Profesor Steveness menarik nafas sebelum memulakan bicara. "Sebelum itu, saya ucapkan selamat ulang tahun ke 17."

Wajah Daniel jelas berubah sedikit. Hairan bagaimana pengetua mengetahui tarikh kelahirannya. Tetapi ditepiskan sahaja persoalan itu. "Terima kasih, professor."

Profesor Steveness tersenyum. Anak muda dihadapannya mudah baginya senang dibaca pergerakkan. Mana kan tidak, dia sendiri memerhati anak itu mendewasa dari awal usianya sehingga kini.

"Sudah selesai minum?"

Daniel mengangguk.

"Ikut saya. Kita tak nak urusan diperlengahkan lagi bukan?" ujar Profesor Steveness.

Profesor Steveness mendaki tangga putar di pejabatnya dengan diikuti Daniel. Di tingkat atas, ada banyak pintu namun cuma pintu yang terletak jauh disudut gelap menjadi tumpuan. Profesor Steveness tidak terus melangkah masuk. Dia berdiri di tepi pintu itu, membiarkan Daniel dekat dengannya.

"Buka pintu"

Arahannya memang mudah. Kerutan tergaris di dahi Daniel, adakah dia perlu menolak pintu itu? Tiada tombol yang menjadi pembuka. Pandangan Profesor Steveness menyakinkannya bahawa dia boleh buka pintu tersebut.

Daniel menyentuh pintu itu dan dengan sekelip mata pintu itu bercahaya. Apabila cahayanya memudar, tombol yang pada mulanya tiada di situ muncul. Ajaib. Daniel membukanya tanpa ragu.

Dia terpegun. Bilik itu diterangi lampu chandelier yang terletak ditengah-tengah dan panjangnya tinggal beberapa inci sebelum mencecah atas meja.

Profesor Steveness menghampiri chandelier itu, tangannya memberi isyarat agar Daniel menghampiri dekat. Profesor Steveness menolak cahaya itu ke atas, mengfokuskan berbola cahaya yang paling bawah. Nampaknya ia bukan lampu chandelier, sejenis cahaya magik. Cahaya-cahaya yang berbentuk bulatan kecil itu tersusun dan saling terikat antara satu sama lain dengan benang cahaya.

Daniel memerhati cahaya itu. Baru dia sedari, dia melihat bayangan wajah dan serta namanya. Cahaya yang disebelah cahaya namanya adalah tidak lain dan dia bukan, adiknya Damia. Cahaya-cahaya di atas cahaya mereka adalah tidak lain tidak bukan ibu bapa mereka. Dia tahu apa itu...

"Goldsilv" Nama keturunannya meluncur keluar dari mulut Daniel. "Pokok keluarga Goldsilv"

Profesor Steveness mengangguk. "Goldsilv adalah pengasas akademi Featherave."

Kini semuanya sudah masuk akal kepada Daniel. Bagaimana mudahnya Featherave berhubung ke dimensi lain, bagaimana lokasi Featherave tidak diketahui. Ini semua kerana penggunaan keistimewaan keluarga mereka.

"Daniel Royalize." Profesor Steveness menghayunkan tangannya pada bola-bola cahaya menyebabkan bola cahaya terbang menerawang ke sekitar siling bilik tu. Meninggalkan bola cahaya yang mewakili Daniel.

"Telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-17 pada dua hari lepas." Profesor itu mengambil bola cahaya itu ketelapak tangannya. "Oleh dengan itu, saya Steveness Wazniak, pengetua Featherave merangkap pemangku Pengarah Featherave mengisytiharkan Daniel Royalize sebagai pewaris lelaki tunggal sah Goldsilv."

"Adakah kamu, Daniel Royalize sanggup menerima tanggungjawab serta amanah sebagai Pemegang warisan Goldsilv keseluruhan?"

Mata Daniel memerhati bola cahayanya, tangannya dihulur sedia menerima. "Saya terima." Daniel mengangguk yakin. "Saya Daniel Royalize menerima tanggungjawab sebagai Pemegang warisan Goldsilv keseluruhan."

Bola cahaya itu berpindah tangan. Apabila ia berada di tapak tangan Daniel, cahaya itu meresap ke dalam badan Daniel dan menyebabkan badan Daniel bercahaya buat seketika. Tiada perasaan yang mampu diungkapkan oleh Daniel tetapi dia rasa sangat bertenaga dan ringan.

