BAB 4

147 16 9
                                    

"Nek... " Nek Minah menoleh ke belakang.

Zafiq berlari anak ke arahnya. Senyuman tidak lekang dari bibir. Jika dia mahu mengambil hati Amira kembali, dia perlu menawan hati utamanya iaitu Nek Minah.

"Ouh kamu Zafiq, kenapa ni? " soal Nek Minah.

Dirinya menjadi tidak selesa dengan Zafiq akibat desas-desus yang mengatakan lelaki ini membuli cucu kesayangannya di sekolah. Dia takut dia tidak mampu mengawal amarahnya.

Zafiq cuba mengambil beg plastik yang dipenuhi barang mentah dan sayur-sayuran yang penuh di tangan wanita tua itu. Namun Nek Minah cepat-cepat melarikan tangannya. Zafiq terkedu.

'Takkan barang macam ni pun, budak ni nak curi? Bapak dia dah bankrup ke? 'soal Nek Minah pada diri sendiri.

Senyuman manis tidak lekang dari bibir pemuda itu. Zafiq mengoyangkan bahu seperti dia tersipu malu. Zafiq mendekatkan badan dengan Nek Minah. Dia memaut bahu wanita tua itu.

"Nek... Boleh saya tumpang makan dekat rumah nek malam ni? "Zafiq mendekatkan lagi badan kearah Nek Minah.

Nek Minah mulai berasa risau akan sikap yang ditunjukkan oleh Zafiq. Sempat dia berfikir, adakah Zafiq ni sudah gila?. Cepat sungguh karma dia dapat.

" Kenapa pulak?. Mama kamu tak masak ke harini?" Soal Nek Minah.

Zafiq mengaru kepala sambil tersengih. Ini sahaja cara untuk dia memohon maaf kepada Amira dan mencuri hati gadis itu kembali. Harap-harap Amira masih ada perasaan terhadap dirinya.

Nek Minah menghembus nafas berat. Kalau mahu menghalau budak ini balik, mesti budak ini tidak mahu. Lagipun tidak sampai hatinya berbuat begitu. Barang yang ditangannya segera dirampas oleh Zafiq.

Nek Minah memanjat satu persatu anak tangga. Dilihat Zafiq melepaskan selipar yang dipakai lalu meluru naik keatas rumah seakan itu rumahnya. Tebal sungguh muka lelaki itu. Langsung tidak ada perasaan malu.

Nek Minah tidak mampu mengeluarkan sebarang kata. Dia hanya membiarkan lelaki itu sahaja. Dia mula mencari kelibat cucunya namun tiada di ruang tamu. Adakah Amira berada di dapur

Zafiq sudah memasuki kawasan dapur . Dia melihat Amira yang mencuci pingan dengan rambut yang diikat keatas sehingga menampakkan leher putih gadis itu. Zafiq menelan air liur dengan keras. Matanya langsung tidak berkelip.

"Nek... Kenapa lambat sangat?. Harini ada someone Mira nak kenalkan dengan nenek. Dia ni kira special juga la." Amira masih meneruskan kerjanya tanpa menoleh.

Zafiq mengerutkan dahi. Someone? Who?. Amira dah ada orang lain ke?. Hatinya sudah mulai tidak tenang.

Barang Nek Minah beli tadi diletakkan diatas meja. Zafiq meluru kearah Amira dan memeluk tubuh gadis itu. Kepalanya diletakkan di bahu Amira.

"Nek ni kenapa?. Tiba-tiba je peluk macam ni?. Ada masalah apa...jap kenapa nenek pakai minyak wangi bau macam Dior Sauvage EDT macam Zafiq pakai?" Soal Amira masih tidak menyedari kedatangan lelaki itu.

"Siapa someone tu? Special sangat ke dia? Special dari aku?" Amira tercenggang.

Amira menjatuhkan pingan ke dalam singki dan cuba meleraikan pelukan Zafiq.Dia cuba untuk melepaskan diri namun Zafiq menguatkan lagi pelukan. Jantungnya berdegup laju tapi bukan degup tanda cinta tapi takut.

