"Little sun? Awak dengar tak?" Suara Haidar di hujung talian mengembalikanku ke alam nyata.

"Ya.. saya dengar! It's more than enough," jawabku.

"Okey, jumpa awak nanti. Don't forget to wear comfortable shoes too." Sempat lagi dia turunkan pesanan sebelum mematikan talian.

Lupakan dulu tentang kata-kata Haidar yang masih jadi misteri itu. Sekarang harus kembali menunaikan janji. Ambil marker dari bekas alat tulisku itu, pangkah nombor satu pada kalendar itu.

Three days left!

-----

Aku dan Haidar hanya berjalan-jalan di Central Park, sebuah taman dalam bandar terbesar di Manhatttan ini. Salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke New York. Setiap hari memang dibanjiri orang ramai, tak kira musim.

Sekarang ini tengah penghujung musim bunga. Suhu sangat selesa. Tak terlalu panas, dan tak juga terlalu sejuk. Memang sesuai dengan pakaianku yang hanya berbaju blaus kapas berwarna merah jambu dan seluar jeans. Sepasang kasut Nike dan juga beg galas kecil Gucci. Kedua-duanya juga berwarna merah jambu. Santai.

Ini bukanlah kali pertama aku datang ke sini. Namun, setiap kali datang tak pernah berpeluang untuk meneroka sepenuhnya. Sebab taman ini sangat luas. Kira-kira lapan ratus empat puluh tiga ekar. Jadi, kebiasannya kalau bukan sebab semput dan malas dah nak berjalan, mesti sebab masa tak cukup. Tapi hiikmahnya, setiap kali datang pasti rasa seperti kali pertama datang gara-gara menemui sesuatu yang baru atau terlepas pandang sebelum ini.

"I love this place. It's so green. And peaceful." Haidar tiba-tiba berkata.

Aku hanya mengangguk. Bersetuju. Ketika itu kami hanya menyusuri laluan pejalan kaki yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau. Untuk bandar besar yang sibuk seperti New York ini, berada di sini buatkan kami berasa sangat tenang. Terasing daripada kesibukan lalu-lintas dan bunyi bising yang menjadi norma. Hanya alam semula jadi. Short escapism!

"Kalau datang masa awal bulan April dulu lagi cantik. Boleh tengok cherry blossom. Sangat cantik kalau bergambar," kataku pula. Kemuncak musim bunga. Pokok-pokok di laluan ini dirimbuni oleh bunga sakura yang lebat. Boleh nampak ramai pengunjung yang datang semata-mata untuk bergambar.

"Awak patut aktifkan balik Instagram awak, little sun. I bet you miss it. And I bet your followers miss you too." Kata-kata Haidar itu sangat tiba-tiba, buatkan langkah kakiku terkaku sesaat. Harus saja dia tahu.

Baru sedar aku memang sudah lama tak aktif di mana-mana media sosial. Anehnya, dah lama aku tak ingat sehinggalah Haidar membangkitkannya tadi. Dan tiba-tiba apa yang Haidar kata itu menjadi benar. Aku rindukan gaya hidupku seperti dulu. Bergambar, ber-OOTD dan berkongsi dengan para pengikutku.

Aku diam tanpa memberi komen apa-apa. Kami sambung berjalan.

"Macam mana awak jumpa saya dulu?" Aku bertanya kepada Haidar.

Salah satu sebab kenapa aku nyah aktif segala media sosialku adalah kerana tak mahu dijejaki oleh sesiapa terutama sekali Haidar. Nombor telefon pun aku dah tukar. Telefon pun aku dah beli baru. Tapi Haidar tetap menjumpaiku. Aku jadi tertanya-tanya.

Haidar cuma senyum misteri. Petanda dia mungkin tak akan berkongsi denganku. Dan semuanya disahkan apabila dia membuka mulutnya.

"I had my way. Tapi apa yang saya boleh cakap, awak memang hebat menyorok. Saya tak pernah expect yang awak akan ikut Aunty Muna. In fact, I never expected you ran away in the first place."

"Apa boleh buat? Patah hati mampu mendorong seseorang untuk melakukan kerja gila," kataku pula. Mendatar suaraku. Tak peduli langsung andai dia rasa tindakanku itu bodoh.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now