Terpukau

229 4 0
                                    

Gambar : Oliver Moy

Hari Isnin bermula seperti biasa, selepas menghantar Adam ke sekolah, aku singgah ke gerai nasi lemak kegemaran aku, aku membeli 4 bungkus, 2 pagi 2 tengah hari. Sesampainya aku ke rumah, aku nampak kakak Amirul seperti dalam tergesa-gesa, memasukkan beberapa barang dalam kereta, lalu aku menegurnya,
"Kak, tak pergi sekolah ke hari ni?",
"Tak! akak kena pergi bawak pelajar ke pertandingan, kena keluar negeri untuk beberapa hari, cikgu yang bertugas seorang tu accident pulak, akak kena ganti. Sigh...." balas Kak Am (nama penuh, Nur Amalina), sekali dengan keluhan yang panjang.
Kak Am pandang ke aku lalu berkata,
"Akak risau la nak tinggalkan Amirul tu sorang-sorang, dah la banyak benda nak kemas lagi... Ni Haziq boleh tolong tengokkan Amirul tak?" tanya kak Am kepada ku.
Belum sempat aku menjawab, ayah aku dari belakang berkata,
"Suruh jer Amirul tu tinggal dengan kitorang sekejap, boleh tidur dengan Haziq, katil dia besar, makan apa semua tak apa, dah suruh dia ambik baju semua bawak sini, senang, dia nak tengok tv pun boleh sini"
Bila pula yang ayah aku ada kat rumah, bukan pergi kerja ke pagi tadi? Aku pelik dengan kehadiran ayah aku. Ayah aku memandang ke aku lalu sambung berkata,
"Kan ayah dah cakap yang hari ni ayah masuk tengahari, dekat kilang ada operasi! Bertuah punya budak, ni ada beli tak sarapan untuk ayah?".
Aku senyum sambil mengetuk kepala, lupa yang ayah dah bagitahu semalam, nasib beli nasi lemak lebih.

Selepas kak Am siap masukkan barang dalam kereta, dia pun bergegas ke sekolah, Amirul pula datang ke rumah aku dengan beg pakaiannya, kami menjamah nasi lemak yang aku beli, satu aku hulurkan pada kak Am tadi, lagi tiga bungkus kami makan sama-sama,
'tak apalah, tengahari nanti masak lain la, baru ingat nak simpan untuk tengah hari sekali', monolog aku dalam fikiran. Ayah menyuruh aku berkongsi bilik dengan Amirul kerana bilik aku ada air-cond. Aku membawa Amirul ke bilik aku, Amirul kemudian ingin mandi, katanya badan berpeluh selepas joging pagi tadi, aku meninggalkan dia dan mulakan rutin harian kemas rumah. Ayah mendapat panggilan meminta dia masuk awal ke kilang atas isu mesin, ayah pun bergegas keluar.

Selepas selesai kemas rumah, aku menjenguk Amirul di dalam bilik,
'senyap jer budak tu, apa yang dia buat kat dalam bilik agaknya?', monolog aku sendiri.
Alangkah terkejutnya aku melihat tubuh badan Amirul tanpa seurat benang, badannya yang berotot sedikit, kulitnya yang mulus, rambut separa basah, membuatkan aku tertelan air liur, terdiam disebalik pintu mengintai Amirul yang sedang mengelap badan. Amirul perasan akan kehadiran aku lalu menegur,
"Yang Haziq dok tercegat kat pintu kenapa? Intai Amirul ek!",
"Ahh, ta.. tak... kenapa Amirul tak kunci pintu", balas ku kegagapan.
Amirul dengan selambanya memakai boxer tayang depan aku lalu memakai seluar.
"Kenapa? Haziq segan ke? kita kan sama-sama lelaki, apa kesah", balas Amirul duduk di atas katil sambil mengeringkan rambut dengan tuala tak berbaju. Sesudah mengeringkan rambut Amirul meluruskan pinggangnya dan melapik kepalanya dengan bantal.
"Sedap baring atas katik Haziq, empuk!" komen Amirul.
Hati ku mula berdegup deras melihat Amirul terbaring tak berbaju, menaikkan nafsu ku sedikit.
"Kenapa tak pakai baju?" tanya ku gementar.
"Panas! Kenapa?" balas Amirul.
"Amirul ta.. tak nak tengok TV?", aku cuba mengelak.
"TV sekarang tak ada cerita best, Haziq ada movie yang best? Jom tengok sekali dengan Amirul!" pinta Amirul kepada ku.

Aku membuka filem 'Wreck-It Ralph' yang aku baru download, Amirul ok sahaja dengan pilihan aku. Aku duduk diatas kerusi di meja komputer, manakala Amirul baring atas katil dibelakang aku. Sewaktu cerita hendak bermula, Amirul menarik aku ke atas katil, aku terkejut dengan tindakan dia.
"Kenapa Amirul tarik Haziq?" tanya aku dalam suara yang bergugup sikit.
"Ala, tak boleh fokus tengok nanti kalau tak nampak muka Haziq, nampak belakang kepala jer" Amirul balas dalam nada manja.
Aku mula menggelabah kerana terlalu dekat dengan Amirul, aku cuba untuk bertenang. Amirul menepuk bantal di sebelahnya sambil memberi isyarat muka menyuruh aku baring disitu, hatiku mula berdegup kencang, tak pasti kenapa, tapi aku menurut kata-kata Amirul tanpa sebarang pertanyaan. Mataku tak berhenti mencuri pandangan tubuh Amirul yang tak berbaju disebelah aku ini. Aku cuba tumpukan perhatian pada monitor komputer aku, tapi fikiran aku melayang.
"Kenapa Haziq dok tenung badan Amirul? nak rasa ke otot ni?" tegur Amirul sambil membelai otot six pack di perutnya.
Aku seperti dipukau, tangan ku mula mendekati otot perut Amirul tapi aku cuba berhenti, Amirul dengan lajunya menarik tangan aku ke atas otot perutnya, lalu Amirul melepaskan genggaman. Aku menjadi teruja dengan struktur otot Amirul, tangan ku tak berhenti mengusap perutnya, tanpa sengaja, jari kelingking aku terkena puting dada Amirul, dia mengeluarkan satu keluhan kecil.
"Syok?" tanya Amirul,
Aku hanya mengangguk, Amirul sekali lagi menarik tangan aku ke atas dadanya.
"Haziq try usap dada Amirul" Amirul berkata kepada ku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JIRU (Jiran Baru)Where stories live. Discover now