𝑴𝒆𝒆𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒚𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝒘𝒂𝒔 𝒕𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒔𝒕 𝒅𝒂𝒚 𝒐𝒇 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆...
~~~
"Hujan lah! Macam mana ni, aku lupa bawa payung!"
Fokus Sieun pada pembacaan terhenti bila mendengar suara rakan sekelasnya. Penanda buku segera diletakkan di muka surat terakhir di mana pembacaannya terhenti tadi lalu novel itu ditutup.
Matanya dipejam lalu dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan.
"Bau hujan,"
Kim Sieun membuka mata lalu terus memandang ke luar tingkap. Hujan renyai kelihatan membasahi bumi. Sieun tersenyum melihat setiap titisan hujan yang jatuh di tingkap kelasnya itu.
"Korang, Sir Minho dah sampai!" jeritan dari Chenle berjaya membuatkan seisi kelas terdiam.
Semua pelajar mula mengambil tempat masing-masing. Tidak lama selepas itu seorang guru lelaki memasuki kelas bersama seorang pelajar di sebelahnya.
"Macam yang kamu semua nampak, kita ada pelajar baru hari ni," ujar Sir Minho.
Dia memberi isyarat pada pelajar itu agar memperkenalkan dirinya.
"Annyeong, Jung Sungchan imnida,"
Sieun kembali memandang ke luar tingkap. Tidak berminat dengan sesi perkenalan dengan pelajar baru itu.
Dia terus memerhatikan titisan-titisan hujan yang makin lebat di luar sana. Melihat butiran jernih dari langit itu adalah kesukaannya sejak dulu.
Sehinggalah kerusi di sebelahnya ditarik, baru dia berhenti memandang ke luar. Sir Minho sudah tiada di hadapan kelas. Dan sekarang, pelajar baru tadi sudah berada di sebelahnya.
"Annyeong, saya Jung Sungchan. Harap awak sudi berkawan dengan saya," pelajar baru bernama Sungchan itu tersenyum ke arahnya.
"Nama aku Sieun. Dan maaf, aku tak suka berkawan dengan orang,"
Sungchan terkejut dengan jawapan dari gadis itu namun riak mukanya cuba dikawal. Dia ingin bersuara lagi namun guru yang mengajar pada waktu itu sudah memasuki kelas.
Melihat Sieun yang mengeluarkan buku teks dari bawah mejanya menyebabkan dia tersedar sesuatu.
Bibirnya diketap.
Guru perempuan yang sudah mula mengajar di hadapan membuatkan Sungchan makin tidak senang duduk.
Dia menarik nafas perlahan sambil mengumpul keberaniannya.
"Hmm Sieun," bahu gadis di sebelahnya dicuit perlahan.
"Boleh kita berkongsi buku teks? Saya belum dapat buku teks lagi," sambungnya bila Sieun sudah memandang.
Dan Sieun, dia cuba untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Buku teks miliknya ditolak sedikit ke arah meja milik Sungchan.
Sungchan tersenyum lalu merapatkan sedikit kerusinya ke arah Sieun agar lebih mudah mereka berkongsi buku.
YOU ARE READING
On Rainy Days
Fanfiction"This is our story on rainy days," start: 13/9/2021 end: 13/9/2021
