𝓑𝓪𝓫 4

Mulai dari awal
                                    

"Kau dah kenapa jerit gila?!" Bisik lelaki itu keras di telinga Umaira.

Umaira menggigit tangan sasa itu sekuat hati. Terlepas pegangan di pinggang dan mulutnya. Laju dia menjauhkan diri dari Syed Faris. Semput dia mahu mencari nafas.

Sudahlah dia terkejut beruk melihat crush dia di depan mata pastu kena peluk lagi. Ya Allah! Sangat tak bagus aura bila dekat dengan Syed Faris ni.

"Kenapa tutup mulut saya?! Suka hati ja pegang anak dara orang!" Herdik Umaira.

Memang lah dia suka lelaki itu tapi tak bermakna dia suka-suka nak bagi lelaki itu pegang dia sesuka hati. Hell, NO!

"Kau jerit kenapa?" Tanya Syed Faris sambil mengibaskan tangannya yang masih sakit hasil kena gigit dengan cik ponti. Heh!

"Yang awak berdiri belakang saya senyap-senyap dah kenapa? Sudahla dekat tak ada halal gap.." bebel Umaira lagi.

Syed Faris menjulingkan matanya ke atas.

"Kau Umaira kan?" Tanya lelaki itu mengabaikan bebelan Umaira.

Umaira memandang lelaki itu tidak berpuas hati. Namun hati dia berbunga indah bila lelaki itu sebut nama dia. Macam nak lompat tapi sempat dia kawal riak wajah dia supaya tak nampak gedik sangat. Kena nampak mahal lah sikit kann.

"Haah sayalah."

"Mama aku panggil makan."

"Mama?" Bila pulak mama crush dia datang rumah Sharifah Safia ni?

"Yaaa..Sharifah Safia tu mama aku." Ujar Syed Faris mendatar. Geram pulak dia dengan gadis itu yang blur tiba-tiba.

Umaira menekup mulut. Ommo! Dia dah selamatkan mak mentua sendiri. Wah.

"Oi!?"

"Eh..haah ya..ok bye..terima kasih." Laju dia meninggalkan Syed Faris. Dia dah tak tahan nak senyum sangat-sangat dah ni. So lagi bagus dia lari sekarang.

Syed Faris menggeleng perlahan. Pelik-pelik perempuan zaman sekarang entah apa-apa.

Umaira tersenyum melihat Sharifah Safia duduk bersama seorang lelaki mungkin suaminya a.k.a papa Syed Faris bersamaan dengan Syed Fakhrul.

"Aunty..Tuan" tegur Umaira lembut.

"Umaira..eh kenapa panggil tuan..kalau aunty ni 'aunty' so panggillah suami aunty uncle. Duduk sayang. " Terang Sharifah Safia.

Umaira tersengih dan melabuhkan duduk di sebelah ibu mertuanya eh! Bakal. B.A.KA.L. Yakin kau nyah!

"Hai uncle, sihat?"

Syed Fakhrul tersenyum senang dengan sikap peramah gadis itu.

"Hai Umaira..uncle sihat. Terima kasih sebab dah tolong isteri kesanyangan uncle ni. Tak taulah apa yang jadi kalau tak ada Umaira." Ujar Syed Fakhrul. Dia mengerling wajah Sharifah Safia bersama senyum nipis.

Umaira mengerling sekilas lelaki kacak a.k.a Syed Faris yang baru melabuhkan duduk di hadapan mamanya.

"Tak ada apalah. Kalau orang lain kena macam tu pun saya akan tolong juga kalau saya mampu." Haih dah banyak kali dah rasanya orang cakap terima kasih harini.

Anugerah Terima Kasih Sedunia jatuh kepada jeng jeng jeng!!

"Umaira?"

Unrequited Love✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang