Bahagian 2

996 106 0
                                    

"Hanna, cuba Hanna tanya nurse itu" Kata abangku lalu menunjukkan ke arah seorang jururawat yang memakai kaca mata dan sedang berjalan dihadapan kami. Aku hanya mengangguk lalu berjalan menuju kearah jururawat tersebut.

"Excuse me, can I ask you something? Did you see women that wear red blouse with blue black here?" Aku menyoal jururawat tersebut dengan lemah lembut.

"Did you mean Mrs Hyoyeon? She is on the second floor. Room number 2F15" Jururawat tersebut menerangkan kepadaku.

"Oh. Thank you" Jururawat tersebut hanya tersenyum lalu berjalan until meneruskan kerjanya. "Abang!" Jeritku namun tiada balasan dari abangku yang sedang membaca sesuatu di papan informasi di situ. "Suho oppa~" Aku mendekati abangku yang baru tersedar bahawa aku sedang memanggilnya.

"Sudah selesai? Bagaimana?" Soal abangku.

"Sudah. Wanita tersebut berada di tingkat dua, bilik nombor 2F15" Kataku dengan yakin.

"Baiklah. Kalau begitu, kita pergi kesana sekarang juga" Kata abangku. Kami menuju ke arah lif untuk menaiki ke tingkat dua. Setelah tiba, aku dan abangku segera mencari bilik yang di beritahu olehku sebentar tadi. Setelah beberapa kali mencari, akhirnya aku dan abangku tiba betul-betul dihadapan bilik tersebut. Aku mengetuk pintu bilik tersebut dan aku terlihat wanita yang aku langgar tadi membuka pintu tersebut.

"Ya?" Wanita tersebut memandang mukaku dengan penuh tanda tanya sebelum mula berbicara semula. "Kamu perempuan yang melanggar saya sebentar tadi bukan?" Soal wanita tersebut

"Ah~ Ya. Nama mak cik ini Hyoyeon ya?" Soalku. Dia mengangguk. "Ini, rantai mak cik tercicir di kaki lima" Kataku lalu menghulurkan seutas rantai berlian tersebut kepada wanita tersebut.

"Oh~ Terima kasih. Mak cik fikir rantai mak cik sudah hilang" Kata wanita tersebut lalu menundukkan kepalanya. "Kamu masuklah dahulu. Mesti kamu penat berjalan tadi" Kata wanita tersebut lagi lalu memberi ruang supaya aku dan abangku masuk kedalam bilik tersebut. Aku terlihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil pesakit. Mukanya agak comel, aku tidak pasti sama ada dia adalah perempuan atau lelaki kerana badannya di selimuti oleh selimut yang tebal. Aku, abangku dan Mak cik Hyoyeon duduk di atas sofa yang berwarna merah yang berada di dalam bilik tersebut

"Mak cik, kalau mak cik tidak keberatan, boleh saya tanya sesuatu?" Soalku.

Book 2 : Luhan, Where Are You?Onde as histórias ganham vida. Descobre agora