BAB 19

19.3K 980 59
                                    

~ not-edited~

BAB 19

What is past is prologue – William Shakespeare

Aku memusingkan kerusi plastik itu ke kiri dan kemudiannya ke kanan. Merenung ke depan. Pada dua tangkai bunga tulip yang dah kering itu. Tapi fikiranku bukan berada di situ. Sedang tenggelam dalam pemikiran sendiri.

Forgive me for now. One day, you will understand everything.

Ungkapan terakhir daripada Haidar ketika dia menyelamatkan aku dulu. Beberapa kali bermain-main dalam kepalaku, merungkai maksud tersiratnya. Tapi, sudah jenuh aku berfikir, tetap juga tiada jawapan yang aku temui.

Haidar masih belum tahu yang aku ingat. Aku juga tak berniat untuk memberitahunya. Sebab dia terlebih dulu sudah memberi amaran.

Not now!

Bukan sekarang untuk aku tahu. Dan andai aku bertanya lagi, jawapannya masih sama. Jawapannya tetap..

Forgive me for now. One day, you will understand everything.

Dia akan meminta maaf. Tapi hanya setakat itu. Tanpa penjelasan lain. Kerana akan tiba masanya, aku sendiri akan faham semuanya.

Dan untuk menanti sehingga tiba waktu itu, hatiku disapa gundah. Rasa bagaikan ada sesuatu bergayut hingga ke dasar perut. Entah mengapa. Aku tak tahu harus menjangkakan apa. Kata-kata itu bagaikan memberi amaran awal tentang sesuatu agar aku bersedia.

Calm before the storm?

Bunyi deringan telefon itu terus mengganggu sesi aku menjadi Sherlock Holmes itu. Sedikit tersentak. Terus aku tunduk ke arah meja kerjaku itu. Telefonku diletakkan di sebelah beberapa kertas A4 putih yang sedikit berselerakan itu. Skrin telefon berwarna hitam menunjukkan ada yang sedang menelefonku. Jeling nama si pemanggil.

Minnie Mouse.

Mengeluh perlahan. Sebelum telefon itu ditarik mendekatiku. Terus aku gesek ikon putih hijau itu. Ikon pembesar suara pula ditekan.

"Helo, assalamualaikum, little sun!" Haidar terlebih dahulu menegurku.

"Waalaikumussalam. Ya, ada apa?" soalku kembali.

Sudah dua hari kami tidak bertemu walaupun perjanjian kami dulu adalah date untuk seminggu. Bukan aku mengelak, tapi masa tak mengizinkannya. Aku punya kursus prosthetic makeup atau lebih dikenali dengan nama special effect makeup. Saja nak belajar benda baru walaupun minatku lebih cenderung pada mekap pengantin dan fesyen.

"Jom!" Aku mendengar sang jejaka di hujung talian mengajak. Terus mengundang kerutan di bahagian antara dua keningku itu. Sangat tiba-tiba.

"Jom apa?"

"Awak tak dah tak sibuk hari ni, kan? Jom kita keluar jalan-jalan."

Aku mengeluh perlahan. Haidar kembali untuk menuntut janjinya.

"Awak nak pergi mana?" Daripada panjang akal untuk mengelak seperti selalu, aku memilih untuk ikutkan saja. Aku pun tengah stres ni. Dapat berjalan-jalan, seronok juga. Walaupun aku tak tahu, berjalan-jalan dengan Haidar nanti bakal meningkatkan kadar kortisol dalam darah aku atau sebaliknya? Aku harap sebaliknya.

"Central Park. Pergi bersiap, little sun. Sejam lagi, saya muncul. Is it okay or do you need more time to get ready?"

Hatiku tanpa sedar tersentuh mendengarnya. Haidar selalu begini. Dia tahu aku kalau bersiap memang lama. Tapi, dia tak merungut. Malah, dia akan bertanya berapa lama masa yang aku ambil untuk bersiap sebelum keluar?

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now