17

78 9 34
                                    

Di hari seterusnya, aku terjaga dari tidur yang lena. Perkara pertama yang aku lakukan adalah cek notifikasi telefon. Normal la tu kan.

Aku nampak pesanan mesej dari Hoshi. Entah apalah dia mesej pagi-pagi ni. Aku membuka mesej tersebut.

'Hai, selamat pagi. Sebenarnya saya ingat nak bawa awak dinner dengan saya malam ni. Awak free tak?'

Itulah mesej yang dipesannya. Zaman bila tah hantar mesej. Nasib baiklah aku ada topup jadi aku boleh balas mesej tersebut.

Aku setuju untuk makan malam dengannya. Masalahnya sekarang ni, Sowoon tak ada pula di sebelah aku. Mustahillah dia dah balik. Biasanya makan dulu.

Ke dia dah makan senyap-senyap?

Malas nak fikir panjang, aku terus bangkit dari katil dan meninggalkan bilik. Tangga dituruni dengan perlahan memandangkan aku belum bertenaga di pagi hari.

Bila aku sampai di tingkat bawah, tiada sesiapa pun di ruang tamu mahupun dapur. Aku menapak ke pintu rumah untuk tengok kereta Sowoon masih di luar sana ataupun tidak.

Belum sempat aku pulas tombol pintu tiba-tiba pintu sudah terbuka dari luar.

"Ha, bangun pun kau. Ni aku ada order makanan sikit untuk sarapan." Sowoon masuk ke rumah dengan plastik berisi makanan. Mungkin tadi dia keluar pergi ambil makanan dari orang yang datang menghantarnya.

"Eh, karipap dengan pisang goreng pun ada delivery ke?" Aku pelik bila sedar yang cuma ada karipap dan pisang goreng dalam plastik tersebut.

"Adalah. Kau apa tau." Sowoon terus meletakkan plastik tersebut atas meja. Walaupun pelik, aku tetap pergi duduk di sofa dan menikmati karipap tersebut.

"Hoshi ajak aku dinner malam ni." Aku memulakan topik apabila Sowoon senyap tiada topik.

Terhenti terus kunyahan dia. Dia pandang aku dengan- macam biasalah. Smirk.

"Dia nak confess kat kau kot. Apa kata malam ni kau bersiap elok-elok sikit."

"Ishh kalau betullah dia nak confess, baik aku pakai selekeh. Biar dia batalkan niat tu." Aku tersenyum bangga sebab idea aku agak bernas.

"Janganlah macam tu. Kalau nak reject dia pun reject la dalam keadaan kau pakai lawa-lawa. Nanti tak pasal-pasal orang sekeliling anggap kau tak sedar diri."

Betul jugak kata Sowoon tu. Nampak macam tak sedar dirilah kalau si selekeh reject si kacak.

Eh, kacak ke Hoshi tu?

Well, sikit laa. Tak boleh nafikan yang dia memang hensem.

"Okeylah aku bersiap elok-elok."

"Macam ni barulah member aku." Sowoon menepuk bahu aku dengan kuat. Walaupun agak sakit tapi takpelah. Dah biasa dah kena dera dengan member.

Tapi- macam terlalu awal je untuk dia luahkan perasaan.

-----

6:30p.m.

Setelah selesai berpakaian cantik, aku memakai rantai sebagai aksesori. Makeup aku juga agak luar biasa malam ni.

 Makeup aku juga agak luar biasa malam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Fuh, lawa macam tuan puteri." Sowoon memerhatikan aku dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.

Ya, dia masih di rumah aku. Sepatutnya balik lepas makan sarapan tadi tapi dia stay sampai malam sebab nak pastikan aku pakai cantik-cantik. Busybody betul.

"Terima kasih. Aku memang dah lama tau yang aku cantik." Aku membalas dengan nada riak.

"Hek eleh. Dah la, jom turun. Hoshi mesti dah nak sampai." Sowoon menarik lengan aku dan pada masa yang sama dia tolong bawakan beg tangan aku.

Semasa kami baru keluar bilik, kami terserempak dengan Jihoon yang baru keluar dari bilik juga.

"Kau bersiap ni nak ke mana?" Kali ni Jihoon pula tengok aku dari atas sampai bawah.

"Oh lupa nak bagitau. Aku nak keluar dengan Hoshi. Dia ajak dinner sama-sama. Kejap lagi dia datang jemput."

Tiba-tiba riak wajahnya berubah.

"K." Itu saja balasannya. Dia masuk semula ke dalam bilik dan dia siap menghempas pintu bilik.

Emo pulak mamat ni.

"Dah kenapa emo sangat. Abaikan jelah dia. Jom jom turun."

Sowoon kembali menarik tangan aku sampai ke pintu rumah. Semasa aku sedang menyarung kasut tumit tinggi, Hoshi tiba di depan rumah.

"Kau pergilah naik kereta dia tu. Aku balik dulu." Sowoon terus berlari ke keretanya. Sebelum menyusup masuk ke dalam kereta, dia ada lambaikan tangan tapi aku cuma anggukkan kepala.

Hoshi siap membukakan pintu untuk aku. Okey, agak romantik. Dia juga ada lindungi kepala aku agar tak terhantuk ketika masuk ke dalam kereta.

Selepas menutup pintu kereta, dia kembali ke tempat duduk pemandu. "Cantik," pujinya dengan senyuman.

-----

Sudah beberapa minit kami diam menikmati makanan tapi dia tak banyak bercakap pun.

Pelik. Biasanya dia banyak cakap sampai aku pun jadi malas nak layan.

Aku tersentak bila terdengar bunyi dia meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan makanan kaca.

"Sebenarnya saya ajak awak makan malam ni sebab nak cakap sesuatu. Bagi saya benda ni penting." Pandangan matanya kelihatan serious.

Dia betul-betul nak luahkan perasaan ke? Aku menarik nafas panjang kerana terlalu gemuruh. Aku tak tau kenapa aku rasa gemuruh macam ni. Gemuruh jiwa semangat membara.

"A-apa dia? Cakap je."

"Saya nak berterus terang tapi agak malu." Dia menundukkan kepala. Jarinya sibuk menggentel lengan baju. Comel.

"Tak apa, cakaplah." Aku bersedia untuk dengar luahan perasaannya.

"Sebenarnya saya..."

"Ha kenapa dengan awak?" Aku mengangkat kening dan mengintai wajahnya yang sedang menunduk tu. Aku tau apa yang dia cuba sampaikan tapi aku saja pura-pura tak tau.

"Sebenarnya saya suka abang awak."

-----

09072021

Ayokkk

Dare Where stories live. Discover now