Bab 5

1.5K 299 59
                                    

YAMAHA RXZ diberhentikan di bahu jalan. Sunyi sepi tiada kenderaan yang lalu. Hanya jarak 10 meter dari rumah Nur. Sengaja dia meminta lelaki ini untuk menghantarnya sekerat jalan sahaja. Bimbang jika mak dan ayah nampak nanti. Entah apa pula alasan aku nak bagi. Dengan berhati-hati Nur turun dari motorsikal itu.

Helmet dibuka, lalu diserahkan kepada Adam semula. Habis awning tudungnya berkedut. Haih bila depan lelaki automatik tudung jadi selekeh!

"Terima kasih sebab hantar saya balik." ucap Nur. Kepala ditunduk ke bawah. Segan pula nak bertentangan mata dengan lelaki itu. Malu dengan diri sendiri sebab pernah menganggap buruk pada lelaki yang telah menyelamatkan dia malam ini.

Malah senyuman sinis yang terukir di bibir Adam. "So cliche."

Kening Nur berkerut tidak faham. Dia mengangkat muka memandang lelaki itu. Apa yang klise? "Habis awak nak saya buat apa selain berterima kasih? Takkan saya nak buat majlis sempena awak selamatkan saya?"

Adam tergelak mendengarnya. "Kau ni memang lurus kan? Patutlah Mukhriz tak pandang kau." ejeknya.

Membuntang mata Nur saat ini. "Macam mana..."

"Semua orang tahu." laju Adam memotong.

"Lelaki handsome muka jambu macam dia memang ramai perempuan minat termasuk perempuan polos macam kau. Lebih-lebih lagi top student sekolah, mestilah ramai peminat." ujar Adam. Ada senyuman kelat di bibirnya. Tak berapa suka sangat bercerita tentang lelaki itu. Top student? Heh, dia lebih kenal siapa Mukhriz yang sebenarnya.

"Tapi awak jangan bagitahu sesiapa yang saya ada crush dekat dia." rungut Nur. Bimbang pula jika Adam memberitahu rakan-rakan di sekolah itu tentang dia sudah lama meminati Mukhriz. Karang tak pasal-pasal aku kena serang dengan peminat fanatik si Mukhriz tu!

Adam tersenyum. "Aku takkan bagitahu sesiapa kalau kau ikut cakap aku."

Nur terdiam. Matanya berkelip-kelip memandang Adam. Jangan diminta benda bukan-bukan sudahlah!

"Aku balik dulu. Bapak kau dah keluar rumah tu. Jumpa, esok!" cepat-cepat Adam bergerak pergi meninggalkan kawasan itu. Sekilas Nur menoleh ke belakang memandang rumahnya. Mana ada sesiapa di luar rumah? Apabila dia kembali menoleh ke hadapan, kelibat Adam sudah menghilang daripada pandangannya. Laju betul dia lesap!















HARI ini hari Sabtu. Hari yang sepatutnya cuti tapi terpaksa hadir ke sekolah kerana ada program Matematik. Semua pelajar dibenarkan memakai baju kurung dan pelajar lelaki dibenarkan memakai T shirt yang menutupi aurat. Ada juga yang membawa telefon bimbit untuk berselfie sementara program bermula. Apabila Nur menoleh ke kiri. Di sudut bacaan. Makin sakit hatinya melihat remaja perempuan tingkatan empat berkumpul dekat dengan Mukhriz mengambil gambar bersama. Siap bergelak tawa bagai nak rak. Entah apa yang lucunya!

Eeiii... gedik betul budak-budak tu! Ada juga yang makan buku matematik nanti. Nur mendengus geram.

"Nur!"

Ah, sudah! Benci betul aku dengar suara yang memanggil namaku itu. Sekilas Nur menoleh ke belakang memandang Hamidah yang mengenakan baju kurung chiffon berwarna biru. Sedang terhegeh-hegeh berlari mendapatkan Nur yang duduk di bawah pondok bacaan. Dia menjeling menyampah. Lantas, Nur terus bangun dari situ. Mengemas segala buku-buku matematik di atas meja lalu disumbat ke dalam beg.

"Nur, aku minta maaf pasal semalam." rayu Hamidah. Dia menyentuh lengan kanan Nur. Namun, Nur menepis. Beg digalas pada bahunya. Tanpa sebarang balasan, Nur terus melangkah pergi dari situ. Entah ke mana dia hendak pergi. Asalkan tak jumpa si Midah tak guna itu!

CRUSH | E-BOOK|Where stories live. Discover now