"Jungkook bagitahu?" Soal Chorong.

"Yes! Kali ni apa? Tak bosan ke selalu bergaduh?" Soal Nayeon.

"Tak tanya pujaan hati kau punca aku bergaduh dengan V?" Soal Chorong balik.

"Dorang pun tak tahu jugak. Sebab tu aku tanya.." jawab Nayeon.

"Tak perlu tahu kot.." kata Chorong santai.

"Jangan selalu bergaduh. Takut dia menyerah je.." kata Tzuyu sebagai amaran kecil.

"Takkanlah.."

"Mana lah tahu kan tahap kesabaran dia hilang..apa-apa boleh berlaku. Tapi aku yakin mesti budak tu yang buat hal bukan kau." Kata Momo pulak.

"Majjayo. Budak tu dari zaman sekolah suka buat hal. Sekarang pun suka buat hal jugak." Kata Nayeon.

Chorong hanya tersenyum kecil sahaja. Apa yang dorang bertiga cakap sekarang adalah salah. Kali ni bukan V yang buat hal melainkan dirinya.

"Sekejap! Kau tak ancam minta putus dengan dia kan?" Soal Tzuyu dan Chorong menggeleng kecil.

"Bagus.."

"Btw tahniah atas kemenangan kau. Kalau aku kat tempat kau masa tu, dah terdiam macam patung sebab tak tahu nak cakap apa." Kata Nayeon.

Jeles dengan kepandaian yang Chorong ada. Boleh hafal semua akta hukum dan jawab soalan tanpa menunggu lama. Tapi hari ni semua soalan yang dia dapat, dia tak jawab dengan baik tapi nasib baik ada Jhope yang backup jawapan dia. Takdelah dia kena marah sangat time kelas tadi.

"Dia belajar hukum undang-undang dan kau pulak belajar teknologi..memang fail lah nak hafal semua.."

"Much better daripada belajar modeling kan?" Ejek Nayeon sambil menjelirkan lidahnya.

"Kau kalau aku famous suatu hari nanti, jangan harap kau dapat autograf aku."

"Tak minta pun.."

"Sudahlah tu.." kata Momo menghentikan mereka berdua. Ada juga meja terbalik sekejap lagi.

...skipp...

.Chorong pov.

Loceng rumah aku tekan beberapa kali tetapi pintu masih tertutup. Dia marah sangat ke dekat aku sampaikan tak nak buka pintu untuk aku?

Atau dia sibuk main game lagi?

Aku tekan loceng lagi sekali tapi tetap sama. Dia masih tak buka pintu untuk aku dan akhirnya aku sendiri yang buka.

Masuk je ke dalam, ruang tamu terlalu gelap. Aku dapat dengar suara dia tengah bercakap-cakap dan kadang-kadang menjerit kuat. Sah! Dia tengah main game sekarang ni.

Pantas aku menuju ke bilik gaming dia. Buka je pintu, mata aku dah terpusing tengok lampu warna-warni di dinding dan juga keyboard miliknya.

Aku tak rasa tangan dia ni patah lah. Elok je dia main game aku tengok. Bagus aku ajak dia jumpa doktor esok dan buka je simen kat tangan tu. Macam takde function.

"Main lah betul-betul bodoh!!!" Tiba-tiba dia mengumpat geram.

Aku berdiri di belakanganya untuk memastikan youtuber seorang ni bukan dalam mood streaming atau tengah record vid dia.

Bila dah pastikan webcam dia tertutup dan dia hanya main game untuk isi masa lapang, masa tu juga tangan aku gatal menyentuh mouse dan mematikan mic. Biar teammate dia tak dengar perbualan kami berdua.

Dia melepas headphone ditelinga lalu memusingkan kerusinya menatap aku.

"Bila sampai? Kenapa tak bagitahu?" Soalnya.

What? Aku call, chat dan tekan loceng banyak kali kot. Dia yang tak sedar sebab taksub sangat dengan game dia.

Aku tak menjawab soalan dia melainkan menatapnya sedikit lama.

"Datang sini buat apa?" Soalnya datar.

Wow! Suara rendah dia keluar. Tu bermaksud dia tak mengharapkan aku datang ke sini. Dia kembali pakai headphone dia dan sambung main.

Inilah yang aku tak suka tentang diri dia. Taksub dengan game dan kadang-kadang aku jeles tanpa sebab. Memang bagus dia main game daripada main kayu tiga. Tapi agak-agak lah kan? Aku ni serupa tak wujud kadang-kadang. Lama-lama aku muak pulak.

Nak je aku tarik suiz computer dia sekarang ni. Niat datang sini nak mintak maaf sebab aku buat salah..tapi dia layan aku macam ni pulak.

Dahlah..better aku balik kot. Headphone dia aku buka dan baling ke atas meja sebab terlalu geram.

"Saya balik dulu.." kataku..

Bukannya nak halang, dia boleh pakai benda alah tu balik dan sambung main game. Wow! Okey!

Akhirnya aku atur langkah keluar dari bilik dia dan sengaja tutup pintu dengan kuat. Itu pun dia tak sedar sebab dia masih tak kejar aku.

Disebab kan aku terima hadiah dari Jinyoung, dia nak buat perangai macam ni? Dia goda yeoja yang stream video dia takde pulak aku nak mengamuk. Tak adil betul.

Ah mungkin sebab aku terlalu busy belajar kot. Sebab tu lah dia berperangai macam ni. Takpe..kita tengok sampai bila hubungan ni berlangsung.

.pov end.

...tbc...

Tunggu next chap dengan hati yang tenang okey? Saya akan update secepat yang boleh..

Vote n comment..thanks..💜💜

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now