Bab 1

68 8 18
                                    

  Seorang budak perempuan yang sedang mengelamun di perhentian bas sekolah.

Dia sedang menunggu ibunya datang untuk mengambilnya.

"Hai Mira nutella" sapa seseorang lelaki.

"Eh hai abang peanut" kata Mira teruja. Lelaki itu dikenali sebagai 'abang peanut' atau nama sebenarnya Danish Adrian.

'abang peanut' itu nama gelaran Danish Adrian yang diberikan oleh Amira Sofea dan 'mira nutella' itu nama gelaran Amira Sofea yang di berikan oleh Danish Adrian.

"Boleh abang duduk?" Tanya Danish.

"Duduklah" kata Amira memberi ruang.

"Tunggu ibu ke?" Tanya Danish sebagai permulaan untuk berbual.

"Iye tapi ibu lambat lagi hurm" muka sedih Amira mula ditayangkan. Itu membuat Danish gelabah.

"Ah sudah, dia nangis pulak nanti" bisik hati Danish.

"Dah jangan sedih, nanti sampailah tu, takpe abang ada untuk teman" kata Danish untuk menyedapkan hati Amira.

Muka Amira kembali ceria.

"Iyelah abang" ujar Amira sambil tersenyum.

"Kan cantik bila senyum tu" puji Danish.

"Oh kalau Mira tak senyum, tak cantiklah macam tu?" Soal Amira ingin kenakan Danish.

Danish gelabah saat muka Amira sedih.

"Eh bukan macam tu, Mira sentiasa cantik tau, janganlah sedih. Abang bukan nak cakap macam tu, sorry tau" rayu Danish.

"Tipu" ingin saja Amira gelak saat melihat muka Danish gelabah.

"Betul, abang tak tipu" tangan Danish diangkat seperti sedang berikrar.

"Hm iyelah, Oh Mira dengar abang nak UPSR kan?" Soal Mira ingin tahu.

Danish mengangguk.

"Kenapa?"

"Takdelah, sebab abang ni macam tak ulangkaji je. Mira tengok takde pun ulangkaji, asyik berkepit je dengan Mira" perli Mira.

"Eh abang ulangkajilah, Mira je tak nampak" kata Danish membela diri. Sebenarnya dia lebih pentingkan Mira dari pelajaran.

"Hm tak payah nak menipu, Mira tak suka orang menipu tau. Kalau ada orang menipu Mira, Mira tak nak kawan dengan dia lagi dan tak nak berjumpa dengan dia lagi" ugut Mira.

"Okey okey, sebenarnya abang tak ulangkaji pun. Abang nak main dengan Mira je, abang tak nak ulangkaji, bosanlah" rungut Danish.

Mira tergelak kecil melihat Danish merungut.

"Janganlah cakap macam tu, abang kena ulangkaji. Nanti dapat banyak A, lagilah Mira suka" pancing Mira.

"Seriuslah Mira suka kalau abang dapat banyak A?" Soal Danish ingin tahu.

Mira mengangguk sambil tersenyum.

"Kalau Mira suka aku dapat A, aku akan buat apa yang Mira suka. Demi Mira kau kena buat Danish" bisik Danish dalam hati.

"Kalau abang tak dapat A, Mira tak nak kawan abang" ugut Mira. Itu membuat muka Danish pucat.

Dia takut akan kehilangan gadis kesayangannya, Mira.

"Baik, abang akan ulangkaji demi Mira" kata Danish bersemangat.

"Macam tulah, ini yang Mira suka" ujar Mira ceria.

Muka Danish terasa merah.

Pin! Pin!

"Ibu! Yeay ibu dah datang, oke abang peanut. Mira nak balik" kata Mira dan menyalami Danish.

"Hati-hati Mira" Danish membalas lambaian Mira di dalam kereta.

Kereta itu berlalu pergi dari luar sekolah.

"Demi awak Mira, saya sanggup. Saya cintakan awak, Mira." Kata Danish seorang diri.

Dia bangun dari duduk dan masuk ke dalam sekolah.

Mereka mengenali saat Danish dibuli oleh pelajar lelaki dan dari situ mereka menjadi kawan. Namun Danish semakin suka terhadap Mira dan munculnya perasaan cinta.

Tiada siapa tahu dia anak kepada guru besar di sekolah itu, kerana dia ingin dilayan seperti murid lain.

Amira sahaja yang menerima dia menjadi kawan dan dia berharap agar Amira akan bersamanya selamanya.

Secret QueenWhere stories live. Discover now