Part 2

130 18 0
                                    

Tiba-tiba haechan pingsan kerana dia terlalu takut apabila mendengar semak-samun seperti sedang bergerak.

Dia sangka apa yang ada di belakangnya itu adalah haiwan liar...tetapi apa yang disangkakannya itu salah.

Seorang perempuan keluar daripada semak-samun itu lalu melihat haechan dengan pelik.

"Anak siapa pulak yang tidur dekat sini nih, mesti sesat nih, ughhh... mesti aku kena angkat and bawak dia duduk sekali dengan aku, ishh....geramnya lah" perempuan yang bernama yoojin tadi terus mendekati haechan.

"Eh,bukan ke dia nih ahli kumpulan NCT tu ehh?dia buat apa dekat sini?" yoojin berfikir.

"Memang pasti kena angkat lah ni, kalau tak habis rumah Czennies nanti banjir sebab menangis, ughhh... malasnya lah aku..... harap-harap tak berat sangat" yoojin mula duduk di atas tanah untuk mengangkat haechan.

Yoojin mula mengangkat tubuh haechan itu tetapi malangnya dia terjatuh.

"Weh, asal dia nih berat sangat, dia makan apa weh, boleh terbantut aku kalau macam ni" yoojin melihat haechan sambil menjungkitkan keningnya itu.

"Kuatkan semangat kau yoojin!!!ughhhh, berat wehh" yoojin yang sedang mengangkat haechan itu berjalan dengan kaki yang bergetar-getar.

"Kalau ikutkan hati aku nih, memang tak lah nak angkat kau nih, tapi bila aku terfikir tentang kawan aku yang minat sangat dekat kau nih, aku terus tukar fikiran kau tahu tak" yoojin bercakap seorang diri.

Dia terus sampai di tempat dimana dirinya tinggal buat sementara waktu.

"Sampai pun, akhirnya" kata yoojin sambil bernafas dengan tercungap-cungap.

Yoojin terus menarik haechan dan membawa masuk ke dalam khemah yang dipasang sendiri olehnya itu.

"Nampaknya aku terpaksa tidur dekat luar lah malam ni, apa lah nasib aku nih, patutnya aku biar je dia tadi....kenapa kau baik sangat yoojin....kawan kau tu bukan pernah nak tolong kau pun" yoojin terus mengambil sehelai kain lalu mengikatnya pada dua buah pokok.

Dia terus naik dan tidur di atas kain itu.

Skip....

Angin sejuk yang bertiup itu mengejutkan haechan yang berada di dalam khemah itu.

Jam yang dipakainya itu dilihat dan menunjukkan pukul 9.00 pagi.

Dia terus melihat sekelilingnya itu lalu dia berasa bersyukur kerana dia fikir itu adalah tempat dimana kumpulan NCT berada.

"Siapa yang baik hsti sangat angkat aku keluar dari hutan tu.....mesti mark nih" haechan tersenyum lalu keluar daripada khemah itu.

Dia terkejut melihat sekelilingnya sekarang. Dia terus memandang yoojin yang sedang memakan roti itu.

"Kau siapa???kenapa kau culik aku, aku tahu lah yang aku ni terkenal, tapi mana kawan aku yang lain hah!?" haechan kelihatan seperti sedang marah.

"Mulut tu jaga sikit boleh tak??"

Haechan kelihatan terkejut kerana dia adalah orang pertama berani berkata sebegitu kepada dirinya.

"Jap, kau ni siapa hah?kalau bukan kau yang culik aku, kenapa aku dekat sini hah!?" haechan mendekati yoojin.

"Kau tak ingat ke yang kau pingsan dekat tengah-tengah hutan semalam?" yoojin menjungkitkan keningnya.

"Of course lah aku ingat, kenapa kau tanya?" haechan melihat yoojin dengan reaksi yang pelik.

"Maksudnya, aku angkat kau lah donghyuck" yoojin mengeluh.

Haechan ketawa terbahak-bahak apabila yoojin berkata begitu.

"Kau angkat aku, wehhh....kau yang pendek ni, tak kelakar pun weh" haechan membuat muka serious.

"Kau ingat aku ni lemah sangat ke??kalau kau taknak percaya aku sekalipun, jangan sesekali cakap aku pendek, aku tak kisah lah kau ni idol ke anak sultan ke anak raja ke tapi kau jangan berani panggil aku pendek atau aku akan belasah kau" yoojin memberi amaran kepada haechan. Mukanya kelihatan sangat serious bersama tatapan tajam membunuh itu ditunjukkan kepada haechan.

Haechan yang takut plus tak percaya itu melihat yoojin.

"Kalau macam ni cara kau bercakap dengan fans kau, aku percaya 100% takkan ada orang yang minat dekat kau" yoojin terus masuk ke dalam khemahnya itu.

Meanwhile....

"Jujurlah dengan aku, takkan korang tak nampak terus haechan" taeil sudah berasa panik.

"Semalam dia suruh aku teman dia pergi tandas tapi aku tolak sebab tandas tu bukan jauh pun, tapi lepas tu, aku dah tak nampak dia lagi, mian yeorobeun" renjun menunduk.

"Jadi last kau nampak dia adalah lepas dia suruh teman kau pergi tandas lah?" kun mula bertanya.

"Yes" renjun berasa bersalah.

"Takpe, ni bukan salah kau renjun, kita cari haechan sama-sama okay?" taeyong berkata sambil menepuk bahu renjun itu.

"Okay hyung" renjun mengeluh.

Semua ahli kumpulan NCT menunduk lalu mengeluh serentak.

To be continue~

Hah, vomments je lah

3 DAYS WITH HIM_lee haechanWhere stories live. Discover now