𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 1

Start from the beginning
                                    

Eh, menyampahlah kita! 

Dengan wajah berkerut, Mark menyusun alat-alat bahaya itu ke dalam beg hitam.

***

Jari jemarinya bermain-main di satu gambar. Gambar itu adalah gambar terakhir dirinya dan keluarga tercinta sewaktu berumur 13 tahun. Tanpa sedar, sudah hampir 12 tahun dirinya kehilangan ahli keluarganya.

Dari kecil, dia di besarkan di Malaysia. Kadang kala, dia akan melawat datuknya di Itali. Ibunya berasal dari Itali dan membuat keputusan untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama seorang lelaki muslim. Kata ibu, banyak keperitan dan kesusahan yang dia tempur bersama abah. Tetapi, dengan izin-Nya mereka sama sama menempuhi segalanya.

Pada awalnya perkahwinan mereka tidak direstui, lama-lama hati datuknya semakin merestui. Dan setelah itu, munculnya seorang bayi perempuan yang comel dinamakan Farren Melissa. 

"Datuk..." Lirih suara itu memanggil datuknya. Kali terakhir pertemuan mereka sewaktu dirinya berumur sepuluh tahun. Waktu itu raya dan ibu abah membuat keputusan untuk pulang ke Itali menyambut perayaan di sana kerana abah juga sebatang kara di sini. Ibu mempunyai abang, tetapi abangnya mati akibat dibunuh.

Puncanya? Farren tidak tahu kerana ibunya berkata dia masih kecil untuk mengetahui hal-hal seperti itu. 

Itu adalah kali terakhir menyambut hari raya bersama datuk. Ada suatu hari, masih segar diingatannya bagaimana dirinya dipukul dan didera oleh seorang lelaki yang dia tidak kenali. Dia diculik! Mengapa? Tak tahu! Wajah lelaki itu juga tidak dapat dia lihat akibat penutup muka yang dipakainya. 

Datuk yang datang menyelamatkannya. Juga masih segar di ingatan bunyi das-das pistol dilepaskan. Sebagai seorang kanak-kanak yang baru berumur 10 tahun, sudah tentu dia akan berasa takut. Pada ketika itu dia sangat takut!

Badannya menggigil dan tangannya naik menuitup telinga dari mendengar bunyi-bunyi tembakan yang kuat.  Tak lama, badan kecilnya di dukung. Abah yang datang mendukung dan membawanya keluar dari tempat yang gelap dan sunyi itu.

Hendak dipendekkan cerita, Farren selamat. Datuk dan abahnya juga selamat. Kes penculikkan tersebut tidak diketahui sebabnya. Tapi, hanya Farren sahaja tidak tahu. Ahli keluarganya yang lain tahu.

Beberapa hari selepas itu, dirinya sekali lagi ditimpa kemalangan. Apalah nasib seorang kanak-kanak memperoleh memori yang agak buruk.

"Jangan datang Itali selagi daddy tak suruh." Itu kata datuk sebelum Farren dan sekeluarga pulang ke Malaysia. Setelah itu, mereka sudah tidak mendengar kabar dari datuk. Jujur, Farren rindu akan datuknya.

Entah hidup ataupun mati. 

Kini, Farren hanya berseorangan. Mujur sahaja Tuhan mentakdirkan dua sahabat di dalam hidupnya. Menjadi pendengar dan peneman yang setia. Namun, Farren sedar dia tidak boleh begitu berharap kepada manusia. 

Kelak, dia yang akan kecewa.

"Mel! Sinilah main buaian ni sekali." Jerit seorang sahabatnnya. Farren ketawa kecil. Perangai mengalahkan budak-budak! Farren bangkit dan melangkah ke arah buaian. 

Seperti sahabat-sahabatnya, Farren juga masih mempunyai sifat ingin bermain dan berseronok!

Tanpa Farren sedar, ada seorang lelaki yang memerhatinya dari skrin laptop. Firash menekan sedikit earphone nya untuk mendengar suara Farren. Agak berpuas hati kerana suara itu kedengaran sungguh ceria. 

Hatinya tenang melihat gadis itu berada dalam keadaan baik. Hampir setahun memerhati dan menjaga gadis ini, masih tiada bahaya yang datang menimpa gadis itu. Dia tidak tahu asbab nanno menyuruhnya untuk menjaga gadis ini. 

Mungkin dia akan mengetahuinya nanti? 

"Tak reti nak balik ke? Dah maghrib ni." Keras suara Firash berkata. Matanya masih tajam melihat Farren yang masih lagi gembira bermain buaian. Telefon pintarnya diambil dan dia mula menghubungi seseorang.

"Make them home." Arahnya tanpa nada dan talian terus dimatikan. Tak lama, muncul seorang lelaki di skrin laptopnya. Kemudian, gadis-gadis itu terus kalut melangkah meninggalkan taman permainan itu. Firash senyum puas. Entah apa yang dikatakan orang suruhannya sehingga mereka meninggalkan taman dalam keadaan takut. 

Manakala, Farren melangkah dengan cepat mengekori sahabat-sahabatnya. Kepalanya kemudian digelengkan beberapa kali tak mahu mengingati apa yang dikatakan oleh lelaki tadi.

"Eh, betul ke apa yang lelaki tadi cakap?" Tanya salah seorang sahabatnya. Terus sahaja, Farren menampar lembut lengan gadis itu. Keningnya berkerut tanda marah. Marah biasa-biasa.

"Takkanlah. Mana ada orang minyak dekat sini." Nafi seorang lagi.

"Lina, Ju... Jangan lah cakap pasal ni. Aku takut." Sememangnya Farren adalah seorang yang penakut. Pernah sekali, dia sanggup datang ke rumah keluarga Hawa hanya kerana dia ketakutan akibat melihat cerita hantu. 

Mereka ketawa dan mengusap lembut bahu Farren. Menenangkan sahabatnya yang tampak ketakutan. 

"Dik, dah nak dekat maghrib kenapa tak balik lagi? Tak tahu ke kes semalam? Ada sorang anak dara kena usik dengan orang minyak sebab duduk sini waktu-waktu maghrib." 

Dan, ayat itu terngiang di kepala otak Farren sehinggakan dia membuka lampu dan ayat suci Quran sewaktu tidur!

Dan, ayat itu terngiang di kepala otak Farren sehinggakan dia membuka lampu dan ayat suci Quran sewaktu tidur!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To be continued...

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now