5

26 3 3
                                    

( Edited )
_____________________________________

Soomi's POV

Aku dengan I. N pergi sekolah macam biasa, tapi kalini Hyunjin join kitaorang sekali, dah masuk dalam kelas dah pun

Aku terpaksa pergi sekolah, Pn. Lily marah aku sebab tak datang sekolah walaupun aku dah bagitahu yang aku ni sakit, dia kata kalau aku tak datang sekolah lagi dia akan denda aku, aku pun malas la nak kena denda jadi aku datang jugak sekolah walaupun kepala aku masih sakit

Tapi aku ok je sebab rasa pening tu makin hilang, aku pun pelik kenapa Pn. Lily asyik suruh aku je yang buat semua kerja dekat library tu

Padahal ade je lagi pengawas perpustakaan yang lain dia boleh mintak tolong, kenapa aku jugak yang dia nak??

Aku pun penat jugak hari-hari aku datang sekolah hari-hari jugak aku kena pergi library, tapi nak buat macam mana?? Dah cikgu suruh buat je la, kang merungut kata biadap pulak

Tengah aku fokus ape yang cikgu mengajar tu, tiba-tiba ada pelajar berdiri dekat depan pintu sambil menunggu cikgu benarkan dia masuk

"Masuk la" Cikgu Min cakap, pelajar itu masuk dan bisik sesuatu dekat Cikgu Min, Cikgu Min mengangguk kepala

"Soomi, pergi library sekarang, Pn. Lily panggil kamu" Cikgu Min cakap

Aku hanya mengangguk kepala, dan bangun dari tempat duduk aku, aku keluar dari kelas dan berjalan ke library dengan rasa penat bersama pelajar tadi

"Kau tak penat ke selalu pegi library ulang-alik?? Aku yang tengok kau ni pon dah penat" kata pelajar itu, aku hanya ketawa kecil

"Penat sangat, tapi nak buat macam mana?? Dah cikgu suruh, buat jela, takkan la nak tolak kan?? Kang kata melawan pulak" aku cakap

"Gmm betul jugak ehh, ohh and by the way, aku Emma, senior sekolah ni" Emma cakap sambil senyum pada aku

Mata aku membulat selepas mendengar Emma berkata bahawa dia adalah senior sekolah ni, aku langsung menunduk minta maaf kerana terkurang ajar dengan dia, dia hanya ketawa kecil dengan gelagat aku

"Tak perlu mintak maaf pon, aku tak kisah" Emma cakap sambil senyum pada aku

"Hmmm, aku Soomi" aku cakap sambil balas senyuman dekat dia

"Aku tak pernah nampak kau pon, kau budak baru ehh??" Emma tanya

"Haah aku budak baru" aku cakap

"Jadi, kau dah tahu la ape jadi dekat sekolah ni 6 tahun yang lepas??" Emma tanya

"Yeah, aku dah tahu, sebab tu aku selalu pegi library ade orang teman" aku cakap

"Ohh, bagus la tu, sebab tak elok jalan sorang2 , takut nanti jadi ape2 kang susah" Emma cakap

"Hmm betul la tu, aku dah pernah kene" aku cakap sambil ketawa

"Luka dekat kepala tu, sebab bende tu ke??" Emma tanya

"Haah, ehh tak perasan pulak kita dah sampai" aku cakap dan berhenti di depan library

"Thank u tau sebab teman aku" aku cakap sambil lemparkan senyuman pada nya

"No problem, aku pegi dulu tau, bubyeee" Emma cakap dan berlalu pergi

"Byeee" aku masuk dalam library dengan penuh rasa cemas

"Yang Soomi!! Datang pon kamu, kenapa kamu tak datang sekolah 3 hari lepas?? Kamu tahu tak kamu tu pengawas perpustakaan sekolah ni, berdisiplin la sikit!!" Pn. Lily marah aku, fuhhh sabar Soomi sabar, jangan lepas marah kau dekat Pn. Lily nanti tak pasal2 kau kena lagi teruk Soomi oii

under control. (discontinue)Where stories live. Discover now