Sport Festival Arc|Chapter 15:Matsumi's Decision

Zacznij od początku
                                    

Balas Asuna.

"Mungkin ada benda yang dah jadi sampai menganggu fikiran dia."

Kata Ryuki.

Mereka semua tidak bersuara.Masing-masing berasa risau akan keadaan Matsumi.

______________________________________

Matsumi berjalan perlahan-lahan ke rumahnya sambil membawa beg di tangannya.Semasa melalui disebuah taman di kawasan perumahannya,dia terlihat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain bersama.

"Sekarang abang jadi!!"

Kata salah seorang kanak-kanak tersebut.

"Baiklah..abang datang!"

Matsumi memandang gelagat mereka lalu berjalan pergi.

"Aku..takkan pernah dapat peluang,untuk jadi macam diorang."

______________________________________

[Sehari yang lepas]

"Mama,papa dah balik ke??"
Soal Matsumi sambil memandang kasut tersebut.Puan Manami lalu melihat kasut tersebut.

"Ohh tak..Papa masih lagi dekat England.Mungkin bulan depan papa balik.Tu kasut Musashi,dia baru balik tengah hari tadi."
Balas Puan Manami.

Matsumi terkejut lalu terdiam seketika setelah mendengar kata-kata mamanya itu.

Malam itu mereka duduk bersama di meja menikmati makan malam.
Suasana agak senyap membuatkan Puan Manami tidak senang duduk.

"A-apa kata kita keluar beli-belah sama-sama esok?"

Soal Puan Manami ingin menimbulkan topik perbualan.Namun Matsumi tidak memberikan sebarang reaksi.

"Maaf,tapi saya sibuk.Mungkin lain kali je."

Balas Musashi lalu bangun dan beredar.

"Oh ya,lebih baik kau tarik diri je dari pertempuran tu."

Kata Musashi kepada Matsumi.Matsumi tersentak seketika.

"Orang tak berguna macam kau lah,yang akan mati dulu dalam peperangan."

Kata-kata Musashi itu menyebabkan air mata Matsumi mula mengalir.

"Musashi!"

Balas Puan Manami.

"Saya cuma cakap benda yang betul.Terimalah hakikatnya."

Musashi lalu berjalan pergi kearah biliknya.

"Memang betul apa yang Abang Musashi cakap tu."

Kata Matsumi sambil bangun pergi kearah dapur.Kelihatan Matsumi sedang mengesat air matanya.Riak wajah Puan Manami pula kelihatan resah dan risau akan keadaan anak-anaknya.

Matsumi menyandarkan diri di pintu selepas sahaja dia menutup pintu biliknya.Sementara dia mengenang kembali kata-kata Musashi itu,air matanya mula mengalir.Matsumi menangis sambil cuba mengesat air matanya sendiri.

______________________________________

Matsumi berjalan kerumah sambil memikirkan kata-kata Ayumi.

"Kalau kau masih nak tarik diri jugak,tak perlu datang masa hari kejadian."

Matsumi meletakkan tangan di wajahnya.

"Apa yang patut aku buat?"

______________________________________

[11:00 PM]

Di Dorm,Yuzuki tidak dapat tidur dengan lena oleh kerana terimbas kembali perkara-perkara yang sudah berlalu yang masih lagi segar dalam ingatannya.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz