Bab 2

9 1 0
                                    

Mitchie sedang membuat homework yang Cikgu Murni bagi tadi, dia meletakkan pen di bibirnya sambil berfikir. Tiba-tiba Yana datang bawa buku-bukunya dan letak di sebelah meja Mitchie. Mitchie terkejut "eh!".

"Mulai hari ni, saya duduk sebelah kamu, boleh kan?" Soal Yana. Mitchie terkejut "dengan berbesar hati, tapi Ajib tak marah ke?"soal Mitchie. "Tak, Ajib ok je duduk sendiri, saya nak berkawan dengan kamu"kata Yana. Mitchie tersenyum akhirnya dia mempunyai seorang kawan!.

Semenjak hari itu, Mitchie dan Yana jadi bestfriend.

****** ******

Yana sedang melap cermin. "Eh Yana, kau Ok ke kawan dengan Mitchie? Dia takde buli kau ke?"soal Siti. "Eh takdelah, Mitchie baik tau, bijak lagi, dia pandai Math, korang boleh minta ajar dengan dia"kata Yana. "Ish tak mahulah seganlah"kata Siti. "Mitchie tu budak baik, tak macam yang korang fikirkan, coba lah dulu berkawan dengan dia"kata Yana meyakinkan mereka. Siti menjungkit bahu sahaja.

Mitchie sampai dengan membawa dua set burger untuk dia dan juga Yana. Yana memang puas makan semenjak berkawan dengan Mitchie, kerana mitchie selalu bawa makanan ke sekolah hahaha. Rakan sekelas lain mengerling ke arah mereka ada yang cemburu dengan Yana kerana rapat dengan Mitchie.

"Arghh!! Untungnya Yana, hari-hari makan sedap" kata Siti.
"Hahaha jeles ke"usik Emon. Siti membaling pen padanya. Mereka ketawa.

******* *******

Isnin, 7.50 a.m.

Para pelajar memenuhi tapak perhimpunan sekolah. Tepat jam8 perhimpunan di mulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan seterusnya...

Tiba masa cikgu-cikgu bertugas membuat ucapan.

"Mitc, aku tengok kau kan, tak pernah tak bersemangat tak ceria ,even kelas sejarah yang bikin mengantuk pun kau masih cerdas, apa saja yang buat kau tak cerdas?"soal Yana hairan. Tapi takda jawapan, Yana toleh lah arah Mitchie, Mitchie macam dah nak tertido dah menguap tak henti-henti hahahaha.

Mitchie menunjuk "this kind of thing lah yang saya tak boleh tahan, saya mengantuk sangat ni, saya tak boleh dengar ceramah"kata Mitchie dengan mata kuyuh. Yana ketawa melihat Mitchie yang memang betul-betul low battery HAHAHAHAHA.

******* ********

Yana dan Mitchie makan di kantin, tiba-tiba...

Nak tersembur nasi di mulut Yana bila melihat Azril duduk depan mereka.
"Eh! Kenapa yana?"soal Mitchie hairan. Yana menggeleng lalu minum.

"Wahh dah ada kawan, bagus-bagus"kata Azril. "Ya, hehe, tak makan ke?"soal Mitchie. "Baru nak gi beli, saya makan dengan kawan saya, bye see you next time"kata Azril. Mitchie mengangguk sahaja.

Yana menyikunya "Weyy macam mana kau boleh kenal dengan Azril weii?" Soal Yana terkejut. "Huh? Kenapa? Azril ni siapa? Hahaha"soal Mitchie tak faham. Yana membisikkan padanya. "Azril ni antara budak Hot dekat sekolah ni tau, anak orang kaya, Ayah dia pemilik syarikat pembinaan terbesar di sini"kata Yana. Mitchie terkejut bukan kerna Azril anak pemilik syarikat besar namun sebab lain. "Eh dengar tak apa aku cakap tadi?"soal Yana. Mitchie mengangguk sahaja.

Sebelum kelas bermula, Mitchie menuju ke tingkat paling atas di kelas tingkatan 5, dia mencari kelas 5B. Azril ternampak dia lalu keluar. "Cari saya?"soalnya. Mitchie mengangguk.

Mereka ke tempat yang kurang orang di hujung koridor.

"Saya rasa awak dah perasan" teka Azril tersenyum. "Yaa, saya baru tahu lepas Yana cakap awak anak pemilik syarikat besar itu"kata Mitchie. Azril tersenyum "Yes I know who you are, sebab tu saya tegur awak di kantin tempoh hari, because my Aunt had told me about that, so glad to met you here,.... Cousin" kata Azril tersenyum sinis. Mitchie teragak-agak nak sambut tangan Azril. "Jangan risau all your secret saya tak dedahkan, dah janji dengan aunt"kata Azril. Mitchie pun menyalam Azril. "Thanks"ucapnya. "Just be yourself"kata Azril. Mitchie mengangguk. Eddy memandang mereka dari jauh.

Who is She?Where stories live. Discover now