13

53 8 0
                                    

Jam di tangan dijeling sekilas lalu. Orang yang ditunggu masih tidak munculkan diri.

Air yang dipesan disisip perlahan. Jari yang berada dipemegang kerusi diketuk perlahan.

Kaca mata hitam yang elok terletak dibetulkan agar tidak kelihatan cacat.

Tepat jam 10. Seorang gadis masuk ke dalam Cafe yang diduduki. Gaun berwarna hijau paras lutut serta rambut yang diwarnakan perang menyilaui pemandangan semua yang berada di Cafe termasuklah dia.

Telefon sengaja dipegang gaya orang sedang melayan drama. Namun hakikatnya dia sedang merakam.

Segala gerak geri gadis di depannya itu dirakam.

Namun sedang gadis itu mengangkat tangan kepada seseorang, telefonnya berbunyi.

" Aish, time ni juga nak ganggu "

Butang hijau ditarik ke kiri.

" Aku dekat kem la ni "

" Ye, tengah baring rehatkan badan "

Talian segera dipadam. Di toleh ke arah tempat gadis tadi sudah tiada.

Ah, terlepas. Tak apa, hari ni hari kau, esok lusa mungkin hari aku.

Kakinya dibawa keluar dari Cafe. Namun tidak jauh dari tempat dia berdiri, terdengar suara yang bercakap.

Langkahnya terhenti untuk mendengar bualan lebih lanjut. Telinga di rapatkan ke dinding Cafe.

" Dia pergi kem buat masa ni"

" Berapa hari? " soal si gadis.

" About a week "

Raniyah pelik, gadis itu tengah berbual dengan siapa. Misteri betul lelaki tu. Mana mereka tahu dia pergi ke kem?

" Sempat ke kita daftar apa yang patut" nada gadis itu seperti sedang terburu-buru.

" Can you just relax dear. Dalam seminggu ni kita dapat settlekan, even kalau dia dah balik pun .. She doesn't effect anything"

Tangan lelaki itu mula mengusap bahu si gadis agar bertenang.

" But.. "

Deringan telefon Raniyah sekali lagi berbunyi membuatkan dua pasangan tersebut berhenti berbual.

Raniyah segera mengalihkan pandangan.

" Mama call nak buat apa, aish"

Habis saja menjawab panggilan Datin Melda. Raniyah kembali mencari pasangan tersebut tetapi sudah tiada.

Raniyah memandang ke arah telefon yang digenggam.

" Kalau bukan sebab kau, aku boleh dengar banyak lagi. Nak aku jual kau ke ha ?! "

Telefon dimatikan, dia tidak mahu diganggu.

Kem? Ya, ini lah kem yang dikatakan. Kem mencari kebenaran.

We just start the real game after we rest, don't think you can escape.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝖡𝗅𝗂𝗇𝖽 𝖣𝖺𝗍𝖾Where stories live. Discover now