aku yang semakin suka mengusiknya mula menjelirkan lidah tanda tidak kisah dengan bebelannya.

[ p a d a s u a t u m a l a m  ]

aku bercadang untuk meluahkan perasaan aku kepadanya.
Dan aku mengajaknya untuk keluar makan bersamaku. Youngmi bersetuju dengan ajakanku. Aku pun menempah tempat untuk kami berdua di sebuah restoran untuk malam ini.

Keretaku diparkir di luar kedai Soigne'.
Aku keluar dari kereta dalam keadaan tergesa-gesa kerana jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

Aku berjanji untuk bertemu youngmi pada pukul 8:45 malam. Semasa aku menjenguk ke dalam kedai itu, aku menjadi hairan. Youngmi belum tiba.

Hatiku berasa tidak sedap hati. Terus aku berlari ke sekitar kawasan itu untuk mencarinya. Nombor telefon milik youngmi tidak putus ii aku dail.

Sampailah di gelanggang bola keranjang, aku terlihat youngmi bersama mingyu. Aku ingin menghampirinya tetapi langkah aku terbantut apabila aku melihat mingyu memeluk tubuh youngmi.

Aku terkaku. Adakah mingyu juga menyukai youngmi?

Youngmi tidak menolak mingyu malah membiarkan sahaja dirinya dipeluk. So.. youngmi juga menyukai mingyu? Maksudnya, cinta aku bertepuk sebelah tangan lah?

Hati aku hancur apabila melihat situasi itu. Aku melangkah kaki meninggalkan gelanggang bola jaring itu. Hati aku tidak sanggup untuk melihat gadis yang aku sukai dipeluk oleh kawan baik aku sendiri.

Aku menelefon youngmi buat kali terakhir. Akhirnya dia jawab panggilanku. "youngmi, uhm, aku tak boleh jumpa kau lah malam ni. Sorry tau", kataku lalu mematikan panggilan.

Aku terus pulang ke rumah. Selepas dua tiga hari terjadinya kejadian itu, aku hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Tiada rasa ingin keluar, meskipun menjamu selera.

Aku masih lagi merebahkan badanku di atas katil sambil melihat kipas di syiling.

Segala memori bersama youngmi menerjah mindaku. Aku melihat semua gambar ii aku dan youngmi semasa di kem musim panas tahun lepas. Senyuman manis milik youngmi membuatkan aku tersenyum segaris.

Sedang aku sibuk melihat gambar ii itu, pintu bilikku diketuk dari luar. "cheol-ah, boleh ibu masuk?", kata ibu ku dari luar bilik.

Aku tutup telefonku lalu disorok ke bawah bantal. "masuklah", kataku. Ibu buka pintu dengan sepinggan buah epal yang dipotongnya.

"nah, makan", kata ibuku lalu diberinya pinggan yang berisi buah epal yang manis itu. Aku terima buah epal itu lalu disuapkan sepotong ke dalam mulut. "cheol-ah", panggil ibuku melabuhkan punggung di sebelahku.

"kenapa?", tanyaku. "minggu depan kita kena pindah pergi London. Daddy dah beli rumah dekat sana and cheol kena sambung degree kat sana", kata ibu sambil memegang tanganku.

"cheol taknak", kataku sebaris. "cheol...", Kata ibuku memujuk. "ibu, kat sini cheol dah ada ramai kawan. Cheol taknak tinggalkan kawan ii cheol. Ibu pun tau kan cheol ni susah nak buat kawan", kataku memujuk ibu.

Ibuku mengeluh. "ibu tak kira, cheol kena ikut juga. Kalau cheol taknak ikut, cheol nak duduk mana?", Tanya ibu. "kenapa cheol tak boleh duduk rumah ni pulak?", Tanyaku pelik.

"sebab daddy dah jual rumah ni", kata ibu lalu bangun dari duduknya. "Cheol dah boleh mula kemas perlahan-lahan barang-barang cheol. Ibu keluar dulu", kata ibu lalu keluar dari bilikku.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now