6

63 12 0
                                    


Mahu saja Han Chaeyoung lari dari tempat itu. Tak betah dia mahu berlama di tempat itu. Dari tadi orang yang ingin 'membeli' dirinya berborak topik perkahwinan bersama ibunya. Kahwin? Dirinya sendiri belum graduate sekolah tinggi. Ini kan pula disuruh berkahwin.

"So, kita straight to the point jelah, Puan Han. Anak lelaki kami dah bersetuju untuk menerima anak Puan sebagai peneman hidupnya." Puan Lee berkias. Puan Han tersenyum manis palsu di hadapan Puan Lee. Sengaja Puan Lee berkias biar anak perempuan Puan Han tidak tahu mereka 'membeli' gadis itu.

"Apa pun keputusan diorang, aku nak kau terima. Faham? Jangan bagitau Jisung hal ni. Kalau kau bagitau. Siap kau,"

Ayat ibunya sebelum berangkat ke rumah pasangan Lee ini Chaeyoung ingat dengan jelas. Apalah nasibnya menjadi patung ibunya.

Manakala, di pihak lain pula sudah mencuka masamnya muka. Langsung dia tidak setuju dengan apa yang bakal dibincangkan oleh orang tuanya.

"Kami nak kahwin kan anak dara Puan Han dengan anak bujang kami, Lee Minho. Puan Han, okay kan? Untuk mengembangkan lagi bussiness kita," Tuan Lee berkata dengan nada gurauan tapi dalam masa yang sama, ianya serius.

"Daddy, budak tu kan budak sekolah lagi. Takkan lah Minho nak berkahwin dengan dia!" Lee Know berbisik di telinga ayahnya. Apabila gadis itu memperkenalkan dirinya tadi, Lee Know menjadi bengang dengan ayahnya. Mana mungkin dia akan berkahwin dengan pelajar sekolah yang sedang struggle untuk mencapai cita-citanya?

"Minho, just follow the flow. Kalau taknak ikut cakap Daddy, sedia kehilangan firma kamu," ugut Tuan Lee. Lee Know menjeling jengkel. Menyampah betullah!

"Han Chaeyoung, kamu bersetuju ke dengan cadangan kami ni? Kalau kamu tak bersetuju kami tak kesah. Kami cuma teringin nak jadikan kamu menantu kami,"

"Teringin sebab korang dah beli aku?" Chaeyoung berkata sinis dalam hati. Lama dia mendiamkan diri. Ikutkan hatinya memang pun dia ingin menolak mentah. Tetapi ibunya sudah memandangnya tajam sambil memberikan senyuman yang sudah jelas palsu. Kalau dia terima bolehkah lelaki yang bernama Lee Minho itu dapat mengubah hidupnya?

"Sa-saya se-setuju, Tuan." gagap Chaeyoung menjawab. Tangannya menggenggam hujung bahu. Mukanya masih menunduk. Kalau dia pandang kemungkinan besar Panick Attack dia akan menyerang. Jadi, dia lebih selesa menundukkan mukanya.

"Bagus lah, kalau begitu. Kamu dah mula cuti sekolah kan, bermula harini? Kalau begitu, kita langsungkan majlis Isnin minggu depan. Persiapan semua kita settle kan dalam minggu ni. Ada baki lagi 2 hari. Esok boleh pergi fitting baju." teruja Puan Lee. Lee Know dan Chaeyoung sudah tercengang? Minggu depan?Nani???

"Mama, tak kelakar. Sumpah tak kelakar. Minho tak boleh terima-"

"Lee Minho. I ready to-"

"Urgh. Fine!" Lee Know terus naik ke biliknya. Pintu biliknya yang tak bersalah itu dihempas sekuat hati.

"Puan Han. Saya minta maaf," Puan Lee menunduk meminta maaf. Puan Han hanya menggeleng tidak mengapa.

"Eh, takpe. Puan Lee."

Chaeyoung sudah meneguk kesat liur. Takut apa yang akan terjadi di masa akan datang selepas berkahwin dengan lelaki itu.

👑💍


Harini mereka terpaksa pergi berduaan tanpa ditemani oleh orang tua mereka. Kalau tidak, Lee Know asyik mengelak dari bersama dengan Han Chaeyoung.

Mereka berdua dipaksa untuk pergi berjumpa dengan Interior Designer bagi decorating rumah mereka. Sementara itu, Chaeyoung berjalan seorang diri melihat rumah yang agak besar itu walaupun kosong di dalamnya.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now