6

1.5K 305 40
                                    

                       NUR MASTURA!" Terkejut Nur apabila namanya tiba-tiba sahaja dijerkah. Serta-merta langkah mereka terhenti. Nur mengatup mata sesaat. Entah mengapa mudah benar dicam suara itu. Baru dia nak lupakan sekejap tentang mamat tu. Ergh!

Nafas dihela perlahan sebelum dia memusing ke belakang. Garang pandangan Adam saat ini. Jelas menunjukkan tidak puas hati. Mengapa perlu Nur berada dengan lelaki itu?

"Kau nak pergi mana?" soal Adam, serius. Langkah diatur mendekati gadis itu. Jelingan tajam dipanah tepat ke arah Mukhriz di sebelah. Apa lagi yang lelaki ini mahukan?

"Saya nak pergi dewan lah. Program dah nak mula. Nanti cikgu marah macam mana?"

"Perlu ke kau pergi dengan dia? Aku suruh kau tunggu aku kan tadi?" herdiknya. Nur menunduk kepala ke bawah. Fine. Memang dia ada arahkan aku untuk tunggu tadi sementara dia pergi ke tandas. Aku yang terlupa sebab terlampau excited jumpa crush depan mata.

"Sorry. Saya lupa. Tapi tak salahkan kalau saya nak pergi dewan dengan..."

"Salah." Laju Adam memotong. Nur terdiam.

"Kau kawan aku. Kau tak sepatutnya pergi dengan dia."

"Relaxlah, Adam..." pujuk Mukhriz. Dia menyapa bahu kiri lelaki itu. Namun dengan pantas Adam menepis. Mukhriz sedikit tersentak.

"Jangan sentuh aku!"bentak Adam.

"Aku tak ada masa nak layan kau. Jom, Nur!" beg galas Nur ditariknya, memaksa gadis itu mengekornya pergi meninggalkan lelaki itu bersendirian. Sempat Nur melambai tangan ke arah Mukhriz sebelum menjauh. Makin berbunga hati apabila lelaki itu membalas lambaiannya. Tersengih macam kerang busuk dah aku sekarang.

"Berhenti senyum macam tu. Aku tak suka." tegur Adam.

Terus mati senyuman dibibir Nur. Dia kembali dengan riak serius seperti Adam. Kenapa tiba-tiba sahaja mood lelaki itu bertukar swing? Dah macam kucing bertemu dengan anjing tadi. 

Nur mengeluh kecil. "Kenapa awak macam tak suka dengan Mukhriz?"

"Bukan 'macam' tapi memang tak suka." ujar Adam, memperbetulkan ayat Nur itu. Kening Nur berkerut tidak faham. Mengapa tak suka pula? Lelaki itu bukan main baik lagi membela Adam semasa Hamidah mengutuknya.

"Kenapa awak benci dia?"

"Biasalah. Semua orang ada kisah buruk masing-masing. Dan jangan harap aku akan cerita dekat kau." ujarnya. Tahu-tahu sahaja apa yang bermain di fikiran Nur saat ini. Baru dia ada terniat nak tahu kisah buruk yang Adam maksudkan. Tak mengapalah, lupakan. Saja. Suasana menjadi sepi apabila masing-masing membisu. Tiba-tiba terasa jauh pula kedudukan dewan. Daripada tadi tak sampai-sanpai!

"Midah ada kacau kau ke tadi?" soal Adam setelah lama dia mendiamkan diri.
Pandangannya masih tertumpu ke hadapan.

"Ada. Dia minta maaf dekat saya."

"Jadi kau maafkan ke?"

Nur menggeleng kepala. "Tak. Sebab apa yang dia buat semalam memang tak patut di maafkan." ujar Nur. Adam mengangguk faham.

"Baguslah."

La? Itu aje yang dia balas? Habis takkan dia nak puji aku kot? Lembert lagi. Akhirnya, sampai juga di hadapan dewan. Pelajar tingkatan empat dan lima sudah berkumpul di sana mengikut kelas masing-masing.

"Saya pergi baris dekat kelas saya dulu ek." pamit Nur. Adam mengangguk kepala. Lantas, dia terus berlari anak memasuki barisan ke kelas 5 accountant.

"Wei, Adam? Betul ke apa yang aku nampak ni?" tegur Nazim, seolah-olah tidak percaya. Rakan sekelasnya, 5 artist. Dia menyapa bahu Adam dari belakang dengan riak teruja.

