𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 18

Start bij het begin
                                    

"Ready?"

"With you, I'm always ready,"

GADIS itu memaut kuat lengan Firash. Matanya melihat ramai tetamu yang memerhati mereka dengan wajah yang kagum. Mereka kini sedang berjalan menuju ke pelamin. Bunyi suara kompang yang dimainkan oleh DJ tak berbayar iaitu Iskandar Airil bergema di seluruh dewan itu.

Farren lega apabila mereka akhirnya sudah duduk di atas kerusi pelamin. Tangannya yang sejuk dan menggigil itu dipegang oleh Firash. Dia menoleh sedikit dan lelaki itu senyum bagai mengatakan bahawa semua akan baik-baik sahaja. Farren membalas senyumannya dan kembali menggenggam tangan kasar itu. Mata kembali melihat tetamu.

Dilihatnya ada anak kecil yang berumuran dua tahun yang duduk tidak jauh daripadanya melihatnya dengan mulut yang ternganga. Farren ketawa kecil melihat kecomelan budak itu. Kemudian, tangan melambai ke arah anak kecil itu membuatkan anak kecil itu menyorokkan wajahnya di peha seorang lelaki. Ayahnya mungkin, Farren ketawa lagi. Anak itu malu!

Firash pula senyum melihat Farren ketawa. Anak kecil itu dipandangnya. Habis merah pipi montel itu. Malu dilambai oleh seorang bidadari yang cantik.

Even a kid can't afford with your beauty.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan upacara menyapa pengantin. Ramai yang mengucapkan tahniah dan berdoa supaya hubungan mereka direstui Allah. Farren tak mampu hendak membalas. Dia hanya mendoakan supaya Tuhan merahmati para tetamu. Farren senyum lagi. Tak lama, tangannya naik mengusap lembut rahangnya.

Firash yang sedar akan perbuatan itu mengalihkan tangan Farren dan mengusap lembut rahang isterinya. Farren pandang Firash yang sedang merenungnya.

"Abang tahu awak penat. Abang pun penat asyik senyum. Tahan sikit lagi boleh?" Lembut suaminya berkata. Farren malu-malu apabila lelaki itu membahasakan dirinya abang. Sudah tiada aku-kau. Panggilan yang lebih lembut dan membuatkannya terbang di awangan. Wajah dijatuhkan. Ya, bersama Firash dia akan bertahan!

"Aip, lovebirds ni. Depan orang pun nak saling merenung ke?" Farren menoleh. Seorang gadis yang menyapa mereka. Berbaju kurung cantik bewarna coklat dengan rambut yang disanggul. Cantik. Tangannya menyambut huluran gadis itu. 

"Angel Herlina..." Farren toleh ke arah suaminya yang menyebut nama gadis itu. Senyuman yang tadi sudah mati dan dia menayangkan wajah yang agak serius. Farren mula pelik.

"Chill inspektor. Today is your happy day, please enjoy it." Gadis bernama Angel itu membuat suara menyampah menyebabkan Firash senyum senget. Mereka tidak lah begitu rapat tetapi jika bekerjasama, mereka akan jadi professional. Tugas mereka juga selesai dengan baik dan lancar. 

"This is my colleagues, Angel." Farren angguk dan senyum manis. Begitu juga Angel. Farren tergamam melihat lesung pipit di pipi gadis itu. Cantik! Dia mula berasa agak terancam.

"Boyfriend kau mana?" Farren rasa lega. Tangan yang digenggam oleh Firash etrasa diusap. Terus dia melihat Firash. Dia agak terkejut kerana reaksi suaminya bagai tahu yang dia sedang berasa triggered dengan Angel.

Angel juling mata ke atas apabila mendengar soalan itu namun bibir mengukir senyuman yang lebar. Farren senyum nipis. Eleh, menyampah tapi dalam masa yang sama gembira bila teringat si pengarang jantung.

"Dalam dunia sendiri," kata Angel dan menolak hadiah yang diletakkan di lantai tadi ke dada bidang Firash. Terkejut lelaki itu namun tangannya lekas memegang hadiah itu. Apa yang besar sangat hadiahnya?

"Damien kirim salam dan ucap tahniah. Semoga kekal sampai tua!"

