Bahagian 3

943 111 0
                                    

"Boleh nak. Kamu mahu tanya apa?" Soal Mak cik Hyoyeon

"Yang itu siapa? Boleh saya tahu dia lelaki atau perempuan?" Soalku. Abangku mencubit pehaku. "Ouch!!" Aku menjerit kerana kesakitan dan tanganku automatic menggosok-gosok peha kananku yang dicubit oleh abangku tadi. Aku melihat kearah abangku tanda tidak puas hati tetapi dia hanya memandang kearah lain seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Yang itu anak lelaki mak cik" Balas Mak cik Hyoyeon lalu mengukirkan senyuman di bibirnya

"Omo! Jelousnya. Comelnya muka dia. Kalau boleh saya tahu, apakah namanya mak cik? Saya minta maaf jikalau saya banyak bertanya" Kataku. Aku melihat Mak cik Hyoyeon tersenyum manis

"Namanya adalah Luhan" Balas Mak cik Hyoyeon. " Mak cik tidak kisah jika kamu banyak bertanya kerana sudah lama orang tidak melawat Luhan di sini" Balas Mak cik Hyoyeon

"Luhan? Mengapa namanya sama seperti Luhan yang aku cari? Ah! Mungkin namanya sahaja yang sama" Kataku didalam hati. "Mak cik, boleh saya mendekati dia?" Soalku. Mak cik Hyoyeon hanya mengangguk. Perlahan-lahan aku berjalan mendekati Luhan. Aku melihat kearah lelaki yang bernama Luhan tersebut.

"Kenapa jantung aku berdebar-debar sahaja ini? Aku kenalkah sama lelaki ini?" Soalku didalam hati. Perlahan-lahan aku mengusap rambutnya yang berwarna perang gelap. "Sebiji macam perempuan" Kataku didalam hati.

"Hanna, tadi saya terjumpa dengan mak cik cleaner. Nak tahu tak dia cakap apa? Dia cakap muka saya macam perempuan. Patah hati saya" Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. "Kalau tidak silap, apa yang aku dengar tadi adalah dari Luhan semasa aku sedang koma dahulu". Aku hanya mampu terdiam.

"Hanna, are you okay?" Soal abangku, Suho apabila dia melihat aku terkaku di sebelah Luhan. "Hanna mesti penatkan? Mari kita pulang ke hotel" Abangku cuba memujukku supaya pulang ke hotel.

"Ah~ Mungkin Hanna terlalu penat agaknya" Balasku lagi. Aku dan abangku meminta diri untuk pulang ke hotel kami. Sepanjang perjalanan ke hotel, aku hanya mampu terdiam tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Ting tong~ Abangku menekan loceng bilik mama dan papaku yang hanya berada bersebelahan dengan bilikku. Aku hanya tersenyum apabila melihat mamaku membuka pintu biliknya. Aku meminta izin untuk ke bilikku dahulu kerana kepenatan. Setelah tiba di bilikku, aku merebahkan diriku di ayas katil empuk lalu terlena dibuai mimpi.

"Hanna, jangan tinggalkan saya bersendirian disini. Saya perlukan awak untuk temankan saya"

Aku tersedar dari tidurku. "Mimpi rupanya". Aku melihat kearah skrin telefon bimbitku dan ia sudah pun memasuki jam 5 petang. Aku bersiap untuk keluar makan bersama keluargaku sebentar lagi.

Book 2 : Luhan, Where Are You?Där berättelser lever. Upptäck nu