11

458 112 108
                                    

chapter eleven morning

Puan So menangis teresak-esak melihat Junghwan yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil hospital. Tuan So hanya memeluk isterinya, memberi semangat.

Junghwan dijumpai berlumuran darah dalam bilik tidurnya. Tapi apa yang pelik, pihak polis tidak menjumpai sebarang tanda yang melibatkan penjahat masuk.

Jadi, pihak polis mengatakan bahawa Junghwan mencederakan dirinya sendiri. Darahnya mengalir dalam bentuk bulatan. Tiada langsung kesan jejak kaki serta tingkap diceroboh.

Di luar bilik hospital, Hyunsuk meraup mukanya kasar. Dia melepaskan keluhan. Mereka yang lain mundar-mandir di hadapan bilik tersebut.

"Hyung. Aku tak percaya. Kenapa kita tak nampak Junghwan atas katil tu?" Tanya Jeongwoo pelik.

Selepas Doyoung membuka aplikasi kamera tadi, lalu menghalakan ke arah katil, mereka terkejut. Badan Junghwan berlumuran darah. Tapi yang hairannya, mereka hanya dapat lihat Junghwan dengan menghalakan kamera ke arah katil.

"Sebab kita terlibat dalam kes ni. That's why kita tak nampak Junghwan. Junghwan sebenarnya bukan dekat sini. Dia dekat..." Jihoon memperlahan suaranya.

"Miss Jennie, kan?" Tebak Yedam. Mereka meraup rambut ke belakang buat yang ke berapa kalinya. "Kita tak nak bagitahu omma dan appa Junghwan ke?" Tanya Doyoung.

Yoshi menggeleng. "Kalau kita bagitahu dorang, nanti mesti ramai yang terlibat. Tapi kalau kita bagitahu pun, besar kemungkinan mereka tak percaya."

"Junghwan koma. Aku dah tetapkan pendirian aku." Kata Jaehyuk selepas lama berdiam diri. Dia mengetap bibir. Tapak tangannya mula berpeluh.

"Junghwan hilanglah!" Tempik Jeongwoo. Yedam yang berada di sebelahnya cuba menenangkan Jeongwoo.

"Jaehyuk, kau tak patut cakap macamtu." Ujar Junkyu. Mashiho menggenggam tangan Jaehyuk manakala Asahi menepuk badan belakang Jaehyuk. Lelaki itu takut sebenarnya.

"Kita pergi cari Miss Jennie!" Kata Jihoon. "Miss Jennie tak pernah ada! Yang kau nak cari dia kenapa?! Silap haribulan kau nampak hantu nanti." Kata Hyunsuk cuba menahan sabar.

"Dia mesti tahu Junghwan ada dekat mana." Teka Asahi lalu menjongketkan sebelah keningnya. Jihoon mengangguk.

"Kau nak bahayakan nyawa kita?" Dingin suara Jaehyuk. "Habistu kau tak fikir pasal Junghwan ke?! Jawab lah aku Yoon Jaehyuk!" Tengking Jeongwoo lalu menarik kolar Jaehyuk.

"Jaehyuk! Jeongwoo! Bawak bertenang. Kita dekat hospital!" Kata Mashiho lalu menarik Jaehyuk manakala Junkyu menarik Jeongwoo.

"...Junghwan.. maafkan aku.." Tangisan kedengaran. Jaehyuk berlari ke tandas.

"Aku pun takut. Aku faham perasaan Jaehyuk." Kata Hyunsuk. "Aku pun takut hyung. Tapi aku cuba lawan." Jeongwoo duduk di atas kerusi. Dia menundukkan mukanya ke bawah.

"Manusia lagi menakutkan daripada hantu. Tapi hantu juga boleh melampaui imaginasi manusia." Kata Haruto.

Sedikit patah dua kata ? 😊

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedikit patah dua kata ? 😊

mystery zoom.Where stories live. Discover now