Dhiya mengayuh basikalnya laju dengan surat khabar di dalam bakul basikalnya.
Gadis itu hanya mengenakan t-shirt lusuh bewarnah putih, seluar track biru, topi biru dan selipar hitam biasa.
"Hai dhiya" tegur seorang perempuan yang baru keluar dari rumah dengan hanya berkemban . Ada rokok di bibirnya yang menguntum senyuman.
Dhiya membalas senyuman dia dengan mesra. "Pagi kak azza" balas dhiya penuh hormat.
Lelaki yang keluar dari rumah azza mencium pipi azza sebelum menghulur duit padanya.
"Dik surat khabar 1" kata lelaki itu pada dhiya. Dhiya yang sudah biasa dengan situasi itu menghulurkan tampa banyak bicara sebelum mengambil beberapa not seringgit.
"Terima kasih bang. Saya pergi dulu" kata dhiya. Lelaki itu mengangguk. "Hati-hati" pesannya lagi dan mendapat balasan bunyi loceng dari dhiya.
dhiya alisha azalia. Budak yang membesar di lorong hitam. Di mata orang tempat itu kotor, tapi dimata dhiya, itu rumahnya.
Walaupun begitu, dhiya bukan pelacur seperti azza, dia masih menjaga kehormatan dirinya dan mencari kerja halal. Kalau bukan sebab sewa di KL ni mahal, mungkin dhiya akan dapat sewa di tempat lain.
Lagipun rumah sewanya itu hanya 50 ringgit sebulan sedangkan harga yang sepatutnya 100. Semuanya atas ihsan kak azza sendiri yang juga tuan rumahnya.
Jangan sesekali pandang manusia dari luaran.
"Judge a tree from its fruit, not from its leaves"
Surat khabar yang masih berbaki di dalam bakulnya itu dikira, ada lebih kurang 10 helai lagi, bermakna upahnya menjual surat khabar ini hanya 2 ringgit.
Senyuman terbit dibibirnya, lebih baik ada daripada tak ada langsung. Segera dia mengayuh basikalnya ke kedai runcit pak abu.
"Pak abu, ni baki surat khabar pagi tadi dan ni duitnya" kata dhiya sambil menghulurkan surat khabar dan duitnya.
Tampa mengira duit yang diberi, pak abu terus mengambil. Dia percayakan dhiya. Upah 2 ringgit dhiya di hulur.
Dia tersenyum sebelum memasukkan 2 ringgit ke dalam dompet. Dengan adanya 2 ringgit tadi, dia sudah memiliki 13 ringgit.
Sebelum keluar dari kedai, dia mencapai makanan kucing di rak.
"Dhiya beli ni satu pak abu" kata dhiya. Pak abu menggeleng perlahan.
"Kamu tak payah beli dhiya, ambil je lah. Pak abu sedekah" tutur orang tua itu namun dhiya masih berkeras. Sudahnya dia meninggalkan duit 3 ringgit di hadapan kaunter.
"Budak bertuah betul!" Desis pak abu .
Dhiya tersengih memandangnya. "Assalammualaikum pak abu, besok saya datang lagi" jerit dhiya sebelum berlalu pergi.
Dia terus menuju ke lorong yang biasa dia pergi. Akan ada seekor kucing yang setia menantinya. Senyuman nipis terbit dibibirnya.
"Wei kucing! Meh sini makan" kata dhiya. Kucing itu berjalan terhinjut ke arah dhiya. Kakinya yang luka menyebabkan dia sukar untuk bergerak.
Mungkin juga itu punca dia tak boleh mencari makan di tempat lain. Dhiya tersenyum nipis memandangnya.
"Makan kenyang-kenyang" kata dhiya sebelum berlalu pergi. Kerja seterusnya ialah membasuh pinggan di kedai makan.
Walaupun hidupnya tak mewah dan senang, dia masih boleh bekerja. Kudrat yang dia ada tak akan digunakan untuk meminta.
Baru sahaja dia ingin menaiki basikal, badannya dirempuh 2 orang budak lelaki. Kedua mereka berbadan kurus kering.
"Maaf kak" kata budak itu sebelum sambung berlari. Dhiya terus menyedari apa yang berlaku. Dompetnya diambil!
"Tunggu!" Dengan pantas dia mengayuh basikal mengejar 2 orang kanak-kanak lelaki itu.