+_=

Daniel tersentap, kesedarannya kembali. Dia tidak menyedari bila dia pengsan. Siling bilik tersebut lain dari bilik yang pernah dia lewati di Featherave.

"Rehatlah." Ujar Profesor Steveness.

Daniel duduk diperbaringannya, dia berada di dalam bilik yang begitu asing. Jika diterangkan dalam kata-kata, bilik itu sangat berunsurkan Goldsilv. Matanya tertancap pada pengetua yang duduk membaca buku dekat dengan pediang lampu.

"Saya di mana?"

Profesor Steveness tersenyum memandang Daniel yang masih mamai. Dia meletakkan bukunya di meja kopi yang bersebelahan dengannya.

"Bilik kamu."

"Bilik saya?"

"Bilik rasmi kamu sebagai Pewaris Goldsilv"

Daniel mengangguk mengerti.

"Cuba periksa bahagian dada kamu."

Daniel menurut, dia kolar bajunya. Simbol Goldsilv terpamer disitu, Seperti ditoreh didadanya.

"Jangan risau, ia akan sembuh dan memudar dalam beberapa hari. Goldsilv tak nak keluarga dia dalam bahaya dengan mempamerkan simbol Goldsilv. Itu simbolik sahaja"

Daniel berdiam seketika. "Sudah berapa lama Profesor tahu saya Goldsilv?"

"Sejak kamu lahir."

Daniel mengerut wajahnya. Hah, mungkin pokok cahaya keluarganya yang menjadi pemberi informasi. Profesor Steveness ketawa kecil melihat keliruan Daniel, Sudah lama dia perhatikan Daniel. Pelajarnya itu seorang yang penuh rasa ingin tahu.

"Secara teknikal memang dari bola cahaya." Daniel bungkam, adakah Profesor Steveness membaca fikirannya. "Saya adalah kenalan ibu bapa kamu."

Mata Daniel diawani kesuraman, dia tidak gemar apabila perkataan ibu bapa itu diterbitkan. Namun terlalu banyak persoalan yang bermain difikirannya dan dia menolak kesedihannya ke tepi. "Ibu bapa saya juga pewaris warisan Goldsilv?"

Profesor Steveness mengangguk. "Tidak adil jika pewaris lelaki sulung sahaja mendapat keistimewaan. Jangan risau, Damia juga akan dapat haknya" Terangnya. "Bebola cahaya tadi secara teknikalnya memang pokok keluarga Goldsilv. Tetapi fungsinya sebenarnya adalah carta aliran kuasa Golsilv. Kamu faham bukan bagaimana keluarga Goldsilv berkembang?"

"Goldsilv cuma boleh membawa dua pewaris dalam setiap keluarga."

"Lebih tepat pewaris lelaki cuma boleh membawa dua pewaris. Hanya pewaris lelaki sahaja yang boleh membawa pewaris yang mempunyai kuasa Goldsilv. Tetapi oleh kerana Goldsilv selalu melakukan perkahwinan antara saudara, perkara itu kurang jelas."

"Ibu Noblesse" gumam Daniel. Dia sedar tentang itu. Royalize bukan satu-satunya keluarga Goldsilv tetapi Noblesse juga sebahagian daripadanya. Ibunya Noblesse berkahwin dengan ayahnya Royalize dan kakak ayahnya juga berkahwin dengan Noblesse.

Profesor mencipta pentagram pada dinding, ia mewujudkan lubang. Sesungguhnya bilik Daniel hanya bersebelahan dengan bilik cahaya itu dan sudah semestinya berhampiran sahaja dengan bilik rehatnya sendiri. Tangannya menarik bola cahaya masuk ke ruangan itu.

Dia menarik carta aliran Noblesse. Mereka berdua melihat dengan senyap.

"Seperti yang kamu lihat, aliran kuasa daripada Noblesse berhenti pada dia."

Daniel berdiam. Dia sudah menjangka perkara itu terjadi apabila Profesor Steveness memperbetulkan fakta bebola cahaya.

"Kamu tahu tentang ini?"

Daniel mengangguk.

ROYALIZEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora