Notes: If you guys wondering what is PTSD.
(PTSD-Post Traumatic Stress Disorder.)
Trauma yang terjadi setelah seseorang mengalami  atau menyaksikan sesuatu kejadian yang buruk dan teruk. Contohnya, violence, accident that brought to the death, sexual violence and so on that drag to this PTSD.

For this case, Chaeyoung di dera dari kecik sampai ke besar. Bila Mommy dia dera, trauma dia datang. After that, dia asyik teringat-ingat je dengan trauma tu sampai kena Panick Attack. Sebelum dia nak sampai ke Panick Attack tu seseorang kena tenangkan dia dan lupakan trauma dia tu.

👑💍

"Lee Know hyung, terima kasih sebab jemput. Hehe." Changbin menghulurkan sekotak kecil hadiah kepada Lee Know. Kemudian, memberi tunduk hormat pada Chaeyoung di sebelah Lee Know.

"Mana anak buah kau tu? Tak ikut sekali ke?"

"Oh. Hyunjin datang asing. Dia kata dia datang dengan kawannya. Eh, aku balik dulu hyung. Bye! Jumpa lagi!"

"Memang pun aku akan jumpa kau lagi." Lee Know menepuk bahu Changbin. Changbin tergelak kecil. Apabila Changbin menghadap ke sebelah kanannya, terlihat Hyunjin sedang menuju ke arah mereka.

"Ha, tu Hyunjin. Dengan kawan dia,"

Chaeyoung di sebelah Lee Know sudah menundukkan mukanya. Aduh, bagaimana aku nak sorok muka aku ni! Rintih Chaeyoung dalam hati. Dia kenal sangat siapa yang bersama dengan Hyunjin ketika ini.

"Lee Know hyung. Hehe. Takpe ke saya bawa kawan. Alone lah pulak nak datang seorang tadi. Anyways, congrats Lee Know hyung and Chaeyoung." Hyunjin menghulurkan tangannya sambil tersenyum hingga hilang matanya. Lee Know hanya menyambut huluran. Jeongin di sebelah Hyunjin tersenyum kekok.

"Eh, apa tak bolehnya. Boleh, sangat." balas Lee Know mesra. Dia perasan kawan Hyunjin itu asyik memandang ke arah isterinya. Lee Know memandang sebelahnya. Chaeyoung sepertinya menyorokkan mukanya daripada lelaki yang berada di hadapannya.

"Chaeyoung-ah," kini seorang lagi datang terus memanggil nama Chaeyoung. Di telinga Chaeyoung suara itu amat dia rindui.

"Siapa...?" Lee Know memandang ke arah lelaki yang memanggil Chaeyoung sebaik sahaja datang. Kalau dilihatkan pada mata bundar lelaki itu sama seperti sepasang mata milik Chaeyoung.

"Saya abang, Chaeyoung. Salam perkenalan," Han menundukkan badannya. Bagaimana mereka berdua boleh ada di sini? Ah, Hwang Hyunjin, si mulut bocor!

"Kalau awak tak kesah, boleh ke saya nak bercakap dengan mereka bertiga sebentar?" Chaeyoung berbisik di telinga Lee Know.

"Aku memang tak pernah kesah. Kalau kau hilang pun bagus jugak," Lee Know pun membalas bisik. Sempat dia memberikan senyuman sinis pada Chaeyoung.

👑💍

Han tak lepas memegang tangan Chaeyoung. Dia memandang wajah sugul adiknya itu. Serta-merta dia menyalahkan dirinya lagi sekali.

"Chae, aku minta maaf. Aku lambat datang, Chae. Patutnya aku terus bawak kau ke Jeju diam-diam. Aku minta maaf." Han mengeluh. Jeongin dan Hyunjin memandang dua beradik itu.

"Chae, oppa nak minta maaf juga. Sebab mulut bocor oppa ni diorang berdua dah tahu." Hyunjin mengeluh kesal. Dia menampar mulutnya berkali-kali. Chaeyoung hanya menggelengkan kepala. Lambat-laun mereka akan tahu juga.

Jeongin? Dia langsung tak bercakap dari tadi. Diam tak berkutik. Masakan tidak, hatinya sakit melihat orang yang dia suka dah menjadi isteri orang. Hyunjin menepuk bahu Jeongin untuk pergi ke tempat lain apabila perasan Jeongin hanya diam dan tak mahu bercakap.

"Iyen-ah. Jom kita pergi tangkap gambar nak? Kat luar ni cantik kalau tangkap gambar. Hm?Balik ni hyung belanja starbucks. Cun tak?"
Jeongin hanya berjalan melepasi Hyunjin.

Sebaik sahaja Jeongin dan Hyunjin beredar, Chaeyoung memulakan perbualan dengan Han.

"Jisung. Kau tak salah. Aku yang tak berani lawan Mommy. Aku yang bodoh turut kata Mommy sebab taknak kena pukul dengan Mommy. Aku tak boleh tidur sebab asyik memikirkan tentang harini. Aku sakit menahan penyakit aku, Jisung. Aku nak sangat call kau sepanjang dua hari lepas. Aku perlukan kau sangat-sangat Jisung. Kau je yang pandai tenangkan aku bila Panick Attack aku menyerang. Aku tak sedia nak hadap semua ni, Jisung-" Han terus memeluk adiknya erat. Chaeyoung menangis dengan teresak di dakapan Jisung. Bagaimana kehidupannya selepas ini? Dia takut untuk melepaskan pelukan ini. Dia inginkan pelukan ini sampai bila-bila bersamanya.

"Chae, Abang tahu kau kuat. Aku tahu kau boleh hadap semua ni lepas ni. Kau tak keseorangan. Aku, abang kau sentiasa ada untuk kau. Kan aku dah kata dengan kau, kalau kau perlukan aku, kau call je aku. Aku akan jawab. Aku taknak kau hadap sakit kau sorang-sorang, Chae. Biar aku pun merasai sakit yang kau hadap. Kau sorang je adik aku. Aku masih lagi bertanggungjawab atas kau walaupun kau dah berumah tangga. Aku sayang kau sangat-sangat, Chae. Aku taknak kau hilang. Kalau kau pergi, aku akan salahkan diri aku, sendiri." Han berkata sambil berlinang air mata. Dia menahan air matanya dari tidak jatuh. Sudahnya kedua mereka menangis bersama.

Chaeyoung melepaskan leraian pelukan mereka. Dia mengelap air mata abangnya. Luluh hatinya melihat abangnya nangis sebab dia.

"Abang, janganlah nangis. Hodoh." Chaeyoung tergelak di hujung ayat. Han pun turut tergelak.

"Kau sedar tak kau tu lagi hodoh kalau kau nangis." taknak kalah, Han pun mengata adiknya. Han melonggarkan gelang di tangannya. Lalu, memberikan gelang itu kepada adiknya.

"Nah. Anggap je tu hadiah kahwin dari aku. Jangan hilangkan lagi. Harapnya yang ni dapat bantu kau tidur." Gelang yang terukir huruf HJS itu diberikan pada adiknya.

"Tapi, ni nama kau,"

Han mengusap kepala adiknya sambil tersenyum nipis.

"Aku harap kau bahagia lepas ni, Chae. Semoga lelaki tu dapat menarik kau keluar dari kesakitan dan penderitaan yang kau alami,"

"Harapnya begitu." gumam Chaeyoung perlahan. Kemudian, mereka berpelukan semula.

"Boleh tak aku nak ikut kau balik Jeju?"

"Kalau boleh aku dah bawak kau ke sana dah." Han tergelak kecil. Dia mengusap kepala adiknya sambil memeluk erat. Tak mahu lepas.

Dari jauh ada mata memerhatikan mereka berdua berpelukan mesra. Bibirnya menarik senyum tidak puas. Sepertinya dia cemburu dengan situasi itu.

"Aik, cemburu ke bang? Tu, abang dia."

"Entah ye entah tidak abang dia."

👑💍

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now