Adrian tersenyum kecil lalu langkah Inara diikuti. Bilik kita? Terasa seksi lah pula bunyinya bila keluar dari bibir Inara. Rawr...



"AD, apa kata kita berhenti sekejap dekat kafe Shah? Lapar lah.." Kata Inara sambil mengusap perutnya yang kempis itu.

"Lapar ke nak jumpa Shah?" Tebak Adrian dengan nada yang cemburu.

"Erm. Rindu Shah..." Sengaja dileretkan ayat untuk menyakitkan hati si suami.

"...punya masakan." Sambung Inara membuatkan Adrian mencebikkan bibir. Hek eleh! Aku masak pun sedap!

"I masak lagi sedap.."

"Ye ke? You tu serai dengan daun bawang pun tak boleh beza!" Pipi Inara disebelahnya dicubit geram. Ada je nak menjawab minah sorang ni!

"Sakitlah!" Pipinya yang mula kemerahan itu diusap perlahan. Sampai hati Adrian... Huwaaa!

"Sakit ke? Nak I ubatkan?" Tanya Adrian sambil wajahnya didekatkan dengan pipi Inara yang kemerahan itu. Bersedia untuk mengubati rasa sakit tersebut.

"No! Pervert! Suka ambil kesempatan tau dia ni." Geram pula dia dengan Adrian.. Selepas kahwin memang perangai menggatal lelaki ini semakin menjadi-jadi ke? Kalau dulu, nak bercakap pun susah!

"Erm kalau macamtu..Jom kita balik rumah kita dulu, kemas semua barang-barang lepastu you masakkan untuk I.. Boleh?" Mata dikerdipkan berkali-kali sambil memandang Adrian. Dia memang teringin mahu makan masakan Adrian.

"Anything for you, my love.. I'm a good chef, you know?" Bibirnya tersenyum herot lalu kekura Inara yang digenggam dari tadi dicium perlahan. Adrian's new habit..

"Tak sabarnya nak makan masakan you.." Makin teruja apabila Adrian bersetuju ingin memasak untuknya. Yeay! Husband kita nak masak untuk kita..

Sampai sahaja dirumah baharu mereka, terus barang-barangan yang dibeli sebentar tadi disusun dan disimpan rapi ke tempat yang sesuai.

Sekarang mata Inara tekun memandang belakang tubuh Adrian yang menghadapnya. Dari belakang pun hensem suami dia ni..

Beberapa minit menunggu, akhirnya makanan yang ditunggu akhirnya siap jua. Satu suapan diambil dan dimasukkan terus ke dalam mulutnya.

"Sedapnya, sayang!" Tak pernah disangka oleh Inara bahawa Adrian merupakan seorang yang pandai memasak. OMG! Husband kita lah tu!

"Of course.." Hidung mancung milik Inara dicuit perlahan sambil tersenyum nipis. Lama dia memerhati wajah Inara yang sibuk menjamu selera. Demi tuhan, dia sangat bertuah kerana memiliki Inara.

Tangan Inara yang berada diatas meja diambil lalu digenggam.

"I miss you.." Kata Adrian tiba-tiba.

"Miss me? Why? I depan mata you je ni. Jangan buat perangai Fattah Amin pula. Nak pergi tandas pun rindu." Kata Inara membuatkan tawa Adrian terhambur.

"No, love. I'm missing this version of you for too long.."

"Which version, hmm?" Tangan Adrian yang menggengam tangannya itu diusap perlahan dengan ibu jari miliknya.

"I rindukan Inara yang sentiasa senyum dan ketawa. Selepas kes malam tu, hanya tuhan yang tahu betapa I rindukan senyuman dan gelak tawa you. Apa yang I nampak hanyalah kesedihan you and it breaks my heart into pieces.." Ucap Adrian sambil mengeratkan lagi pegangannya. Inara tersentak..

"Bila you menangis dan sakitkan diri sendiri, I rasa macam lelaki tak guna sebab I yang biarkan benda tu berlaku. But now, I got my old Inara back.." Tangan diregangkan mendekati wajah Inara lalu pipi mulus itu diusap.

Inara mengamati setiap usapan Adrian di pipinya. Jujur, dia pun rindukan diri dia yang dahulu. Dia hanya boleh jadi dirinya yang dahulu apabila bersama dengan Adrian.

"You buat I nak menangis!" Jari-jemarinya dibawa kebawah mata mengelakkan air mata daripada menitis.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan I through my ups and down, thick and thin.."

"I cintakan you, love.." Ucap Adrian syahdu.

"I cintakan you juga." Tangan Adrian yang masih berada di pipinya itu diusap.

"Come, I suap you makan." Tumpuannya kini beralih pula kepada makanan yang terhidang di atas pinggan dihadapannya.

"Aaaa..." Makanan didalam pinggan dicedok menggunakan sudu lalu disua ke arah Adrian. Dengan senang hati Adrian membuka mulutnya menanti suapan daripada si isteri.

"..Aummm." Suapan pertama selamat masuk ke dalam mulutnya sendiri. Adrian menjeling wajah cantik dihadapannya ini.

Main main!

Inara tergelak melihat wajah cemberut yang ditayangkan oleh Adrian.

"Hukumannya, you kena mandi dengan I!" Sebal pula bila dipermainkan sebegini rupa..

"Hei, mana aci?!" Inara mencebik tidak puas hati. Ini dah melebih ni!

"Aci kat India! Kenapa cari dia?" Adrian berloyar buruk. Melihat wajah cemberut Inara, fahamlah dia bahawa si isteri sangat tidak berpuas hati dengannya. Tapi, dia apa kisah?

Inara menjeling suaminya dihadapan. Tadi bukan main romantis, tapi sekarang sudah kembali jadi annoying? Sesudu makanan diambil lalu disua ke arah mulut Adrian.

"Open your mouth, baby.." Dan sudu itu selamat masuk ke dalam mulut Adrian.

Beberapa minit makan bersuap, akhirnya hidangan di atas meja tersebut berjaya dihabiskan oleh mereka berdua. Inara bangkit dari duduknya lalu sinki dituju ingin mencuci segala jenis pinggan dan kuali yang digunakan oleh Adrian sebentar tadi.

Habis sahaja membersihkan pinggan, langkahnya dibawa ke arah tangga meninggalkan Adrian terpinga-pinga di meja dapur.

"Tak nak ikut ke?" Tanya Inara dari atas tangga membuatkan senyuman Adrian melebar. Dia main-main sahaja tadi, tapi nak buat macam mana. Rezeki..

Bye! Mandi dengan bini dulu...

Laju sahaja dia mengikuti langkah Inara naik ke dalam bilik mereka.

His Eternal Love Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα