"Cuba kau buka mask kau tu, Chae. Aku nak tengok," Yiren memaksa Chaeyoung untuk membuka. Chaeyoung menggeleng tidak mahu. Dia taknak kedua orang kawan baiknya tengok keadaan mukanya yang teruk dengan lebam dan calar-balar.

"Tak payah tengok. Aku dah sapu ubat. Jangan risau-"

"Chae. Bukak. Kitorang je nampak kalau kau buka. Orang lain takkan nampak pun sebab kitorang hadang kau," Jeongin memujuk Chaeyoung untuk membuka. Seperti biasa dia menggunakan nada lembutnya.

Chaeyoung mengeluh berat. Dalam keterpaksaannya dia buka juga mask hitam yang menutup mukanya. Wajahnya menunduk. Jeongin yang berada betul di hadapannya menyelitkan rambut panjang Chaeyoung ke belakang.

"Chae, jangan tunduk muka kau. Kitorang nak tengok," Yiren mengangkat dagu Chaeyoung dengan lembut. Sebaik sahaja mukanya diangkat, terkejut dua orang kawannya.

"Chae!" terjerit sedikit mereka berdua. Melihatkan lebam sana-sini di muka Chaeyoung membuatkan mereka berdua turut sebak melihatnya.

"Kau kena pergi klinik jugak. Jangan bantah. Harini kita boleh balik awal dari orang lain. Minta permission dari guru bertugas." tegas suara Jeongin. Tak dapat dia tahan melihat keadaan Chaeyoung seperti ini.

"Jom, pergi sekarang. Kalau lambat nanti kau kena marah dengan Mommy kau lagi." Yiren memeluk tubuh Chaeyoung. Dia tidak dapat menahan sebaknya. Manakala, Jeongin dah tersedu-sedan menangis membelakangi mereka berdua.


👑💍

"Chae, dah balik." Chaeyoung  meletakkan kasut sekolahnya di rak kasut. Ibunya memerhatikan Chaeyoung dari ruang tamu dengan pandangan dingin seperti biasa sambil memeluk tubuh.

"Kau jual tubuh dekat siapa pulak kalini?" sinis sekali ayat yang dilontarkan Puan Han. Chaeyoung tercengang. Kalau dia pulang dengan Jeongin, mula lah ibunya menuduh dia menjual tubuh pada Jeongin. Chaeyoung mengeluh berat.

"Mommy, tu kawan Chae. Chae tak semurah itu nak jual tubuh kat orang. Kalau Mommy kesahlah, yang hantar tadi tu abang angkat Jeongin. Kawan baik Jisung. Dalam kereta tu bukan ada Chae berdua je dengan dia. Yiren dengan Jeongin pun ada sekali. Chae bukan murah seperti yang Mommy sangkakan," entah mana datang keberanian itu, dia berani menjawab. Puan Han menahan dirinya dari melepaskan geramnya.

"Kita tengok lah harga diri kau tu semahal mana. Malam ni aku nak kau ikut aku. Aku dah jual kau. Tak payah lah kau cakap besar harga diri kau tu tinggi. Kalau tinggi, takdenya ada orang sanggup nak beli kau,"

Terbeliak besar matanya. Sanggup ibu kandungnya menjual dia? Ingat diri dia tu patung? Barang? Sungguh dia tak sangka sekali.

"Mommy, Chae tahu Mommy benci Chae. Kalau Mommy benci sangat dengan Chae, Chae rela keluar dari rumah ni, Mommy! Kenapa sanggup Mommy jual anak sendiri? Mommy, Chae bukan barang untuk dibuat jual beli!" Chaeyoung menjerit tidak puas hati. Masakan tidak, ibunya membuat dirinya sebagai barang untuk dijual!

"Aku tak kesah nak dengar apa-apa bantahan dari kau. Yang pasti, aku dapat duit untuk pulihkan syarikat aku balik. Malam ni dressing bagi cantik, make up hilangkan lebam kat muka kau tu. Tak payah mengada pakai mask bagai. Muka kau tu aset aku untuk malam ni, faham?" tanpa rasa bersalahnya Puan Han menghamburkan kata-kata itu tepat di muka Chaeyoung.

Chaeyoung mendaki menaiki tangga ke biliknya dengan perasaan sakit. Terlampau sakit. Dia perlukan Han Jisung sekarang ini.

Sampai sahaja di biliknya, nombor Jisung terus di dail. Tak menunggu lama, Jisung terus angkat panggilan Chaeyoung.

"Chae! Kenapa ni call aku? Nasib baik aku tengah free sekarang ni,"

"S-sor-sorry ganggu kau. Aku perlukan kau sekarang ni, Jisung," tersekat-sekat suara Chaeyoung menahan dirinya dari menangis.

"Chae, kau okay? Asal kau nangis? Mommy libas kau lagi?" suara Jisung risau. Membuatkan dirinya hendak membeli tiket balik ke Seoul sekarang juga. Bila melihatkan duit di acc miliknya membuatkan dia menahan diri.

"Tak, aku tak okay. Mommy-" ayatnya tak dapat nak disambungkan. Tangisan Chaeyoung semakin kuat bergema. Jisung bertambah risau.

"Chae, tenangkan diri kau dulu. Mommy? Kenapa? Aku ada banyak masa harini. Boleh teman kau nangis lepas kau bagitahu."

Chaeyoung tergelak sedikit dengan lawak hambar abangnya.

"Mommy, dia jual aku dekat orang yang terima proposal syarikat dia. Dia kata aku dah dibeli oleh orang tu." Chaeyoung sambung menangis. Han Jisung mengeluh kasar. Mommy sudah melampau! Sampai tahap begini sekali dis buat pada Chaeyoung.

"Berapa orang tu beli kau?" suara Jisung bertukar nada. Menjadi dingin.

"A-aku tak-tak tahu...Mommy kata aku murah, Jisung. Aku takde harga diri sampai Mommy boleh jual aku-hiks. A-aku bbu-bukannya barang."

"Chae aku minta maaf tak dapat nak tolong kau bantah benda ni. Aku nak balik Seoul pun aku tak cukup duit. Berbulan dah Mommy tak masukkan duit. Aku terpaksa kerja dekat cafè dekat dengan Universiti aku, Chae."

"Jisung. Jangan susahkan diri kau. Kau dapat dengar aku luah ni pun dah cukup membantu. Terima kasih, abang."

Jisung mengeluh kasar. Dia perlu kerja overtime untuk balik ke Seoul secepat mungkin. Minggu ni dia perlu ikat perut. Semenjak dia berlepas ke Jeju, ibunya langsung tidak bertanya khabar. Ibunya pun berjanji untuk hantar duit. Tapi, itu hanyalah sekadar janji di mulut. Sudahya, dia perlu bekerja untuk menampung hidup dua tahun di Jeju. Kalaulah dia tidak menerima tawaran belajar di sini dan hanya mohon kerja setelah master tempoh hari, pasti adiknya dapat hidup bersama dengannya.

"Maafkan aku, Chae. Sebab buat pilihan yang salah." termasuk kali ini, sudah beratus kalinya dia menyalahkan dirinya dan mula mempersoalkan tentang takdir hidupnya.

"Andai saja, aku tak dengar kata Mommy waktu tu. Dan menolak sahaja."

👑💍

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now