Larian mereka tak dapat mengatasi kelajuan basikal dhiya. Akhirnya mereka berhenti berlari kerana menemui jalan mati. Dhiya juga berhenti mengayuh sambil tersenyum sinis memandang mereka berdua.
Tampa mengendahkan keberadaan dhiya, Budak lelaki yang lebih kecil segera membuka dompet dhiya. "Bang akak ni miskin lah" kata si adik dengan nada kecewa. Si abang mengeluh perlahan melihat isi dompet itu.
Dhiya turut mengeluh dengan sikap mereka. "Pencuri pun tak selera nak curi duit aku" bisik dhiya pada diri sendiri.
"Korang 2 ni asal mencuri ?" Soal dhiya geram.
"Sebab tak ada duit. Kalau mencuri dapat duit. Ada duit boleh makan" jawab si abang tegas.
"Kepala otak kau" kata dhiya perlahan dan geram.
"Bagi balik dompet aku" kata dhiya sambil menghulur tangannya.
Si adik memulangkan kembali dompet dhiya tampa melawan cakap. Dhiya membuka beg duitnya.
"10 ringgit tak banyak ke ?" Soal dhiya geram. Dah lah mencuri. Demand pulak tu.
"Nanti akak tu nak makan apa ?" Soal si adik.
Dhiya terkesima mendengar jawapan budak itu.
"Haih korang dua ni" dhiya berkata sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"Kau nak makan ke ?" Soal dhiya. Mereka berdua mengangguk.
"Aku boleh belanja kau dua, tapi lepastu ikut aku pergi kerja. Aku ajar sikit cara nak cari makan"
Mereka memandang sesama sendiri dengan wajah bingung. Sudah banyak kali mereka mencuri, ini kali pertama mereka tak dimarahi.
Walaupun bingung, mereka bersetuju untuk mengikut dhiya.
Dhiya membawa mereka ke kedai mamak. Nasi 2 pinggan, ayam goreng 2 ketul dan kuah lemak diambil untuk setiap pinggan.
Itu sahaja dah 8 ringgit. Campur air kosong 3 cawan dah sembilan ringgit. Dhiya hanya mampu melihat dompetnya yang tinggal sehelai not seringgit.
"Kak apa nama kau ?" Soal si abang ketika makan.
"Nama panjang ke pendek ?" Soal dhiya kembali.
"Panjang" jawab si abang ringkas.
"Dhiya alisha azalia" balas dhiya.
"Betul panjang ni" omel si abang dengan mulut penuh.
"Sukati lah nama aku. Nama kau 2 ni pulak apa?" Soal dhiya pula.
"Aku abang, khairi. Ni adik aku, syahmi" jawab khairi.
"Hah makan cepat, lepastu ikut aku" kata dhiya dan mereka hanya mengangguk.
Selesai makan dhiya membawa mereka ke warung cik senah. Cik senah tersenyum melihat kehadirannya.
"Cik, saya bawak 2 orang budak ni dengan saya untuk kerja cik. Harini saya ajar dorang buat kerja, lepastu cik senah tengok lah diorang boleh buat kerja ke tak"
Cik senah mengigit bibir dengan permintaan dhiya.
"Dik, kamu ni tahu kan cik senah bukan mampu sangat nak bayar gaji ramai orang. Takat kamu sorang tu cik senah mampu lah" jujur cik senah.
"Tak apa cik senah, acik jangan susah hati. Dhiya ajar dorang buat kerja dulu, lepastu gaji dhiya acik bagi je dekat diorang berdua. Takat diorang berdua tu, 20 ringgit tu lebih dari cukup" cadang dhiya.
"Lepastu kamu nak makan macam mana?!" Suara cik senah meninggi.
Terus dhiya menutup mulutnya. "Nanti diorang dengar!"
"Abistu yang kamu ni sibuk pasal anak orang tu kenapa ? Sibuk pasal diri sendiri lah" bebel cik senah.
"Acik jangan risau lah, setakat hilang kerja kat sini, saya boleh buat banyak lagi kerja kat luar sana. Tapi budak berdua tu tak. Cik tolong tau" rayu dhiya dengan suara sayu.
Melihat dhiya menggenggam kedua tangannya, cik senah dengan susah hati mengangguk perlahan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Bintang malam
RomanceDhiya gadis lorong yang miskin. Kematian neneknya menyebabkan dia tinggal sebatang kara. Setiap hari dhiya perlu menjalani kehidupan yang kata orang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Namun dia tidak pernah mengeluh. Kehidupannya yang...
