16

85 24 1
                                    

𝑻𝒉𝒆𝒓𝒆 𝒂𝒓𝒆 𝒘𝒐𝒖𝒏𝒅𝒔 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒔𝒉𝒐𝒘 𝒐𝒏 𝒕𝒉𝒆 𝒃𝒐𝒅𝒚 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒂𝒓𝒆 𝒅𝒆𝒆𝒑𝒆𝒓 𝒂𝒏𝒅 𝒎𝒐𝒓𝒆 𝒉𝒖𝒓𝒕𝒇𝒖𝒍 𝒕𝒉𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒚𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒃𝒍𝒆𝒆𝒅𝒔...

~~~



Sieun memandang meja Sungchan di sebelahnya. Lelaki itu sudahpun pulang sejak tadi. Cuma dia sahaja yang masih di kelas.

Jung Sungchan. Sudah hampir dua minggu mereka tidak bertegur sapa. Dia yang menjauhkan diri walaupun Sungchan sentiasa cuba untuk bercakap dengannya.

"Haish, lupakan dia Sieun," kepalanya digelengkan.

"Kim Sieun!"

Sieun memandang ke arah pintu kelas. Dua pelajar dari kelas sebelah berdiri di situ. Choi Bomin dan Hwang Hyunjin.

"Sungchan tu kawan kau kan?" soal Bomin.

Namun Sieun hanya diam tidak membalas. Dia bangun dan mencapai beg sekolahnya tanpa menghiraukan dua sahabat itu.

"Yaa! Jongho tengah belasah dia dekat stor sukan bawah sana!"

Langkah kaki Sieun terhenti bila mendengar apa yang keluar dari mulut Hyunjin.

"Korang biar betul?"

"Kau tak kenal lagi Jongho? Siapa yang dekat dengan kau-,"

Sieun terus berlari tanpa menunggu Bomin menghabiskan ayatnya. Dengan laju dia menuruni tangga dan berlari ke hujung blok tingkat satu di mana kawasan yang jarang dilalui pelajar dan stor sukan berada. Mungkin sebab itu Jongho memilih tempat tersebut.

"Sieun, kau datang?" Sunwoo yang berada di luar stor menegur.

"Ke tepi!" tubuh Sunwoo ditolak dan pintu stor terus dibukanya.

"Sungchan!"

Sieun terdiam melihat situasi di hadapannya.

"Hai sayang," Jongho yang sedang menyandar di dinding memandangnya.

"Ma-mana Sungchan?" soal Sieun bingung.

Jongho ketawa dan mara ke arah Sieun.

"Aigoo, kau dah mula sayangkan dia ke sampai sanggup lari ke sini?"

Sieun mengetap bibirnya. Jadi, dia cuma ditipu.

"Kau memang tak guna!"

Dia melangkah ke arah pintu kembali.

"Eh, nak pergi mana?" Sunwoo tersenyum sinis sebelum menutup pintu dan menguncinya dari luar.

"Yaa! Kau buat apa? Buka lah!" Sieun mengetuk pintu dengan kuat.

"Sieun ah, Sunwoo tengah bagi peluang pada kita sekarang," Jongho tersenyum sinis.

"Jangan dekat Choi Jongho," suara Sieun sudah bergetar.

Namun Jongho sedikit pun tidak mengendahkan amarannya. Lelaki itu makin dekat dan terus memeluk tubuh Sieun.

"Lepaslah!" Sieun meronta kuat sehingga beg pada bahunya jatuh.

"Sshh, aku rindu kau sayang," Jongho membelai rambut Sieun.

"Jongho lepas!"

Jongho hanya ketawa dan menolak Sieun ke lantai.

"Sieun ah, tu tengok tu," dia menunjuk ke satu arah.

Sieun memandang dan perasaan takutnya kembali datang bila melihat ada kamera yang berada di atas salah satu rak.

"Aku akan rakam detik bersejarah kita ni. Kali ni video ni akan lebih gempak dari dulu,"

Tubuh Sieun ditindih.

"Jongho jangan!"

Sieun cuba menolak tangan lelaki itu namun Jongho menamparnya. Uniform Sieun di bahagian bahu dikoyaknya.

"Kau cuma milik aku sorang Sieun. Bukan orang lain, termasuklah budak baru tu!"

Sieun sudah menangis. Dia tahu dia tidak mampu melawan. Matanya dipejamkan bila Jongho membuka butang uniformnya.

Namun tiba-tiba pintu dibuka dari luar menyebabkan Jongho berhenti dan merengus kasar.

"Aku belum siaplah Sunwoo! Kenapa kau buka-,"

"Tak guna!"

Bukk!

Tubuh Jongho kini terbaring di lantai setelah wajahnya ditumbuk kuat oleh seseorang.

Sieun pantas membuka matanya.

"Sung-Sungchan,"

On Rainy Days Where stories live. Discover now