Bab 1

10 2 0
                                    


Hotel Royal De' Conjugatte.

Sinar kamera yang tidak putus-putus dengan golongan aristokrat semakin ramai memenuhi dewan. Sibuk mengagumi keindahan dan kesenian susun atur dewan mewah tersebut. Diatas pelamin, kedua-dua wajah mempelai tersenyum bahagia diterangi cahaya dari chandelier yang bergemerlapan indah.

Namun disebalik wajah yang tersenyum itu ada rahsia gelap tersingkap kemas daripada pengetahuan para tetamu.

7.00 p.m. - Bridal Waiting Room

Bang! Bang! Bang!

Senyap.

"Die already? I only use 3 bullets, though..."

Tubuh tinggi lampai itu tunduk. Merenung tajam seorang lelaki dihadapannya yang sudah diam tidak berkutik. Mukanya menggambarkan riak bosan.

"You killed him...?"

Jemarinya terketar. Bibir merahnya sudah bertukar kepucatan dengan situasi yang disaksikannya baru tadi. Ngeri.

Percikan darah mencemari wajah gadis yang sudah bersolek indah itu tidak mampu untuk dilap apatah lagi dibasuh. Bau hanyir darah sudah menusuk hidung.

Viel pengantinnya yang tadi putih berkilauan juga sudah berlumuran darah. Tapi, bukan darah miliknya. Bukan! Sebaliknya milik lelaki yang bakal bergelar suaminya tidak kurang 2 jam lagi.

Fariel!

Tubuhnya yang masih bersalut busana pengantin itu tegak berdiri dihadapan balkoni bilik. Mengharapkan sinar bulan untuk menerangi kamar itu sudah cukup untuk dirinya melihat sepasang mata.

Seperti emas baru disepuh bersinar galak dengan rona dingin. Ambar...

Tubuh lampai itu tegak. Kemeja putih yang dipakainya sudah dicemari percikan-percikan darah kesan tembakan keatas Fariel tadi. Dia kalih.

"My little one..." Dingin.

Emmaralle tersentak. Automatik tubuhnya terundur kebelakang sekaligus melanggar tembok balkoni yang menghalangnya daripada jatuh 7 tingkat kebawah. 

Manakan tidak! Kulit putih pucat itu kelihatan segar dengan percikan merah darah yang menghiasi wajah sempurnanya. Emas yang disepuh itu berkilauan dengan cahaya bulan memandang kearahnya.

Tersenyum lebar! Seperti tidak sedar akan apa yang baru sahaja dilakukannya sebentar tadi. Tumpuannya sudah 100 peratus dialihkan kepada Emmaralle.

Erosnya..Cinta gilanya!

"Well-well...What do we get here?" Kasut hitam berkilat itu melangkah setapak kehadapan. Terus kearah si gadis yang masih pegun di balkoni. 

Kamar yang indah dihias itu sangat luas. Cukup mewah.

Namun, lampu chandelier yang menjadi hiasan itu tidak pula dipasang sigadis. Mungkin terlalu asyik merenung bulan sehingga tidak sedar kehadiran 2 orang lelaki kedalam kamar itu.

"Don't..Don't come! Kalau awak dekat juga...saya terjun!"

Bibir merah itu akhirnya membuka mulut sebaik melihat lelaki itu merapatkan jarak mereka. Dia takut. Sungguh! Dia tidak pernah melihat sisi ini daripada lelaki itu.

Air liurnya ditelan sambil ekor mata mengerling kebawah. Yakin! Sekali dia jatuh, patah kaki didalam tangan, maut memang tidak boleh dielakkan.

Langkah itu terhenti. Iris ambarnya dihalakan tepat kearah iris hitam pekat yang jernih bersinar itu. Jarak mereka hanya dipisahkan satu depa. Dekat sekali jika dia ingin menggapai jemari halus yang indah dihiasi hena putih itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PersonaWhere stories live. Discover now