𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 5

42.1K 2.3K 140
                                    

Farren berdehem perlahan apabila dirinya berasa agak tidak selesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farren berdehem perlahan apabila dirinya berasa agak tidak selesa. Dirinya rasa bagai ditenung oleh pemangsa. Sangat menyeramkan! Namun, gadis itu hanya beriak biasa dan meneruskan tugasnya menghidangkan mihun goreng untuk dijadikan sarapan. Wajah ditunduk supaya Ju dan Syalina tidak dapat melihat wajahnya.

"Tak payah sorok, Mel. Muka kau dari jauh dah nampak sembab." Kata Syalina perlahan. Farren hanya tersenyum nipis. Bukan dari jauh, tapi memang sifat Syalina yang cepat perasan akan perubahan pada dirinya.  Hawa pula hanya diam, duduk di atas kerusi meja makan. Perutnya sudah berkeroncong hebat.

"You're crying, again." Ayat penyata keluar dari bibir cantik Ju. Wajahnya hanya beriak biasa membuatkan Farren berasa agak gugup. Seram pula!

"Kau boleh nangis. Crying isn't a weakness. But, it shows how strong you are. Tapi sedih berlebihan juga tak elok." Pesan Ju lembut. Tak mahu membuat Farren terasa. 

"You look pale. Mata kau nampak sangat bengkak." Risau Syalina berkata. Farren hanya menggelengkan kepala menandakan dirinya berada dalam keadaan baik. Semalam, bukan lah sesuatu yang baru buat dirinya. Cuma, dia terlebih emosi pula. 

"Jangan risau. I'm good.Farren berkata meyakinkan mereka. Pinggan yang sudah terisi mihun dihulurkan kepada Ju dan Syalina. Dia juga sama-sama duduk menikmati sarapan pagi. 

"Aku risau nak tinggal kau Mel." Kata Ju tiba-tiba. Besok mereka bakal graduate dan akan menunggu untuk menerima tawaran bekerja di mana-mana hospital. Farren hanya senyum. Rasa suka berdandang di hati. Rasa seperti disayangi. 

"Iya, aku pun. Kau okay tinggal seorang dekat Kuala Lumpur ni?" Syalina juga turut meluahkan rasa bimbangnya. Mereka berdua berasal dari Kelantan dan sudah pasti mereka harus pulang ke kampung halaman mereka. Farren juga turut tinggal di Kelantan, tetapi sebaik sahaja dia keluar dari rumah anak yatim dia membuat keputusan untuk tinggal di KL. Tidak mudah pada mulanya. Dia bagaikan rusa masuk bandar. Tak tahu apa-apa dan agak jakun.

Sehari berada di bandar mewah ini, Farren sudah mendapat tawaran pekerjaan sebagai seorang pembantu di kedai makan. Alhamdulillah, duit yang dikumpulnya digunakan untuk membiayai kos pembelajarannya. Lihat kini? Dia sudah hampir mencapai impiannya sewaktu kecil.

"I'm okay. Remember, I used to stay alone for almost eight years." Kata Farren. Bukan niatnya untuk meminta simpati cuma, ingin memberitahu bahawa dia baik-baik sahaja di sini. Bukanlah dirinya tidak berasa bersendirian. Malah, terlebih biasa!

"Aku bukan nak cakap yang kau orang tak pernah ada, cuma aku kena sedar kau orang ada keluarga. Takkan nak tinggal seni semata-mata nak teman aku?" Kata Farren bermain psikologi.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now