PROLOG🖤⛓️

612 42 3
                                        

"Tolong lah! Bagi aku masa. Aku janji aku bayar balik duit kau."

"Dah 3 bulan. Aku dah muak dengan janji kau." Seorang jejaka mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacu ke arah kepala lelaki itu.

"J-jangan bunuh aku!!"

"Sorry. Dah terlambat. Sabar aku ada had. Goodbye."

BANGGG

Sekelip mata sahaja lelaki itu mati. Jejaka itu meninggalkan mayat itu begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

"Jangan main-main dengan seorang mafia yang bernama Park Jimin."


🖤⛓️

Seorang wanita yang memakai hoodie dan pelitup muka berwarna hitam memasuki sebuah kedai runcit.

Sekarang sudah pukul 12 malam. Sudah pasti kawasan kedai itu sunyi tiada orang.

Wanita itu melihat sekelilingnya. Dia senyap-senyap mengambil beberapa bungkus roti lalu sorokkan di dalam beg galas.

Bukan itu sahaja, dia mengambil 2 air kotak dari peti sejuk. Kemudian, wanita itu acah-acah ingin membeli lolipop lalu letakkan ke atas meja kaunter.

"Cik, boleh saya tengok beg awak?" Soal seorang lelaki penjaga kaunter itu.

"Buat apa? Ini privacy aku. Mana boleh sesuka hati tengok beg aku." Kata wanita itu.

"Saya minta maaf tapi saya kena tengok jugak sebab sejak kebelakangan ni dah banyak kes mencuri. Tolong cik bagi kerjasama."

Wanita itu mula rasa panik. Tiba-tiba satu idea terlintas dalam fikirannya. "Kejap. Tali kasut saya terbuka. Boleh aku betulkan?"

"Ya boleh silakan."

Lalu wanita itu mula betulkan tali kasutnya.

Tanpa melengahkan masa, wanita itu terus cabut lari sekuat hatinya.

"Pencuri! Jangan lari!!" Lelaki itu mula mengejar wanita itu.

Sementara itu, Jimin berjalan-jalan di kawasan itu sambil berborak di telefon.

Dengan tidak sengaja wanita itu terlanggar bahu Jimin hingga telefon pintar Jimin jatuh dengan wanita itu sekali.

"Woi! Kau ni buta ke apa?!"

Wanita itu segera bangun dan sempat bertentang mata dengan Jimin. Jimin terkesima apabila mereka memandang antara satu sama lain. Mata yang cantik itu membuatkan Jimin sukar untuk lepaskan pandangannya.

"Maaf." Tanpa melengahkan masa, wanita itu terus berlari untuk mengelakkan dirinya ditangkap.

Lelaki kaunter itu termengah-mengah mengejar wanita itu tetapi tidak berjaya.

"Encik, encik ada nampak tak orang yang pakai hoodie dan mask warna hitam lari kat kawasan ni. Saya rasa orang tu perempuan." Soal lelaki kaunter.

"Tak.. tak. Aku tak nampak." Balas Jimin.

"Ouhh tak apa lah terima kasih."

"Apa dah jadi sebenarnya?"

"Perempuan tu mencuri encik. Saya suruh bagi beg dia untuk periksa sama ada dia mencuri ataupun tidak. Dia lari maknanya dia mencuri lah tu."

Jimin hanya mengangguk.

"Kalau encik ada ternampak perempuan tu boleh bagitahu saya ye. Kedai saya ada depan tu je." Kata lelaki kaunter itu sambil tunjuk ke arah kedainya.

"Ha ok."

Jimin teringat akan wanita itu. Dia terfikir kenapa wanita itu mencuri.

"Indah khabar dari rupa. Muka cantik tapi mencuri."

To be continued
.
.
.
Annyeong yeorobun! Excited tak bila cerita ni dipublishkan? Author update prolog dulu ye nanti chapter seterusnya author akan update. Enjoy!
.
.
Eh jangan lupa vote and comment tau!

[OG] MR MAFIA MRS GANGSTER | JiroseStories to obsess over. Discover now