan kepastian.

"Dalam seminggu macam tu..." balas Encik Zaid tenang. Aryan mengangguk faham.

"Mummy pun dah call Hariz dengan Irwan, suruh temankan Ian kat sana" celah Puan Rashidah sambil tersenyum.

Aryan bungkam sejenak.

"Ya Allah mummy, kenapa nak panggil diorang. Nanti pandai-pandailah Aryan yang suruh diorang dua datang" kesal Aryan. Baru saja dia nak bertenang sendiri dirumahnya, otaknya malah kembali berfikir bagaimana nanti keadaan rumahnya dengan dua orang sahabatnya itu terutama Hariz, si bertih jagung yang tidak reti nak diam.

Sabar aje lah...

Jadi mulai malam ni dia akan menginap di rumahnya sendiri. Rumah agam Aryan Mikael.

                                         🕊

"Mummy daddy, Ian pergi dulu ye". Aryan menghampiri ibubapanya yang sudah menunggu di depan pintu.

"Amboi, Latte ikut juga ke tu?" tersengih Puan Rashidah tatkala melihat tangan kiri Aryan membawa sangkar kecil kucing yang diduduki Latte.

"Mestilah. Wajib. Latte kan dah macam anak Ian sendiri"

Tertawa mummy dan daddy Aryan dibuatnya. "Habistu mana mama Latte?" sempat lagi daddy Aryan nak bergurau, malu Aryan yang dingin itu dibuatnya.

"Dah dah lah tu, nanti si Aryan tu lambat." pintas Puan Rashidah sengaja sedari melihat telinga anak lelakinya itu sudah mula merah. Malu.

Aryan yang menyedari itu langsung menutup telinganya, menyembunyikan kemerahan yang terlihat. Sedingin-dingin Aryan, masih saja sifat malu itu ada dalam dirinya. Disalamnya tangan Encik Zaid dan Puan Rashidah berganti-ganti sebelum meninggalkan kawasan rumah.

"Hati-hati. Jaga diri ya Ian...". Tepuk Encik Zaid dibahu tegap Aryan Mikael. Aryan mengangguk mantap, kemudian beralih ke Wanita yang disayanginya itu.

"Jangan nakal-nakal. Kalau ada apa-apa call je mummy. Oh ya lagi satu...".

Mummy Aryan ni buat jantung si Aryan tu laju je.

"Jaga anak Ian tu baik-baik" Puan Rashidah menjuihkan bibirnya kearah sangkar si kucing, saja beliau nak bergurau. Aryan yang berdiri hanya mengangguk, bercampur rasa kesal dan malunya. Lelaki itu lalu meninggalkan kedua orang tuanya itu. Encik Zaid dan Puan Rashidah hanya tertawa melihat figura Aryan yang sudah masuk kedalam perut kereta Lamborghini dengan wajah kesalnya.

Ian Ian...




Terlihat jelas rumah banglo tiga tingkat itu dimata lelaki yang bernama Aryan

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Terlihat jelas rumah banglo tiga tingkat itu dimata lelaki yang bernama Aryan. Rumah banglo yang dikelilingi dengan pengawal keselamatan, binaan moden yang berwarna gelap dan tak lupa juga ada kolam renang disana.

Kini, Aryan Mikael sudah berada dihadapan rumah agamnya. Dia membuka pintu kereta lalu melangkah keluar kakinya dari sana. Manik mata kecoklatan lelaki itu tertumpu pada dua buah kereta mewah yang terparkir jelas dikawasan rumah agam miliknya.

"Astagfirullah, awal bebeno diorang ni datang...". Lelaki itu mengusap kasar wajahnya, cuba untuk mengumpul kesabaran diri.

Tak apalah Aryan, bestfriends kau juga tu...

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Berharap tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum"

Pemandangan Aryan Mikael selaku empunya rumah disambut dengan dua susuk yang berada diruang tamu. Hariz yang sedang menonton tv dan Irwan yang sibuk dengan dunia alam mayanya.

"Waalaikumsalam..." sahut Hariz yang sedang duduk di atas sofa sambil menikmati rancangan yang disiarkan di tv.

Irwan Lutfi menoleh sesaat. "Eh Ian, dah sampai rupanya kau. Lama kitaorang menunggu" ucap Irwan datar, matanya tak lepas dari skrin telefon.

"Ian, sinilah. Join aku tengok reality show ni. Best bodo..." pelawa Hariz teruja. Sesekali disuapnya kerepek kering kedalam mulutnya.

"Tak apa lah. Korang tunggu je kat sini. Aku nak naik bilik dulu..." dingin suara Aryan membalas. Sifat aslinya kembali, tapi dua orang sahabatnya itu sama sekali tak kesah.

Berdinginlah kau Aryan, kitaorang dah biasa.


To be continue🕊

Maaf hari ni tak extreme sangat. Kita santai santai dulu. Author jadi ikan jap *buntu idea*.

Btw, Thankyou yang sudah vote and support milktae, staytune for next ❤️🥰

*big heart for u guys*

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon