" Jungkook..."

" Jom kita masuk. Tak elok duduk lama-lama dekat luar. Angin sejuk nanti perut kau masuk angin. Kau tu dahlah belum makan apa-apa lagi. Kalau kau sakit aku juga yang susah hati ".

Jungkook senyap. Dia masih bermain dengan perasaannya.

" Tak payah ingatlah pasal tu. Kau rehat dulu okay ? ".

" Tak payah ingat kau cakap ?! "

Yeonha terkejut bila Jungkook bersuara tegas dengannya.

" Kau tahu tak sakit kepala aku bila dapat tahu pasal semua ni. Aku ingatkan benda ni akan berakhir macam tu je rupanya tak ..."

" Taehyung mungkin bergurau pasal tadi. Orang tengah panas memang dia cakap yang bukan-bukan. Tak payah risaulah .kau bukan tak tahu, Taehyung tu kan kadang-kadang dia ada gila juga. "

" Aku tak sangka orang yang aku benci rupa-rupanya abang dia. Sumpah,aku langsung tak tahu pasal semua ni ! "

" Dahlah, aku faham . Tapi kau kena ingat, ada hati yang perlu kita jaga sekarang. Aku risaukan eonnie. Mesti dia sedih gila pasal benda ni. "

" Noona...mana noona ? "

" Dia dah masuk bilik. Aku dah tenangkan dia lepastu mungkin dia dah tidur kut ".

" Aigoo ! Satu-satu masalah lah ! Ni aku tak tahu daddy tahu ke tak pasal benda ni ".
Jungkook menekup wajahnya dengan perasaan bercampur baur.

" Aku tak pasti pasal tu cuma aku ada benda nak bagitahu kau . "

Yeonha menarik nafas sedalam-dalamnya.

" Sebenarnya, aku dah tahu Taehyung tu abang Kim Taeha ..."

Yeonha menelan air liur bila Jungkook mengangkat wajahnya dan menghadiahkannya pandangan yang agak seram dari biasa.

" Kau tahu Taehyung abang dia ? "

" Ya...aku baru tahu sebenarnya. Aku nak bagitahu kau tapi aku tak tahu pula benda macam ni akan terjadi..."

" Dan kau lupa nak bagitahu aku ? Kau sebenarnya dah lama tahu kan pasal benda ni sebab tu kau main rapat dengan dia , betul ? Patutlah kau selalu jumpa dia sebab pasal benda ni ke ? "

Kelihatan mata Jungkook mula berair seperti dia mula akan menangis.
Auchh, sesungguhnya aku tak kuat bila melihat air mata lelaki.

" Bukan macam tu Jungkook. Aku baru tahu je . Kan aku dah cakap tadi aku baru je tahu. Memang aku nak bagitahu kau pun tapi aku tak sangka benda ni akan terjadi . "
Yeonha mengulangi balik kata-katanya agar Jungkook tak salah faham.

" Sampai hati kau rahsiakan dari aku...kau tak anggap aku suami kau ke ? Sepatutnya dari awal lagi kau kena cakap dekat aku bukannya kau simpan ! "

Mahu luruh jantung Yeonha bila Jungkook tiba-tiba mengeluarkan suara kuatnya.

" Maaflah,Jungkook. Aku takde niat nak rahsiakan dari kau. Aku baru tahu duh, sebab hari tu aku ada pergi rumah Taehyung . Tu je..."

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now