BAB 7

78 3 0
                                    

KEESOKAN paginya, Iswadi sudah bersedia untuk menjalankan rancangannya. Mula-mula dia ke dapur untuk menjalankan rancangannya terhadap Fazra.

Fazra akan bangun untuk minum pagi sebelum dia masuk tidur kembali. Selepas memasukkan ubat tidur yang telah dihancurkan, dia letakkan air Milo itu di situ.

"Along, awalnya bangun hari ni?" tegur Fazra.

Dengan muka yang masih sememeh, dia melangkah ke meja.

"Along memang bangun awal pun." Iswadi sengih.

"Yalah tu. Eh, mana ibu? Awalnya ibu pergi ke kebun." Fazra bertanya sambil menjawab sendiri.

Fazra capai cawan Milo yang berada di situ. Baru saja bibir mengenai cawan, Fazra berhenti.

"Air Milo abang ke ni?" tanya Fazra sambil memandang Iswadi.

Iswadi menahan debar. Risau Fazra tak jadi minum Milo tersebut.

"Tak. Minum ajelah."

Fazra jongket bahu sambil menyisip Milo yang berasap nipis.

Iswadi mengeluh kelegaan apabila semuanya sudah selesai. Fazra masuk ke dalam biliknya semula.

Tiba-tiba telefon Iswadi berdering. Kata budak lelaki itu, dia sudah membuat repot kepada tok imam.

Iswadi keluar untuk memberikan wang kepada budak lelaki itu. Dia yakin mereka mungkin akan mengambil masa untuk mengumpulkan orang ataupun orang dari pejabat agama.

Semuanya akan memakan masa. Yang pastinya, perkara itu akan jadi hari ini.

Iswadi memecut motosikalnya. Dia sudah berjanji akan berjumpa dengan budak lelaki itu di tempat kelmarin.


FADI melangkah masuk ke dalam rumah.

Eh, sunyi pula rumah ini hari ini. Selalunya Fazra akan ada di ruang depan. Selalu bertegur sapa dengannya.

Baju yang sudah basah dek peluh dia tanggalkan sambil berjalan masuk ke dalam bilik Iswadi. Dibiarkan saja peluh yang meleleh menuruni ketak-ketak tubuhnya.

Kalau begini setiap pagi, sahlah dia akan sentiasa sihat. Bezanya angin kampung dan bandar.

Tiba-tiba ada suara memberi salam.

Fadi mengerutkan muka sebelum keluar. Suara lelaki. Tak apalah jika dia tidak memakai baju pun. Dengan hanya berseluar pendek, dia keluar. Pintu dibuka dan terjengul muka-muka yang tidak dia kenali.

Ada dua orang anggota polis dan tiga orang yang memakai kemeja dan berkopiah. Dan tiga orang lagi memakai pakaian serupa tabligh. Berjubah dan berkopiah.

"Ya, ada apa, encik?" tanya Fadi, tak tahu apa-apa.

"Kami terima dua laporan, di sini ada perlakuan tak senonoh."

"Tak senonoh?" tanya Fadi pelik.

Apa yang tak senonohnya?

"Maksudnya ada perlakuan zina atau perkara yang menghampiri zina. Kami mahu periksa rumah ini. Sila beri kerjasama," tegas lelaki berkemeja di depannya.

Fadi tak banyak cakap, memberi ruang kepada mereka. Siapa pula yang buat repot? Tak tahu ke ini rumah keluarga?

Belum pun mereka melangkah masuk, tiba-tiba muncul Irfana dengan tuala yang menutupi kepalanya. Mukanya juga berpeluh-peluh bagaikan baru lepas berlari.

Matanya hanya memandang orang-orang yang berada di depannya. Apabila memandang Fadi yang tidak berbaju, Irfana cepat-cepat memandang ke arah lain.

"Ini buktinya."

BIASA ITU CINTAWhere stories live. Discover now