"Lepaslah..." Zafiq membuat tidak tahu. Sesekali dia menoleh kearah pintu dapur, melihat samaada Nek Minah akan kesini atau tak.

" Siapa someone?. Penting sangat ke dia?" Bisik Zafiq. Bibir lelaki itu begitu dekat dengan telinganya.

Amira mengundurkan diri dan memijak kaki Zafiq. Diambil pisau yang berada di tepi singki lalu dia menghala kearah Zafiq.

Zafiq terkedu.

"Macam mana kau boleh masuk ke sini? Siapa izinkan.." Jerit Amira.

Berani lelaki itu memeluk dirinya. Dia fikir kalau Amira ini sudah suka , gadis itu akan diam apa yang diperbuatkan oleh Zafiq. Amira bukan gadis sebegitu yang boleh ternoda dengan sentuhan ataupun suara yang lunak.

Amira cuba menenangkan diri. Pisau tajam itu dijatuhkan. Tidak baik kalau dia menghalakan benda tajam kepada orang lain. Tapi, Zafiq ini dikira orang juga ke? ke orang utan.

"Amira..aku sebenarnya datang sini sebab aku nak minta maaf, aku bukan saja-saja nak datang sini. aku taknak kau jauh dari aku." Suara Zafiq seakan merayu.

Bebola mata Amira dinaikkan keatas. Selepas apa yang berlaku, ingat senang ke dia ingin menerima permintaan maaf itu. Sorry to say lah, go away. Memang takla!.

"Hmm... Eh jap, Sapa ajak kau masuk dalam rumah aku ni?." Dinaikkan sedikit suaranya. Hatinya masih panas akan kelakuan Zafiq tadi.

"Nek Mi..."

"Nenek aku?!".

Nek Minah yang baru memasuki kawasan dapur terpana. Dia melihat Zafiq dan Amira berulang kali.

Amira cekak pinggangnya sambil matanya dibesarkan. Dia membuat isyarat muka kepada Nek Minah yang mengatakan kenapa membenarkan lelaki itu masuk ke rumah mereka.

Sebaliknya Nek Minah memberi isyarat menarik tudungnya. Amira yang tidak paham dengan isyarat itu hanya mengerutkan dahi. Dia mnegangkat kepala dua kali.

Nek Minah mengeluh. Dia melangkah laju kearah cucunya yang bendul lagi lembap itu.

" Tudung mira mana sayang? Free show ek?" Bisik Nek Minah.

Amira membulatkan mata lantas lari masuk ke bilik.

Tinggal Nek Minah dan Zafiq di ruangan itu. Zafiq mengaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba saja dia rasa kekok dengan Nek Minah. Selalunya mereka sembang mesra saja sebelum kejadian itu berlaku.

"Pergi solat mahgrib kat ruang tamu, Nek dah siapkan sejadah. Lepas solat baru turun makan." Zafiq menganggukkan kepala dan berlalu pergi.

" Zafiq menganggukkan kepala dan berlalu pergi

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Assalamualaikum.." laung seseorang.

Amira mengigit bibir. Mesti dia dah sampai. Amira berlari menuju kearah pintu dan terus membukanya. Dilihat orang yang ditunggu sudah terpacak didepan mata.

Zafiq yang baru selesai solat mengerut dahi. Dia memanjangkan leher untuk melihat gerangan orang yang dikatakan istimewa oleh Amira.

"Lelaki?" katanya dengan perlahan dan sedikit rasa kecewa.

Amira tersenyum. Dia menjadi tidak tentu arah sekarang. Rasa nak pengsan pun ada. Yalah, Zhariff cukup handsome malam ini. Eh bukan malam ni je, hari-hari dia handsome.

"Hi sayang.." Amira tersenyum malu.

"SAYANG!!!" jerit Zafiq dan Nek Minah.

Cinta Yang HilangDove le storie prendono vita. Scoprilo ora