"Kau datang? Seriously? Kau ada kena sampuk dengan mana-mana jin dekat sekolah ni ke?"

"Kau merepek apa ni? Aku dah lama tak datang sekolah, jadi aku datanglah. Kenapa? Orang macam aku tak layak nak datang huh?"

"Ish, mana ada. Aku tak cakap pun. Cuma peliklah tiba-tiba je kau muncul. Selalunya, program macam ni kau ignore je." ujar Nazim. Adam tidak membalas apa-apa. Memang betul pun apa yang Nazim katakan. Dia memang tak berapa suka datang ke program macam ini. Kalau dahulu, dia ponteng sahaja. Tapi entah mengapa kali ini dia sanggup datang ke sekolah. Demi Nur? Heh, tak ada masa lah...

"Aku nak masuk barisan. Bye." pamit Adam acuh tak acuh. Tanpa berlengah, dia terus mengatur langkah ke arah barisan kelas 5 artist.

"Eh, tunggulah!"















                       PROGRAM MATEMATIK telah berjalan dengan lancar selama sejam berlalu. Guru jemputan itu mengarahkan pelajar untuk membentuk sepuluh orang dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan soalan kuadratik yang diberikan. Kumpulan siapa paling pantas menyiapkan semua jawapan, akan diberi sepuluh ringgit untuk setiap ahli.

Masing-masing sedang buntu memikirkan cara menyelesaikan soalan kuadratik itu. Bukannya satu soalan, tapi lima! Semuanya KBAT. Namun, Mukhriz tetap nampak selamba sahaja semasa menjawabnya. Mengapa kau begitu pandai sekali wahai crush? Dah lah handsome, macho...

Tuk!

Nur sedikit tersentak saat kepalanya tiba-tiba sahaja diketuk. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Adam. Haih, kenapalah dalam banyak-banyak kumpulan, kumpulan ini juga dia nak masuk.

"Focus." tegur Adam.

Nur mencebik bibir. "Suka hati sayalah nak fokus ke tidak? Lagipun, saya bukannya faham pun soalan ni. Tengok Mukhriz lagi tenang." ujar Nur perlahan. Bimbang pula kalau Mukhriz dengar. Tak ke malu nanti?

Adam menjeling. "Tak tahu tanya, bukannya skodeng orang."

"Saya nak tanyalah ni. Tapi saya nak tunggu Mukhriz siapkan dulu dia punya kerja."

"Kau berani ke tanya dia?"

"Kenapa tak berani pula?"

"Jelita kan kumpulan kita. Kau tak tahu ke apa hubungan Jelita dengan Mukhriz?"

Nur menggeleng kepala tanda tidak tahu. Apa hubungan mereka? Couple ke? Adam tersenyum menyenget. "Kata crush tapi kau tak tahu apa-apa tentang Mukhriz. So Sad."

"Habis awak tahu sangat ke?"

"Of course. Aku tahu segala-galanya tentang Mukhriz. Lebih dari apa yang orang lain tahu tentang dia." ujar Adam. Makin tertarik Nur mendengarnya. Biar betul? Kalau macam tu bolehlah aku tanya Adam selepas ni.

"Tapi aku takkan bagitahu kau." sambung Adam. Nur mengeluh kecil.

"Kenapa?"

"Saja." ringkas Adam membalas. Nur mendengus perlahan. Kenapalah susah sangat mamat  ni nak berkongsi cerita dengan aku? Kata kawan? Entah-entah dia sengaja tak nak kongsi cerita sebab Jelita tu ex girlfriend dia dan selepas itu Jelita sukakan Mukhriz?

Nur tersenyum sinis. Pandai juga aku ni.

Selesai menjawab semua soalan matematik, Adam meletakkan kertas itu di atas lantai. Kemudian dia mencapai botol air miliknya dan meneguk perlahan-lahan.

"Haa... Saya dah tahu. Awak suka dekat jelita kan?" teka Nur.

PURGHH!
Tersembur anak tekak Adam mendengarnya. Tak semena-mena dia menyembur air itu ke muka Nur. Nur terkesima. Berkedip-kedip matanya memandang Adam yang sedang terbatuk-batuk akibat tersedak. Semua orang di dewan terkejut. Terus menoleh memandang ke arah mereka.

"Sorry." rayunya dengan suara serak. Ditepuk dada yang terasa senak berkali-kali. Bagaimana Nur boleh terfikir yang dia sukakan Jelita?




CRUSH | E-BOOK|Where stories live. Discover now