Bab 2

36 5 0
                                    

Di hari yang penuh cabaran. Dimana Danish akan menduduki UPSR.

Danish menunggu Amira di perhentian bas sekolah. Sekarang masih awal untuk menunggunya.

Danish melihat sekeliling, ada segelintir murid yang datang awal ke sekolah. Fikirannya teringat sesuatu, dimana ayahnya iaitu guru besar di sekolah itu akan memperkenalkan Danish sebagai anaknya ke semua murid.

Tangannya gementar. Dia ingin ketenangan.

Kalau ayahnya sudah memperkenalkan dia kepada semua murid, semua murid akan berkawan kepadanya, mungkin.

Tapi bagi Amira, mungkin dia tidak mahu berkawan dengan Danish kerana menipunya.

Danish mengeluh.

Dia tidak mahu kehilangan Amira, titik.

"Abang!" Sergah Amira. Danish terkejut dan memegang bahagian jantung.

"Ish buat orang terkejut je, salam mana salam?" Soal Danish marah.

Amira tersengih.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummussalam"

"Abang buat apa kat sini, kenapa tak masuk" soal Amira kebingungan.

"Tunggu Miralah" ujar Danish lembut.

"Ehem, amboi nak borak pun jangan lupa orang disini" kata seseorang.

Mereka berpaling.

"Ibu? Bukan ibu nak balik ke?" Soal Amira kepada ibunya, Puan Zara.

"Harini kan Danish nak UPSR kan?" Kata Puan Zara.

Danish mengangguk.

"Laa...harini abang UPSR rupanya" Amira tersengih.

"Hati hati tau jawab soalan tu, nak mula kena baca doa dulu, baru boleh mula. Goodluck tau" kata Puan Zara memberi semangat kepada Danish.

"Terima kasih, aunty" balas Danish.

Tahun 1 hingga tahun 4 tidak dapat ke sekolah kerana mungkin akan menganggu murid tahun 5 dan 6 menjawab soalan.

Murid tahun 5 akan menduduki ujian akhir tahun manakala murid tahun 6 pula akan menduduki UPSR. Lambat juga keluar.

"Betul tu, kena hati hati bila jawab soalan. Baca betul betul pada soalan tu, baru boleh faham" ujar Amira pula.

Danish mengangguk sambil tersenyum.

"Kamu berdua berboraklah dulu, aunty nak masuk sekolah dulu" kata Puan Zara.

"Nak pergi mana?" Soal Amira.

"Jumpa guru besar, ada hal nak dibincangkan dengan guru besar kamu" balas Puan Zara.

Danish dan Amira mengangguk.

Lihat sahaja tubuh Puan Zara hilang.
Amira memandang Danish yang menunduk.

"Abang okay ke? Abang tak sihat ke?" Soal Amira kerisauan.

"Takdelah, abang cuma nervous"

Amira mengangguk.

"Abang tenang je okay, takde apa apa yang berlaku. Semua baik baik sahaja" kata Amira memberi ketenangan.

"Thank"

Amira hanya tersenyum.

"Mira"

"Hm"

"Mira tak marah abang ke kalau abang tipu Mira?" Soal Danish.

"Tipu? Abang tipu Mira ke? Kalau abang tipu Mira, cakap sekarang!" Marah Amira.

Secret QueenWhere stories live. Discover now