Bab 6

22 6 0
                                    

  Kay membuka matanya. Dia bangun. Terasa badannya sakit.

Pintu dibuka.

Terlihat Will masuk membawa makanan.

"Kau dah bangun? Hati hati, badan kau ada luka" ujar Will meletakkan makanan di meja tepi katilnya.

Kay mengangguk.

Will adalah Farhan yang sahabat Kay dari zaman sekolah lagi. Will hanya mengikuti Kay kemana sahaja. Kerana itu Will juga masuk ke dalam dunia Mafia tetapi ibu bapanya belum tahu.

Walaupun Will masuk ke dunia Mafia tapi Will tidak membunuh. Dia hanya menggodam dan menjual senjata api tetapi kalau ingin mengawasi bossnya atau dalam bahaya. Terpaksalah bunuh.

Dan Arif pula sahabat mereka dari sekolah juga. Namanya ditukar menjadi Alex. Alex adalah ketua bagi menguruskan anak buah Kay. Walaupun jarang terlibat dalam dunia Mafia, Kay dan Will tetap mengawasinya kerana dia adalah paling kecil dari mereka.

Kay, Alex, Will dan anak buahnya yang lain seperti sebuah keluarga tanpa seorang pun perempuan. Jangan menganggap mereka 'songsang' pula. HAHAHA...

"Macam mana semalam?" Soal Kay sambil makan rotinya.

"Semua baik. Dadah banyak, senjata api banyak, duit pun banyak. Kaya juga dorang" balas Will sambil mengusap dagunya.

Walaupun mereka mempunyai segalanya tetap saja mereka membawa hasil selepas membuat 'kerja' mereka.

Kay hanya diam dan mengangguk apa yang dikatakan Will.

"Aku ingat kau tak lari masa bom tu meletup, nasib kau lari" kata Will kerisauan. Dia tidak mahu kehilangan sahabatnya.

Kay terhenti makan rotinya. Dia ingat lagi yang seorang gadis misteri menyelamatkannya.

"Aku nak kau buat sesuatu" kata Kay dingin.

"Untuk kau semua boleh. Apa dia?" Soal Will menunggu jawapan Kay.

Kay perlahan berdiri serta dibantu oleh Will. Dia mengambil sehelai kertas dan pen.

"Apa kau nak buat?" Soal Will. Mereka keluar dari bilik dan berjalan menuju ke bilik bawah tanah. Disitulah tempat mereka membuat 'meeting'

"Lukis" jawab Kay pendek. Will mengangguk. Mereka duduk di kerusi meeting.

Kay melukis wajah gadis itu menggunakan pen walaupun wajah gadis itu hanya separuh ditutup.

Selesai sahaja melukis wajah gadis itu. Kay memberi kepada Will.

Will menyambutnya dan melihat gambar itu.

"Aku nak kau cari perempuan tu. Pakai apa apa je, janji kau dapat perempuan tu and then bagi kat aku. Tanpa soal. Cepat!" Arah Kay.

Will mengangguk dan pergi meninggalkan Kay.

Kay menghela nafas dan memikirkan wajah gadis tadi.

"Mira, is that you?" Monolog Kay seorang dan menutup matanya. Tenang.

"Yessss...." Bisik seseorang ditelinganya.

Kay membuka matanya. Betul ke apa yang dia dengar?

Kay menoleh dan menayang muka dingin setelah melihat muka Alex ataupun Arif yang lagi tersengih.

"Ingat siapalah tadi" bisik Kay tapi dapat didengari Alex.

"Kenapa teringatkan Mira? Rindu ke?" Soal Alex dan duduk di tepi Kay.

Alex dan Will sudah tahu tentang berita itu. Kay pula menyuruh mereka menyiasat tetapi malangnya tidak dapat hasil. Sudah bertahun tahun kes ini ditutup tapi Kay tidak mengalah.

"Aku tak tahulah macam mana nak cari dia lagi" ujar Kay dengan nada sedih.

"Aku pun tak tahu tapi aku rasa kan, Mira ni lagi hidup tapi dia bersembunyi" kata Alex sambil menusap belakang lehernya tanpa memandang Kay.

Kay menoleh ke arah Alex.

"Kau...."

"Aku cakap RASA je kan?" Perkataan rasa ditekan.

Kay menghela nafas. Ingatkan dah jumpa.

Kay bangun dari tempat duduk dan meninggalkan Alex yang lagi terpinga pinga.

Setiap seorang Kay, Will dan Alex pasti ada anak buah mereka. Itupun Kay yang membahagikan untuk lebih senang mereka melawan musuh secara berkumpulan.

Tetapi Kay punya lebih banyak berbanding dari mereka. Mungkin semua negara...

Secret QueenWhere stories live. Discover now