12

324 63 62
                                    


- flashback -

Mark meletakkan bantal panjang di tengah-tengah agar dapat memisahkan tempat tidur mereka berdua. Disebabkan Yoora tak ingin Mark menyentuhnya, dia pun buat macam tu la.

Mark berpusing menghadap dinding. Tiba-tiba dia terdengar suara sayup, dia menoleh ke arah Yoora. Rupanya itu suara Yoora.

"oi? kau kenapa?" tanya Mark. Yoora masih tidak membuka matanya.

"Yoora" panggil Mark lagi, mana tak risaunya tiba-tiba gadis di sebelahnya menangis.

"Mark" panggil Yoora perlahan. Mark pun bangun dari posisi baringnya.

"ye? kenapa ni?" tanya Mark.

"n-nak peluk"

Terbuntang mata Mark dibuatnya.

"nak pelukk" kata Yoora lagi dengan mata masih tertutup.

"mana boleh, kau tak bagi aku sentuh kau" kata Mark. Tiba-tiba Yoora menangis lagi kuat, panik lelaki itu dibuatnya.

"dia ni mamai ke? mata tertutup lagi ni. Ni mesti effect ubat" kata Mark. Dia cuba mengabaikan Yoora, tetapi gagal apabila Yoora bertindak menangis seperti budak-budak.

"ish yelah yelah" kata Mark, mengalah. Dia meletakkan tangannya di pinggang Yoora.

Yoora mengalih bantal panjang itu dan mendekati Mark sehingga dia betul-betul berada di dalam pelukan Mark berdekatan dada lelaki itu. Barulah gadis itu terdiam.

"aku anggap ni situasi yang tak dapat dielakkan" kata Mark dan turut mendakap badan kecil gadis itu. CEYY WOWOOWOWO.

- end flashback -

Mark menuju ke biliknya dan terlihat Yoora sedang berselimut di katilnya. Mark mengambil tempat duduk di hujung katilnya.

"Haechan datang?" tanya Mark. Yoora mengangguk lemah.

"muntah?"

Mark meletakkan tapak tangannya di dahi Yoora.

"kenapa demam kau susah nak kebah ni" kata Mark. Dia melihat ubat di atas meja.

"haa sudah, dia makan ubat budak-budak ni tak lama lagi mula mabuk"

Dia melihat Yoora lama dan mengeluh.

"bagi aku salin baju jap"

Setelah itu, Mark pun turut baring di sebelah Yoora dan perlahan meringkul pinggang Yoora.

"sini aku peluk" katanya perlahan. Yoora tidak menepis mahupun menolak Mark, dia seakan-akan selesa berada dalam pelukan hangat Mark itu.

"shhh, i'm here" katanya sambil membelai lembut rambut Yoora.


















































Sekali lagi dreamies, Yoora dan juga Haejung berkumpul di studio bagi meraikan lagu baru yang baru dirilis semalam.

Yoora juga telah sihat dari demam panasnya, akhirnya setelah hampir seminggu dia cuba sembuh dari demam itu.

"dah sihat?" tanya Haechan. Yoora mengangguk.

HASYIUM!

Semua di dalam studio melihat ke arah Mark yang sedang menggosok hidungnya selepas bersin. Sebenarnya, Mark sedikit tidak sihat hari ni tapi memaksa dirinya pergi untuk ucap tahniah kepada rakannya.

"Mark? dari tadi kau bersin ni. Kau demam ke?" tanya Haejung kepada Mark.

"ah, tak sedap badan sikit. It's okay"

[C] Pilihan ; Mark LeeWhere stories live. Discover now