3

31 4 1
                                    

( Edited )
_

___________________________________

Soomi's POV
Badan aku asyik sakit je sejak dua menjak ni, tak tahu kenapa, tapi benda biasa je kot sebab yela cikgu bagi homework banyak and tak cukup tidur, lepas tu dengan aku selalu jalan ulang alik pergi library lagi, memang penat la jawab nye

Aku ingat nak mintak I. N teman aku pergi library harini tapi katanya dia busy, Liyoon pulak mak dia call suruh dia balik sebab ade emergency dekat rumah, nak mintak tolong Hyunnie hmm dia pulak tak sihat, yang lain pulak aku tak tahu diorang pegi mana, so aku decide untuk pergi library sorang-sorang, ape lah nasib aku harini haihh....


3rd person's POV

Apabila Soomi dah sampai di perpustakaan, Soomi terus buat kerja yang diarahkan oleh Pn. Lily dan seorang lagi guru di perpustakaan itu....

Selepas selesai kerja tersebut, Soomi lantas tunduk hormat pada guru-guru di perpustakaan itu dan keluar, sedang Soomi membetulkan pakaiannya

Soomi terkejut apabila melihat pintu bilik stor di sebelah perpustakaan itu terbuka, Soomi berasa takut dan mahu tinggalkan tempat itu, tetapi sifat degil Soomi yang ingin tahu ada apa di dalam bilik stor itu membuatkan Soomi berjalan ke pintu tersebut

Soomi berasa pelik, semasa dalam perjalanan Soomi untuk datang ke perpustakaan, pintu itu tidak terbuka dan terkunci elok saja, siapa yang buka pintu tu?? Tanya Soomi di dalam hati

Soomi hanya langkah masuk ke dalam bilik stor tersebut dan melihat sekeliling bilik stor itu, kemudian Soomi ternampak kesan darah yang ada pada dinding dan lantai...


Soomi's POV

Ewww diorang tak cuci ke ape bilik stor ni, dah berapa tahun dah kot, keras sangat bilik stor ni sampai diorang tak cuci langsung, kesan darah pon masih ade lagi, lepastu bau hanyir lagi ya ampun....

Shit aku tak tahan bau dia, aku nak keluar... ehh??

Asal takleh bukak pintu ni, aduhhh takkan la aku terperangkap dalam bilik ni "Hiks huhu hiks" ha sudahh bunyi perempuan menangis lagi, bunyi tu dah la betul-betul dekat belakang aku, nak toleh belakang ke tak, nak toleh ke tak, aduhhhh nasib malang betul aku harini

"T-tolong aku, Soomi tolong aku~" weiii bunyi tu makin kuat, ughh toleh jela, aku toleh belakang perlahan-lahan, aku ternampak seorang perempuan yang bergaun biru, rambut panjang sampai bawah bahu, darah yang mengalir dari dalam gaun sehingga ke pergelangan kaki, lehernya di kerat membuatkan kepalanya hampir tercabut, dia menutup muka dengan tangan sambil menangis meminta tolong

"Soomi tolong aku hiks~" badan aku mula menggigil dan berasa cemas bila tengok dia alihkan tangan dia dan nampak muka gadis hodoh tu, muka dia penuh dengan luka yang besar, leher dia dipenuhi darah

"Tolong aku Soomi~" aku takut sangat-sangat sampai aku mengeluarkan air mata, aku cuba untuk membuka pintu tapi tak boleh, aku ketuk-ketuk pintu untuk bagi orang dengar yang aku ada dekat dalam "TOLONG!!! SIAPA-SIAPA TOLONG BUKAK PINTU NI!!! PLEASE!!! " aku ketuk pintu kuat-kuat sambil jerit mintak tolong dengan air mata mengalir, siapa-siapa tolong aku hiks....

under control. (discontinue)Where stories live. Discover now