Part 9

581 76 19
                                    

"Dia kenapa? Kelat murung aje muka?"

Kawan-kawan kepada remaja bernama Sandstorm saling berpandangan apabila melihat kawan mereka yang seperti mengalami masalah.

"Entahlah, kalau muka dia macam tu mesti ada masalah atau pun dia gaduh dengan mom dia." ucap Cinnabar sambil mengangkat bahu acuh.

"Cakap pasal mom dia.. Ke dia macam tu sebab dare kita hari tu?" kata-kata Frostfire menarik perhatian mereka yang lain.

Mereka saling berbalas pandangan, sehinggalah Flint buka suara.

"Aku rasa ada betul juga tu. Aku takut juga sebab kan dare yang kita kasi tu, menjauhkan hubungan dia dengan mom dia. Dahlah hubungan diorang tak baik-baik aje, ni makin tambah parah lah pula."

Anak mata mereka menatap Sandstorm yang termenung sambil memandang keluar jendela kelas. Wajah itu tampak bersedih akan sesuatu.

"Sand.."

Panggilan itu tidak mendapat respon daripada empunya nama, Sandstorm seakan tenggelam dalam fikirannya sendiri.

"Aku rasa kita kena jumpa mom dia dan minta maaf, ni salah kita juga sebab bagi dare begitu. Balik nanti kita ke rumah Sandstorm, jangan kasi tau dia nanti dia halau pula kita."

"Aku setuju. Kita ke rumah dia karang."

Cadangan Glasier disambut baik oleh mereka.

Tanpa mereka sedar, Sandstorm mengeluh. Dia dilema dengan fikirannya sendiri.

Anak matanya merenung luar jendela kelas dengan tatapan hampa.

"Apa aku harus buat?"

•••••

Kawasan lapangan terbang menjadi santapan mata Gempa.

Jam tangan dikerling. Dia melilau mencari susuk tubuh sang suaminya yang dia rindui.

"Mana si Hali ni? Ke kapal terbang dia  belum sampai lagi? Dia kata dah nak sampai, ke aku yang lambat datang?"

Kepala yang tidak gatal, digaru. Orang-orang yang keluar daripada balik berlepas, dipandang satu persatu. Namun tidak kelihatan wajah Halilintar di sana.

"Berita terkini, sebuah pesawat dari London yang dalam perjalanan ke Malaysia terlibat dalam letupan yang hebat. Kejadian ini berlaku.."

Tubuh Gempa mengeras tatkala mendengar berita tersebut. Laju dia menatap pada skrin TV yang tergantung didinding lapangan terbang.

"Tu kan London, Halilintar kan outstation kat sana.. Tak mungkin!"

Lutut Gempa terasa lemah dengan berita itu. Dia melihat nama-nama tersenarai yang terlibat dalam kejadian itu.

"Aku mohon, jangan ada nama Halilintar."

Di saat anak matanya berakhir pada nama terakhir. Hatinya seperti di sambar petir.

Dia tersentak dikeranakan bahunya ditepuk daripada belakang.

"Sayang, are you okay?"

Mendengar suara yang begitu familiar diperdengarannya, dia menoleh.

Pecah tangisan Gempa tatkala melihat wajah orang yang berdiri di belakangnya.

"Ha..Halilintar.."

Dia menghamburkan pelukan pada orang itu. Tubuh tegap orang itu dipeluk erat seakan tidak mahu dilepaskan.

"Heyy, kau kenapa? Kenapa menangis ni?"

Halilintar mengusap belakang tubuh Gempa, sekadar mahu menenangkan sang isteri yang tiba-tiba sahaja menangis.

"Aku ingat.. kau terlibat dalam letupan itu. Aku takut kehilangan kau Hali.."

Halilintar terdiam, anak matanya menatap benda yang buat Gempa menangis. Dia tersenyum tipis.

"Shh, dah jangan nangis. See, aku baik-baik saja. Sebenarnya, aku memang ke London tapi hanya beberapa hari saja dan lepastu aku ke Paris."

Gempa melonggarkan pelukan tersebut, wajah Halilintar ditatap.

"Kenapa tak cakap, kau buat aku takut tau tak.."

Halilintar tersenyum, pipi Gempa yang basah dengan air mata dikesat dengan kedua ibu jarinya.

"Maaf sayang, aku lupa nak info kat kau. Maafkan aku, janji tak buat lagi. Dah jangan nangis, malu dipandang dek orang."

Gempa mengerling ke kawasan lapangan terbang. Dia mengetap bibir, pipinya berubah warna apabila perasan akan mereka berdua menjadi tontonan umum di sana.

"Err.. Jom balik Hali, aku ada benda nak kasi kau?"

Mata Halilintar bersinar apabila mendengarkan itu.

"Apa? Kau nak kasi tubuh kau ke?" katanya dengan senyum nakal.

Bugh!

"Aduh! Sakitlah!"

Halilintar memegang perutnya yang ditumbuk oleh Gempa.

"Tu makannya, dasar otak udang."

"Alah, kau ni tak kasihan ke kat aku? Aku dah lah kena puasa selama dua minggu, so aku balik ni nak tuntut jatah aku."

Wajah Gempa masam, jelingan maut dilemparkan pada Halilintar.

"Kau, tch tido luar malam ni!"










Tbc...

I'm Sorry Mom.. (HaliGem) [SU]Where stories live. Discover now