BAB 31-𝐂𝐔𝐃𝐃𝐋𝐄

Start from the beginning
                                    

"Abang ada nak cakap apa-apa ke? Muka abang macam ada sorok sesuatu dari Dayra aje." Curiga Dayra menyoal.

Satu perkara yang menyebabkan cinta Qaede terhadap Dayra semakin mendalam adalah sikap isterinya yang selalu mengambil berat dan prihatin tentang dia. Lihat saja, sekarang Dayra sudah dapat meneka wajahnya jika kalau dia ada sesuatu perkara yang hendak dibincangkan.

Haih, kenapa ragam kaum hawa begitu comel? Lagi-lagi isteri halalnya seorang ini.

"Mana ada. Biasa aje muka abang. Kejap sayang, hidung abang panjang macam pinatchio ke? Sampai sayang tahu abang menipu ni?" Tangan Qaede naik menyentuh wajahnya sendiri. Diraba-raba pelosok wajah kacaknya. Ceh.

Mengekek kecil Dayra apabila melihat reaksi comel suaminya.

"Naluri seorang isteri. Cakap ajelah. Jangan buat Dayra curious abang. Tak elok." Dayra mengoncang lengan Qaede bersama nada suara seakan merayu.

Helaan nafas lemah Qaede lepaskan. Dia takut kalau dia cakap Dayra tidak dapat terima. Dia tidak mahu membebankan Dayra.

"Sayang... Kalau abang cakap ni jangan marah, boleh? Sebelum itu, maaf buat keputusan tanpa berbincang dengan sayang dulu." Redup Qaede merenung dalam mata berbinar isterinya.

Terjungkit atas kening Dayra. Masalah apa pula suaminya timbulkan kali ini?

"Abang nak kahwin baru ke?" Garang suara Dayra menyoal.

"Choi mulut kau, sayang! Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak duakan awak. Elok-elok sikit ek?! Gigit karang!"Jari telunjuk Qaede naik menjentik lembut dahi licin Dayra.

Meletus kecil ketawa Dayra melihat reaksi terkejut Qaede. Tangan naik mengosok dahi, saja berlakon sakit. Padahal Qaede hanya jentik manja.

"Dah tu? Abang cakap bukan main serius. Ke abang nak pergi berperang? Abang nak pergi berperang negara mana? Lah, tak elok tahu tinggalkan isteri seorang diri dekat rumah. Abang ni selalu buat keputusan tak fikirkan orang rumah." Mengarut Dayra bersama wajah disebik manja.

Dayra dan berlakon berpisah tiada.

"Jangan berlakon sayang. Serius sekejap pun jadilah. Apa yang abang nak bincang ni penting tahu." Qaede mencengkam rambutnya dengan kuat. Jelas wajahnya tertekan sekarang.

Semakin mengekek ketawa Dayra apabila melihat wajah tertekan suaminya. Comel betul suaminya. Geram nak penyet-penyet, lepas itu masukkan dalam poket seluar tracknya.

"Okey-okey. Sorry... Teruskan abang." Belakang badan Qaede digosok lembut. Jelingan tajam Qaede dibalas dengan senyuman comel.

Nasib sayang.

"Abang nak sayang berhenti kerja. Nanti abang cakap lebih detail tarikh sayang perlu berhenti kerja." Tenang nada berbicara Qaede. Ibu jari tangan kanannya naik mengusap kekura tangan Dayra.

Cara untuk elakkan Dayra melenting. Kaedah paling ampuh setakat ni. 

Mata Qaede mengintai Dayra. Jelas matanya nampak raut wajah Dayra yang sudah berubah. Mati terus senyuman ceria Dayra. Tepat mata Dayra merenung wajah serba salah Qaede. Sudah dia kata mood Dayra akan berubah setelah mendengar permintaan dia.

"Kenapa abang nak suruh Dayra berhenti kerja? Why? Abang malu ya ada isteri yang bekerja sebagai cleaner hospital?!" Bisik Dayra dalam nada suara terkilan.

Wajah sedih isterinya ditatap dengan penuh kasih. Kedua-dua ibu jari Qaede naik mengelus pipi mulus isterinya yang semakin tembam.

"Tiada sekelumit pun perasaan malu dalam diri abang, ariningsun. Sumpah demi Allah. Abang nak daftar Dayra ke Universiti Malaya. Ambil bidang medic. Abang hanya mahu realisasi impian sayang jadi kenyataan. Nak?"

Ariningsun |√Where stories live. Discover now