"By the way, sila buat anak-anak yang comel dan handsome!" Dan gadis itu berlalu pergi. Farren membuntangkan matanya. Terkejut mendengar kata-kata lepas itu. Dia mengerling Firash dan lelaki itu menjongketkan keningnya. Bibir mengukir senyuman nakal. Farren pandang depan. 

Bersama lelaki ini, suhu wajahnya tidak pernah kurang! Asyik tinggi aje.

Firash panggil Mark dan menghulurkan hadiah besar itu. Berkerut kening Mark melihat hadiah besar itu. Mata menoleh ke arah tempat perkumpulan hadiah. Banyak yang besar dari yang kecil. Dia yakin bahawa dia yang akan menjadi kuli untuk membawa hadiah-hadiah ini pulang ke rumah Firash.

Dengan rasa tak ikhlas, dia membawa hadiah itu dan diletakkan pada tempatnya. Mata meliar ke arah dewan yang sudah tidak penuh dengan bilangan manusia. Rata-rata tetamu akan terus balik selepas menyapa pengantin. Hanya tinggal ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Mark mengeluh. Cepatlah habis. Aku penat!

"Mel!" Farren terus memeluk kuat sahabat-sahabatnya. Dipeluknya mereka sekuat hati. Bagai tak ingin dilepaskan. Perasaan sedih mula menjalar. Akhirnya air matanya jauh juga apabila tangan Syalina menepuk dan mengusap lembut belakangnya.

"Jangan nangis lah. Tengok aku dah nangis juga ni." Syalina marah Farren. Ju pula meliarkan matanya tak mahu melihat dua kawannya ini menangis. Dia tak mahu menangis biarpun matanya sedang berkaca sekarang.

Firash hanya senyum melihat mereka. Dia berundur sedikit ingin memberi ruang kepada mereka. Mata memerhati Farren. Dia tahu pasti isterinya sedih kerana setelah ini, dia tidak boleh meluangkan masa bersama mereka. Sebagai isteri, dia harus lebih fokus terhadap suaminya.

Tapi Firash tidak akan menghalang jika isterinya mahu berjumpa dan meluangkan masa bersama sahabat-sahabatnya. Asalkan isterinya tidak lupakannya di rumah sudah. Firash senyum. Telefon yang berada di dalam kot diambil dan dia mengambil gambar Farren yang sudah merah akibat menangis.

Gadis itu tetap cantik walaupun menangis. Tetapi, dia tidak suka walaupun isterinya kelihatan cantik!

"Ingat pesan kami, Mel. Jadi isteri yang solehah." Farren angguk. Nasihat-nasihat yang diterimanya akan dia simpan di kepala otak. Supaya dia tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Syalina melepaskan pelukan dan Farren memeluk Ju pula. Tangisan yang ditahan tadi serta merta hilang apabila Farren memeluknya erat. Sedih bagai mereka tidak akan berjumpa selepas ini. 

"Apa-apa bagitahu aku. Kalau laki kau buat hal, bagitahu aku. Biar aku bagi kaki aku dekat dia." Farren ketawa dan angguk. Dia melepaskan pelukan dan air matanya dihapus oleh Ju. Mereka sama-sama senyum setelah itu. Firash mengambil hadiah daripada Ju dan Syalina dan melangkah untuk meletakkan hadiah itu ke tempatnya sekali gus memberi mereka masa untuk berbual.

Selepas dua puluh minit, Firash kembali ke pangkuan isterinya. Mereka bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir. Farren mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana selalu ada dari dia sekolah menengah hingga sudah menjadi isteri orang.

Syalina dan Ju hanya mencebik. Kenapa harus mengucapkan terima kasih? Mereka berkahwan ikhlas kerana-Nya. Dan dengan izin-Nya, persahabatan mereka kekal hingga ke syurga.

"Jaga kawan saya elok-elok. Awak buat dia nangis, kami ambil balik Mel!" ugut Ju. Firash hanya ketawa kecil dan angguk. Tidak rasa takut atau trigger. Mereka kemudian mengucapkan selamat tinggal. Farren hanya menghantar kepergian mereka dengan anak mata. Dalam hati berdoa supaya mereka selamat pulang.

Tiba-tiba badannya mengeras apabila Firash memeluk pinggangnya.Wajah lelaki itu ditundukkan sedikit. Tepat pada telinga gadis itu. Lalu dia berbisik...

"Are you ready for our first night?"

"Are you ready for our first night?"

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

To be continued...

EDITING | His ObsessionWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu