☾︎ B A B 4 1 ☽︎

Start from the beginning
                                    

"Okay , ni serious. Kau perasan tak Erlin macam nak mengelak daripada kita ikut dia balik rumah?"

"Jadi?" tanya Ammar pula.

"Aku rasa dia ada something dengan mafia. Aku dapat rasa aura dia bila aku dekat dengan dia. Kau kan dekat dengan dia mar, takkan kau taktahu?"

"Aku selalu rasa benda tu. Tapi aku ingat yang musuh perhati kami jadi aku pun tak fikir apa apa tentang Erlin," terang Ammar.

"So kita nak buat apa sekarang," kata Faliq yang berada di antara mereka berdua.

"Jom ikut dia. Aku nak tengok juga dia pergi mana," kata Adam.

"Kau tak rasa ke kita ni stalker," kata Ammar tiba tiba.

"Sejak bila ketua mafia kita jadi bodoh ni. Eh bukan jadi bodoh, makin bodoh," kata Faliq selamba. Dia terus berlari ke arah keretanya. Takut kepala kena pancung. Aku tak kahwin lagi woi!

𖦹𖦹𖦹

"Assalamualaikum," laung Erlin. Dia sekarang sudah berada di depan rumah ibu susuannya. Erlin menekan loceng rumah itu banyak kali.

"Waalaikumussalam, siapa yang tekan loceng banyak kali tu," jerit Tengku Evelynn dari jauh. Dia membuka pagar rumahnya.

"Hai mommy hehe. Erlin rinduuu," kata Erlin lalu melompat lompat pergi ke arah Tengku Evelynn.

"YaAllah anak mommy!" jerit Tengku Evelynn lalu memeluk Erlin. Dia menepuk sedikit belakang gadis itu.

"Lama tak jumpa kamu. Busy ke?" tanya Tengku Evelynn selepas habis sesi melepas rindu.

"Taklah busy sangat cuma adalah hal lain tu. Itu yang jarang nak jumpa mommy hehe," kata Erlin sambil tersengih. Tengku Evelynn faham dengan 'hal' yang dikatakan anaknya itu.

"Dah jom masuk. Alang alang mommy ada masak kesukaan Erlin," kata Tengku Evelynn.

"Wah mommy macam tau tau je Erlin balik sini,"

"Ni mommy okay," kata Tengku Evelynn sambil mengibaskan rambutnya. Mereka berdua bergelak ketawa sambil berjalan masuk ke dalam rumah. 

Erlin menghempaskan badannya di sofa empuk rumah itu. Dia mengambil bantal yang berada tidak jauh dengannya lalu mengalas kepala. "Fuh leganyaa," 

Sedang Erlin menutup matanya, Khalif keluar dari biliknya. Dia turun menggunakan lif yang terletak di depan biliknya. Pergerakan Khalif terbantut apabila melihat adik susuannya sedang elok terbaring. Seketika otak lelaki itu memikir sesuatu. Khalif tersenyum nakal lalu pergi ke arah gadis itu. 

"Erlinnn," kata Khalif perlahan. Dia meniup niup di telinga gadis itu . Erlin menggosok gosok telinganya. 'Ish lalat mana pulak kacau aku ni'kata Erlin dalam hati. Dia hanya mengabaikan 'lalat' itu.

"Erlinnnn," kata Khalif lagi. Dia mengekek ngekek ketawa perlahan. Erlin membuka sedikit matanya. 'Sejak bila lalat boleh bercakap ni,' kata Erlin dalam hati. Dia terus bangun dari pembaringannya. Gadis itu memandang belakang. Kelihatan Khalif sudah ketawa dengan kuat. Lelaki itu menepuk nepuk sofa di hadapannya. 

Erlin mengambil bantal lalu menepuk badan Khalif dengan kuat. Eii aku orang tua ni. Aku tengah letih juga dia nak kacau. Khalif menepis bantal itu sambil bergelak ketawa. Keadaan di rumah itu riuh rendah sehingga tidak sedar bahawa bukan mereka berdua sahaja yang berada di rumah itu. 

Tengku Evelynn yang berada di dapur itu tersentak apabila mendengar suara yang agak kuat di dapur. " Siapa pulak yang gelak macam orang dah nak mati esok tu?" Tengku Evelynn keluar dari dapurnya. 

Orang tua itu menuju ke ruang tamu untuk melihat siapa yang gelak itu. Dia terkejut lalu ternganga apabila melihat kawasan ruang tamu itu sudah bersepah. Bantal berselerak, sofa sudah tidak berada di tempat asalnya.

Dia mencari siapa yang membuat ruang tamu itu sehingga menjadi begitu. Tiba - tiba, telinganya tertangkap bunyi seperti seorang sedang seronok gelak dan seorang lagi menjerit geram.

Dia pergi ke arah kolam yang berada di tepi rumah mereka.

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM,"

"ERLIN! KHALIF! MARI SINI SEKARANG!!"

"ERLIN! KHALIF! MARI SINI SEKARANG!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mafia Princess ©Where stories live. Discover now