04

108 23 0
                                    

𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒔𝒕𝒆𝒑 𝒚𝒐𝒖 𝒕𝒂𝒌𝒆 𝒂𝒘𝒂𝒚, 𝒕𝒆𝒏 𝒔𝒕𝒆𝒑 𝑰'𝒍𝒍 𝒈𝒆𝒕 𝒄𝒍𝒐𝒔𝒆𝒓...

~~~

"Omma gwaenchanha. Hujan-hujan ni, seronok juga kalau dapat makan ramyeon,"

Sungchan berjalan ke arah kedai serbaneka itu dengan telefon yang dilekapkan di telinga. Manakala sebelah lagi tangannya memegang payung.

"Okay sayang. Hati-hati dalam hujan tu,"

"Nae Omma,"

Panggilan dimatikan dan telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Eo?"

Langkahnya terhenti. Sebuah senyuman perlahan terukir di bibirnya bila dia melihat sesuatu.

Kim Sieun.

Gadis itu sedang duduk di kerusi yang berada di tingkap kaca kedai serbaneka itu. Di telinganya tersumbat earphone dan dia begitu leka melihat titisan hujan yang jatuh mengenai tingkap kaca itu.

"Cantik,"

Tanpa sedar bibirnya memuji. Sungchan terus melangkah masuk ke dalam kedai itu. Dia ke bahagian mi segera dan memilih mi segera kesukaannya.

Sambil memasak, dirinya sibuk mencuri pandang ke arah meja tepi tingkap itu. Memastikan Sieun masih di situ dan tidak ada orang lain duduk di sebelahnya.

Setelah mi segeranya siap, dia membawanya dengan berhati-hati ke meja itu.

"Hai,"

Sieun yang sedang mendengar lagu itu membuka matanya. Dia menoleh ke sisi dan jelas sekali terkejut melihat kehadiran Sungchan di sisinya.

"Saya baru sampai," ujar Sungchan.

"Takde siapa tanya,"

Sieun kembali memejamkan matanya. Cuba untuk menikmati kembali masa berharganya yang terganggu dengan kehadiran lelaki itu.

Sungchan terus menikmati mi segeranya. Sesekali dia melirik ke arah gadis itu. Sehinggalah mi segeranya habis dan dia terus membuang sampah makanannya.

Bila dia kembali ke situ, Sieun sudah tiada.

"Dah balik?"

Payung yang dibawa bersama tadi dicapai dan dia terus keluar dari situ. Dan nasibnya baik kerana Sieun masih di luar.

Gadis itu menutup kepala dengan hud bajunya dan bersedia untuk meredah hujan. Namun Sungchan lebih pantas, dia menarik lengan Sieun menyebabkan gadis itu kembali berada di bawah bumbung kaki lima kedai.

"Kau ni kenapa?" soal Sieun bengang.

"Awak tak nampak ke hari hujan tu? Nak demam?"

"Tch, kau sibuk kenapa?"

"Ambil ni,"

Payung di tangannya diletakkan di tangan Sieun.

"Tak payah buat baik dengan aku lah," payung itu ditolak kembali.

Sungchan mengambilnya dan membuka payung tersebut. Dan Sieun mengambil kesempatan itu untuk melangkah pergi dari situ.

"Kim Sieun!"

Namun hampa. Jeritannya tidak diendahkan gadis yang sudah berlari di dalam hujan itu.

"Makin awak jauh, makin saya nak dekat dengan awak Sieun ah,"

On Rainy Days Where stories live. Discover now