15

69 39 7
                                    

Hara's pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hara's pov.

"Ya ampunnnn, bersepahnya bilik anak dara akuuu" eomma menepuk dahinya pasrah sambil memandang aku yang terbaring terlentang diatas katil.

Aku segera bangkit dari perbaringan lalu tersenyum kecil ke arahnya.

Bilik aku agak bersepah sekarang ini kerana aku leka mencari telefon aku tadi. Rupa-rupanya telefon aku dekat ruang tamu.

"Eomma nak kamu kemas bilik kamu cepat. Kamu nak tidur dengan lipas ke?" eomma menjegilkan matanya pada aku lalu berlalu keluar dari bilik aku.

Aku mengeluh malas lalu segera turun dari katil dan mula mengutip barang-barang yang bertaburan di atas lantai.

Cadar katil yang hampir melorot jatuh aku betulkan sedikit supaya nampak lebih kemas. Baju-baju kotor pula aku masukkan ke dalam bakul yang tersedia di tepi pintu.

Baju-baju bersih yang berselerak di dalam almari aku keluarkan lalu dilipat kemas dan menyusunnya semula di dalam almari.

Setelah selesai mengemas apa yang patut, aku berdiri tegak memandang sekeliling bilik mencari apa-apa yang perlu dikemaskan lagi.

Tiba-tiba mata aku tertancap pada sebuah kotak sederhana besar berwarna merah di atas almari pakaian aku.

Kotak tersebut kelihatan seperti sedikit teralih dari kedudukan asalnya. Mungkin disebabkan aku tergerakkan sedikit almari tu waktu kemaskan pakaian tadi.

𝗥𝗢𝗦𝗘 , 𝗍𝖺𝖾𝗒𝗈𝗇𝗀Where stories live. Discover now