Detik!Saat hati ingin bahagia,
Kau hadir secara tiba-tiba,
Membawa khabar berita,
Bahawa kau menyukainya,Detik!
Detik itu aku tahan,
Sehingga kau tak perasan,
Bibir mengukir senyuman,
Hati meraung penuh tangisan,Detik!
Sering kali kau berbicara si dia,
Aku hanya membalas kata,
Telinga tak mampu mendengarnya,
Setiap bait kata membunuh rasa,Detik!
Degupan jantung ingin berhenti,
Aku sudah tak berdaya lagi,
Membawa diri menjauh pergi,
Biarlah diri ini sendiri,
Daripada hati terus tersakiti,
YOU ARE READING
Puisi Sendu
PoetrySambungan daripada kata-kata terpendam. Dalam puisi kali ini, semuanya luahan hati yang tak mampu ditanggung oleh seseorang. Hanya mampu meluahkan perasaan melalui sebuah penulisan. Selamat membaca guys. "Hanya mampu dipendam di hati."