PROLOG

5.7K 497 81
                                    

                      MALAM yang penuh kesunyian. Nur berjalan seorang diri sambil sebelah tangan menjinjing beg tangannya. Diayun ke depan dan ke belakang. Sesekali anak matanya mengerling ke arah rumah di sepanjang laluan ini. Nampak gelap, mungkin semua orang sudah tidur. Yalah, aku sahaja yang suka berjalan waktu pukul 12 malam ini seorang diri.

Sepi tiada orang. Tenang sangat.

Sampai sahaja di taman permainan, perlahan-lahan dia duduk di atas buaian. Fikirannya jauh melayang saat dia terpandang sepohon pokok yang rimbun di tepi. Betul-betul mengingatkan dia tentang peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

Tiba-tiba rasa rindu menerpa dada. Sekelip mata, air mata juga turut mengalir. Dia mengeluarkan patung beruang kecil dari beg tangannya. Hadiah terakhir si dia...

Dipeluk erat patung beruang itu. Terngiang-ngiang suara lelaki itu yang pernah berbicara kepadanya.

"Aku tahu hadiah aku tak seberapa. Tapi kalau kau berani rosakkan patung ni, aku akan pukul kau. Faham? Dan lagi satu, kau jangan pandai-pandai tekan tangan patung tu. Kecuali bila aku dah tak ada dalam hidup kau."

Nur mengambil nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus. Berdebar-debar pula hatinya saat ingin menekan tangan patung beruang itu. Dan apabila tangan patung beruang itu sudah ditekan, kedengaran suara garau sedang berbicara. Dia hanya diam saat mendengar.

"Hei, Nur. Maaflah, kau pun tahu aku ni jenis macam mana kan? Aku tak suka bagitahu orang perasaan aku. Tapi, untuk kau... aku akan luahkan semuanya. Tapi kau janji ek? Ini rahsia kita berdua sahaja. Kalau kau berani bocorkan rahsia ni, aku sumbat mercun dalam lubang hidung kau, tahu tak?!"

Nur tergelak kecil. Ya Allah, perangai dia ni memang tak berubah.

"Okay, aku bergurau je. Actually... aku rindu kau sebenarnya. Kau rindu aku tak?"

Nur mengangguk laju. Sungguh, dia juga rindu pada lelaki ini.

"Ah, tak kesahlah kau rindu aku ke tak? Yang penting, aku cuma nak kau tahu. Dekat mana aku sekalipun, aku akan rindu kau. Sebenarnya, aku nak minta maaf dekat kau Nur sebab tiba-tiba tinggalkan kau secara mengejut. Aku pun tak sangka, aku akan pergi secepat ni. Tapi aku hargai setiap masa yang aku dah lalui lebih-lebih lagi bila dengan kau. Jujur, aku bagitahu kau yang aku bahagia bila dapat berkenalan dengan kau walaupun untuk masa yang singkat. Aku tahu, kau mesti benci aku sebab aku suka buli kau, kan? Tapi aku buli kau, sebab aku sayang kau, Nur. Kau ingat lagi tak janji kita? Aku akan tolong kau dapatkan crush kau, dan selepas tu... kau pula yang tolong aku. Dan kita janji, yang kita takkan jatuh cinta antara satu sama lain. Because we are just friends. Kan? Tapi malangnya... aku dah langgar syarat tu. Heh, aku pun tak tahulah Nur. Kenapalah dalam banyak-banyak perempuan cantik dekat sekolah tu, engkau juga yang aku suka. Padahal kau langsung tak cantik! Tak layak langsung ada crush. Tapi aku... aku suka kau secara diam-diam Nur. Aku bukannya tak nak bagitahu kau, cuma aku tak berani untuk dengar kau tolak cinta aku sebab aku tahu kau suka Mukhriz. Walaupun benda ni agak sakit, tapi aku tak kesah. Janji kau bahagia, Nur."

"Kau nak tahu tak apa benda yang paling bodoh aku buat? Iaitu lepaskan kau. Aku bodoh, kan? Aku tahu aku suka kau, tapi aku bagi kau dekat orang lain. Aku yang jaga kau, tapi aku lepaskan benda tu pada Mukhriz pula untuk jaga kau. Mamat perasan bagus tu suka kau bila kau dah cantik, Nur. Tapi aku tak. Aku langsung tak pandang rupa paras kau. Sikit pun aku tak pandang. Sebab cinta aku ikhlas. Aku cuba Nur... aku cuba untuk lupakan kau. But it's too hurts! Sebab tu, aku pilih untuk jauh daripada kau. Supaya perasaan ni hilang dan aku takkan terseksa lagi, Nur. Tapi malangnya... takkan ada pengubat untuk sakit ni. Cuma kau je pengubatnya Nur tapi aku tak mampu untuk beli."

Kedengaran lelaki itu menangis di corong speaker itu membuatkan hati Nur turut terasa sebak. Betapa banyak air matanya tumpah saat mendengar pengakuan sebenar lelaki ini. Ya Allah...

"Nur, aku masih ingat lagi. Kau suruh aku belajar rajin-rajin untuk capai cita-cita aku. And I'm promise. Satu hari nanti, kau akan nampak kejayaan aku tapi bukan kerana cita-cita hanya kerana kau sahaja Nur. Cita-cita terbesar aku, adalah jadi suami kau. Tapi aku tahu, itu cuma angan-angan sahaja. Kau mesti dau bahagia sekarang, kan? Tak mungkin aku akan dapat kau lagi. Tapi tak mengapa, aku gembira kalau kau pun gembira. And I want you to know that you are my crush, Nur. Forever and ever. My crush...  aku sayang kau dan aku cintakan kau. Walaupun kita takkan bersama. Selamat tinggal Nur... untuk selamanya."

Rakaman suara itu tamat. Teresak-esak dia menangis. Tangannya memeluk kemas patung beruang itu. Sesekali dia menyeka air mata dengan belakang tangan.

"Saya pun cintakan awak, Adam... Sampai bila-bila..."

CRUSH | E-BOOK|Where stories live. Discover now