Bab 2

171 15 3
                                    

Puan Maznah membuka satu persatu helaian muka surat dari majalah yang baru dia beli tadi. Teh yang berada didekatnya diambil. Baru sahaja dia ingin meletakkan cawan yang berisi teh itu di bibir, tiba-tiba seseorang datang mengacaunya.

" Mama...".

Entah dari mana budak ini muncul. Dengan pakaian yang tidak cukup kain. Bibir yang berwarna merah. Umur baru 15 tahun tapi pakai baju yang tak semenggah.

"Syikin... Dah berapa kali mama nak tegur? Pakai baju yang tertutup sikit. Mama tak marah tapi... Papa dan abang kamu mesti tak suka." Asyikin membuat muka apabila Puan Maznah berkata begitu.

" Diorang itu siapa nak tentukan life i mama. I dah besar. I..." Mulut Asyikin dicubit.

" Bercakap tu biar ada adab sikit Syikin. Mama ni mama kamu bukan kawan kamu. Nak I U bagai. Kalau papa dengar lagi...bukan cubit je tau. Papa ikat kamu dengan pokok jambu yang pak ali tanam depan rumah." Asyikin segera menarik kain skirtnya agar menutupi lutut. Sejak bila lelaki ini balik pun dia tak tahu.

Dia memandang mamanya dengan perasaan takut. Puan Maznah melempar bantal kecil untuk Asyikin tutup lutut yang terdedah itu.

Puan Maznah melirikkan mata kepada Encik Fazmi. Muka bengis dan sifat tegas tidak berpisah dari diri lelaki itu. Bilalah dia dapat melihat wajah senyum dari lelaki itu.

Encik Fazmi menjeling isterinya. Apa anak-anak buat semua disokongnya. Tak kiralah buat salah ke baik ke semua dia sokong. Tapi dia berasa sedikit lega kerna Zhariff seorang yang penurut dan rajin untuk belajar. Seumur hidup lelaki itu, anak sulungnya tidak pernah atau terfikir untuk membuat perkara yang mendatangkan kemarahannya.

Cuma Si Asyikin ini saja yang pelik dari orang. Gadis lain sibuk menutup aurat, dia pula sibuk membuka aurat. Entah berapa kali dia nasihatkan anak gadis itu namun tiada satu pun yang didengarnya. Maknya pula tahu nak menyokong je. Itulah sebabnya budak ini makin menjadi.

" Asyikin... Papa perasan baju kamu. Naik atas tukar baju atau jangan keluar petang ni. Duit poket pun papa takkan bagi. Maznah, duit awak pun saya pegang..." Belum habis Encik Fazmi bercakap, Puan Maznah serta Asyikin sudah mencelah.

"Kenapa? Itu duit Maz abang ..."

"Buat sementara ni, kalau abang tak pegang, awak akan bagi anak duit poket kan..." Puan Maznqh menundukkan wajah.

Asyikin bangun dan berjalan menghentak kaki. Encik Fazmi memandang dengan bara di dada. Dia ingin bangun namun ditegah oleh Puan Maznah.

" Tengoklah anak awak tu. Hentak- hentak, saya potong kaki dia nanti." Puan Maznah mengurut dada suaminya untuk lelaki itu bawa bertenang.

" Puan Maznah mengurut dada suaminya untuk lelaki itu bawa bertenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nek Minah menyiram air kedalam pasu bunga. Disitu ada beberape ekor kucing yang sedang mengelilingnya. Sesekali dia memandang rumah pusaka yang didudukinya kini. Sudah hampir 73 tahun dia tinggal disini. Dari kecil hinggalah tua sebegini.

Cinta Yang HilangWhere stories live. Discover now